Saturday, November 15, 2008

PEMIMPIN terpengaruh dengan 'NAMA' sendiri?

Apa ada pada nama? Betulkah nama membentuk peribadi seseorang?.Ya! kita dituntut untuk memberikan nama yang baik-baik untuk zuriat kita..lihat bagaimana nama dan watak seakan bergerak seiring..apakah ia kebetulan?

ANWAR- tak perlu diterjemahkan dari bahasa Arab yang dah tentu membawa maksud cahaya gemilang, perkataan WAR sahaja menggambarkan tokoh ini gemar dan berani berperang! BERANI HIDUP BERANI MATI!

MAHATHIR- 'MAHA' pada Mahathir memang digunakan sepenuhnya oleh diktator ini sepanjang tempoh kekuasaannya mahupun sebelum dan sesudah tempoh itu. Mahathir dengan 'Maha'nya mengangkat Malaysia ke satu tahap yang tak terfikir sebelum ini dan dengan 'Maha'nya juga Tok Tua ini meranapkan semuanya. Dari Institusi kehakiman dan institusi raja sehinggalah parti Melayu yang dia seludup masuk.

TENGKU RAZALEIGH- Tengku pada pangkatnya memberikan kelebihan darjat yang membuatkan dia masih lagi 'wujud' dalam dunia politik..tetapi darah diraja itu tak membawa makna apa-apa sebaliknya gelaran Ku Li itulah mempengaruhi kariernya..Ku Li?KULI?Coolie? hehe!!

NAJIB- Nama ini membawa makna yang baik apatah lagi ada Muhammad di depannya. Uniknya nama Najib tidak mempengaruhi karektornya tetapi karektornya membentuk namanya yang akhir-akhir ini diberi gelaran oleh musuh di dalam dan luar Umno dengan nama NAJIS! tihihi!!

ABDULLAH BADAWI- Maksud Abdullah ialah Hamba Allah dan jika ada yang mengatakan dollah manusia baik, aku akui dari hati kecilku memang benar, tetapi kebaikan itu telah dilihat sebagai satu kelemahan oleh musuh dan kawan2 apatah lagi menantunya. Cuma Abdullah terperangkap dengan perkataan 'Abdul'(hamba) yang membuat dia senang diperhambakan. Mentelah lagi lidah mesra orang Melayu lebih suka menggelarnya DOLLah tanpa menyedari DOLL bermakna patung mainan!

tokoh yang lain anda boleh kaji sendiri..Oh ya! aku terima apa saja tafsiran anda dari sudut falsafah atau pun dari sudut makna pada kamus Dewan tentang nama aku- KULUP SAKAH! hehehe!!

6 comments:

kulatlapok said...

salam Bro:

Tiga pemimpin yang bawah tu paling menarik sekali ialah KULI, iaitu kerja sehingga mati tapi tidak akan naik pangkat.

NAJIS- Pimimpin ni seakan tepat dengan gelarannya. Sehingga hari ini seolah rakyat 'jijik' dengan perbuatannya dan wayang yang dimainkan senario politik hari ini. Lihat sahaja kes Saiful umumnya semua tahu NAJIS cakap tak serupa bikin.

DOLL- Yang ni lagi kesian. Dulu terkenal dengan sikap COOL nya tapi bilan asyik kena mainkan dengan orang bawahnya, macam tak tahu nak bertindak, ikut sahaja apa yg penasihatnya kata, akhirnya terus jadi 'PATUNG CENDANA'

Unknown said...

Salam sdrku kulat,

Saya tertarik tentang Abdullah. "Abdul" membentuk krektor yang baik dan patuh. Sudah tentunya bila dinamakan "hamba" ianya lemah.

Kerana "baik", "patuh" dan "lemah" inilah yang sedang dipergunakan oleh orang-orang di sekelilingnya.

"Baik" senang didekati"lemah" senang dipergunakan dan "patuh" akan ikut saja apa yang diperkatakan oleh juak dan penasihatnya. Tang penasihat ni tekalah sendiri sapa penasihat yang paling rapat dengannya.

Kerana sifat-sifat tadilah yang memakan dirinya serta reputasinya.

perfectwater75 said...

Salam ziarah!

suka la baca post bro ni, saya pun rasa macam2 lucu pun ada serius pun but anyway, bro punya universiti tu ada cawangan kat mana lagi?? saya pun nak join gak la..
hehehe!

thx!

Bourne said...

yop mike komen berat sebelah tang dollah je bagi nama arab yang lain seme mike bantei abih....

berat sebelah le mike ni.... anwar tu kan ke bagus nama.....

mike sokong le macam sokong peh tu....

siap jadi hampeh.... hehehe melawok kasor je yop.

Al Hamzah Gold said...

Assalamu'alaikum..

kesian aku dengar nama² tu..
xpa la.. nak buat macam mana lagi dah memang pun depa semua mcm tu.. nak teghoq lebih² isa plak nanti..

kulupSakah said...

masalah tul nama pun bole pengaruhi peribadi..pelik!