Saturday, November 1, 2008

Mazhab Umno/BN

cerita 1

Hari ini kalau kita tonton berita TV atau suratkhabar pasti kita merasakan yang rakyat malaysia semuanya ahli Umno..cerita pencalonan jawatan2 dalam Umno penuh menghiasi dada-dada akhbar dan TV seolah-olah kita sedang menghadapi Pilihanraya memilih Datuk Bandar atau Gabenor seperti di Amerika. Mujurlah aku dah 10 tahun berjaya mengekalkan rekod cemerlang tak beli suratkhabar Utusan Meloya dan Berita Heran apatah lagi menonton Buletin TV3suku dan Radio Televisyen Mangkuk (RTM)..

Umno/BN terus menyebarkan dakyah agar mangkuk-mangkuk Malaysia khususnya orang Melayu terus menganut mazhab mereka. Ulamak nasi lemak, Profesor kangkung berperanan sebagai Rasul penyebar utusan Tuhan-tuhan pemberi rezeki,bintang dan darjat kepada mereka.

50 tahun kita diminahbobokan sehingga hari ini masih ada rakyat Malaysia malah golongan yang mengaku cendekiawan pun percaya tidak ada yang tidak benar melainkan benar belaka jika apa yang disampaikan itu datangnya dari mulut menteri-menteri, suratkhabar dan TV...jika TV berkata ekonomi baik maka mereka percaya ianya benar. Jika statistik di akhbar mengatakan KDNK meningkat beberapa peratus, mereka akan seronok walhal ianya tiada kena-mengena dengan harga ikan kembung yang mereka makan itu masih tak turun-turun harga..

Baru-baru ni Pak Cik aku seorang pegawai kelas A juga berkata "Anwar nak jual negara"..aku dapat lihat dari sinar mukanya terpancar kebodohan lembu warisan penjajah.. tah macamana dia memperolehi ijazah aku pun tak tahu..

aku hanya berdiam kerana takut diketawakan isteriku yang pasti akan berkata "buat apalah abang berdebat dengan lembu! Buang masa!"

cerita 2

Aduh!! imej Najib sudah mula nak dibersihkan dengan pembebasan Razak Baginda. Bakal PM kita sudah siap sedia menaiki takhta. Populariti Anwar menurun dan harapan penubuhan kerajaan baru kian pudar. Rakyat sudah tidak menaruh harapan lagi. Akhbar Suara Keadilan yang panas sebelum 16 September mula suam jualannya di tempat aku..
Nampak gayanya kita akan terus duduk di kerusi pembangkang sehingga Pilihanraya akan datang atau terus begitu selepas Umno/BN bangkit membina kekuatannya semula dan dapat menagih semula sokongan rakyat dengan PM baru seperti rakyat menolak PR semasa PRU 2004 kerana Pak Lah dikatakan akan memberi sinar baru selepas sinar Mahathir menjadi gelap hitam legam!

........kita nak start dari zero balik kot!

8 comments:

Unknown said...

Saya sebenarnya dalam keadaan kecewa. Kecewa dengan kerajaan yang ada dan kecewa dengan PR yang sebelum ckap berdegar-degar macam halilintar tetapi setitis hujan pun tidak turun.

Tak tau apa nak kata.. orang kita terlalu takut nak tukar kerajaan, yang hebatnya hanyalah tukar bini!

Bourne said...

Salam,

Saya tertarik jugak dengan line yg ditulis"Baru-baru ni Pak Cik aku seorang pegawai kelas A juga berkata "Anwar nak jual negara"..aku dapat lihat dari sinar mukanya terpancar kebodohan lembu warisan penjajah.. tah macamana dia memperolehi ijazah aku pun tak tahu..

aku hanya berdiam kerana takut diketawakan isteriku yang pasti akan berkata "buat apalah abang berdebat dengan lembu! Buang masa!"


Agaknya dari mana lah budibahasa dan perkerti seorang anak saudara yang sanggup menggelar bapa saudaranya sebagai lembu.

itu lah yang dapat jika kita bertuankan seaorang yang agak kurang sopan seperti anwar ibrahim dan hadi awang ya?

Tuan Kulup saya nak lah menyentuh sedikit hal ni, cuba lah cik kulup ingat sendiri dan ajak isteri cik kulup sendiri fikirkan akan teori retorik ini.

masa anwar sebagai menteri kewangan dulu kadar inflasi hampir memecah rekod diMalaysia.
Kadar interest di bank hendak dinaikkan hingga 23 peratus dan jangkamasa NPL (non performing loans) hendak dikurangkan ke 3 bulan dari enam bulan.

makna nya pada masa itu kalau kita tak bayar loan kita dalam masa 3 bulan maka kita secara otomatis nya akan menjadi NPL's dan kesudahan nya akaun akan dibekukan dan kita akan dihadapkan ke mahkamah dalam jangka masa terdekat. kedua jumlah interest atau faedah bunga diatas pinjaman dinaikkan pada masa itu dari hampir 20 peratus ke 25 peratus. bermakna setiap seribu kita kena bayar 2,500 bunga setahun. pada masa itu.

