Saturday, November 22, 2008

mana wira Pemuda Umno? selamatkan remaja melayu!!

aku memang serius bab ni..seperti entry sebelumnya aku menggesa semua pemimpin pemuda parti yang memperjuangkan bangsa Melayu turun ke padang lihat bebudak kita dah makin teruk!!
Turunlah malam minggu tengok mat rempit yang tak dapat pergi kutub utara terus bermaharajalela di jalan membuat kacau agar mamak pemuda tu bawak depa ke kutub barat daya pulak!!
Mana ezam dan ghani haroon yang berkempen lawan Anwar semasa PRK Permatang pauh dulu menjerit slogan "Hidup Melayu!"
sebelum jadi Ketua Pemuda ,Khairy atau Mukhriz kena buat gerak-gempur segera! Buat press conference masuk Buletin tv3 bentangkan pelan tindakan menangani anak muda Melayu yang merosot minatnya ke sekolah..
JANGAN SEBOK DENGAN JAWATAN,PANGKAT DAN PROJEK JE BAHALOL!!
la ni cuti sekolah..januari tahun depan apa pelan kamu sebagai pemuda??
profesor2 bangang yang banyak hampeh kunyit dalam perut tu sila tampil dengan teori2 kamu..jangan sebok nak mengampu bercakap macam lembu ketagih garam..isu bahasa ni akan selesai kalau bangsa kuat..kalau anak bangsa dok lalai macam gambar anan nazri tu alamat lingkuplah bahasa dan ketuanan yang kamu dok perjuangkan tu..anak2 menteri tu hancur pun takpe..dia dah kaya..ni yang miskin tapi bahalol di segenap felda2, kampung2 baru dan lama, pinggir bandar dan tengah bandar..
jangan sorok teloq kamu dalam lobang punggung tu..pi cepattt!!!
AKU MEMANG SERIUS SEBAB KEADAAN MEMANG DAH PARAHH!!! PI LA TENGOOKKK!!

2 comments:

Unknown said...

Salam tuan kulup,

Parah... memang parah!. Anak-anak yang kakinya belum dapat pijak tanah dengan betul masa naik motor pun dah nak merempit.

Tugas PEMUDA UMNO tu satu hal memang tidak boleh nak harapkan mereka. Mereka berebut jawatan kerana laba bukan sangat kerana "Bangsa" sebagaimana natijah yang diwar-warkan.

Tapi ibu bapa budak-budak ni. Dari jenis apa mereka ini. Tanggung jawab dibuang ke mana. Entah apa yang mereka fikirkan.

kulupSakah said...

inilah masalahnya tuan, ibubapa yang lahir dan dibentuk dengan
'bingkai' dan acuan penjajah..sekolah hari ini adalah tempat latihan utk menjadi gangster,cikgu ditakut2kan akhirnya cikgu fedup,tanggungjawab mereka bagi lulus saja..moral?lantak pi lah..tak fasal2 kena saman nanti kata mereka..sebab tu saya kata ia PARAH!