rata rata tahu yang semua jenis perniagaan pada masa itu meruncing dan mundur. semua industri hampir ranap oleh kerana masalah kewangan negara dan asia.

jadi tanya sendiri lah berapa banyak syarikat yang listed kat KLSE akan jatuh bankrap dan berapa pula sykt diluar secara kecil yang berhutang akan juga bengkrap.

bilaman sykt ini bengkrap siapa kah orang yang akan datang (pada masa itu) utnuk menyelamatkan (konon) sykt2 ini.

kalau tidak golongan IMF dan kaum kaum yang sewaktu dengan nya yang dijemput dan diundang oleh Tuan Anwar Ibrahim tu.

dan secnario nya kita akan bekerja dan berhamba kepada tuan tuan dan mem mem mat salleh ni lah balik untuk satu jangkamasa yang kita sendiri tak tau lah....

Agak agak cik kulop lah berapa lama lah agaknya kita dapat mengambil balik atau membeli balik saham saham syarikat yang telah tergadai tu.

tidakkah scenario ini sebagai menjual negara sendiri? tak cukup terang?

ok syarikat utama yang akan di salvage ialah syarikat yang mempunyai aset yang tergadai. pertama bank di ambil..kedua syarikat yang menggadai harta ke bankbank ini akan diambil, plantations portfolio dan construction yang pertama sekali barulah manufacturing sector.

tak klear lagi cik kulup?

ada banyak lagi tapi panjang sangat kalu nak cerita kat sini. nanti lah kalu ada masa mai lah damansara ....

salam

hafiz said...

jika uncle mountdweller kecewa dengan keadaan...ku semakin menyampah dengan keadaan... siapa percaya rosmah pernah jadi pelacur... siapa pun tak percaya. tanyalah sama sandy, dia ialah pondan bekas pelacur lorong hj taib. dia cuma cemburu dengan kulit muka rosmah. mujurlah tubuhnya lebih baik.

anwar jual negara? sekilo brapa hengget? hahaha mitos barua yang da takda modal. hahaha

Anonymous said...

sepatutnya dnl yang dok dalam parlimen bangkitkan isu ni sebab masa anwar jwb dlm parlimen dan cabar MP BN bangun berdebat takde sekor pun lembu ni bangun..kecut teloq...sila masuk blog anwar untuk ikuti video ni..

aku pun ada pakcik cam tu dan aku hormat pakcik aku tu dari sudut kemanusiaan tetapi dari sudut kelembuannya aku tak dapat berkompromi..samalah bila mufti dok diam bila anwar dituduh liwat..layak dipanggil 'hampas kunyit' je depa..maaflah dnl..kau buatlah blog dan dedahkan semuanya..setakat ngendeng2 kat blog org lain lembu pawah pun reti..hihi!!

Bourne said...

sorri lah kalau dah tersilap sikit...saya bukan dalam parlimen. dan juga blog adalah tapi tak famous sangat bukan ngendeng tapi saje je... bagi komen.

ni ha .. blog saya

http://budakraban.blogspot.com/

Anonymous said...

Salam tuan,

Ada blog yang menyediakan ruang komen,maka perbezaan pendapat akan berlaku.
Perbezaan pendapat kalau tidak ditangani secara berlapang dada,maka kata nista akan terhambur dari kedua-dua belah pihak.

Ada juga blog yang tidak menyediakan ruang untuk komen.

Berlaku pro-kontra.

Tujuan blog diadakan memberi ruang pada tuan punya blog dan pengunjung memberi pendapat dalam skop yang luas.

Amat malang apabila blog dan ruang komen bertujuan mengagendakan orang lain.
Jadilah blog itu hanya untuk kenkawan dan ahlinya sahaja.

Kebenaran itu sesuatu yang amat pahit untuk ditelan.
Itulah yang berlaku dalam dunia cyber.

Tulisan kadang-kadang boleh disalah tafsir walau dipihak manapun.
Begitulah nipisnya garis perbezaan dalam mencari kebenaran.
Kebenaran dalam erti kata melihat dari sudut hati yang bersih amat sukar untuk diketemui.

Harap komen saya tidak mengagendakan sesiapa dan saya rasa diri ini lemah.
Maksud saya ialah menumpang diblog tuan memberikan komen saya.
Terima kasih tuan kerana mengizinkan.



Yamaha Y80

Anonymous said...

tuan tanah tak pernah baca paper .... pasal apa takut ka pada kebenaran ??

yg tuan tanah cuma baca harakah dan berita keadilan ...... patut pun pemikiran setaraf budak jual berger .... tu pun ada ati nak buat blog ...... hahaha ....

elok la .... tulis la lagi supaya semua org boleh menilai pemikiran penyokong2 anwar brahim yg setaraf taik lembu.

aku tgk gambar sapa tuh yg kat atas ni hafiz ....hahahaha budak beringus tak kering lagi dah nak sembang politik.

Abg Fuad

Term Papers said...

Term Papers Really realistic story, it has important thing to learn. Keep it up.