cemburu juga mendengar Ronasina dapat ikut Wak Jono ke Gunung Suralaya..aku tak dapat ikut lantaran kerja-kerja terlalu banyak..seminggu ni aku asyik out-station dan dah mula keluar rumah subuh-subuh memandu ke tempat kerja..
untuk hilang bosan dan mata yang masih melayu(bukan bangsa melayu),aku pun pasang radio siaran Hot fm, 10minit sebelum pukul 6pg aku dihidangkan dengan lagu2 Indon..masuk pukul 6pg, slot Hot fm krew kelolaan Faizal Ismail dan Fara Fauzana menyumbatkan telinga aku dengan lagu2 yang dimonopoli lagu2 Indon....nah!! aku rasa tak perlu ikut Wak Jono pun aku dah rasa sampai ke Indonesia..syabas Hot fm...lalu aku teringat gesaan Karyawan yang meminta kuota 90% lagu2 Melayu dimainkan di stesen2 radio...aku pun gelak sorang2 sambil terkentut2 betapa rayuan karyawan2 majoriti Melayu ini langsung tak dipedulikan oleh kaum kapitalis yang sibuk mengembungkan perut mereka. Dengan memasang seekor dua babi Melayu yang dijadikan sebagai ampai2, mereka merobek dan meratah keuntungan. Ketuanan Melayu? pergi jahanam kata mereka..senator Jins Shamsuddin yang kuat kemelayuannya itu pun tahapahapa yang dibuatnya..
Karyawan baru-baru ini (segelintir saja) pun memprotes penganugerahan Datuk kepada Shah Rukh Khan oleh Kerajaan Melaka..nak cover line punya pasal, ali rustam menjemput Karyawan membuka ofis mereka di Melaka bagi membantu mempromosikan Melaka. Presiden Karyawan Freddie Fernandez (laa...karyawan yang majoriti melayu pun pilih presiden bukan melayu..habis yang sebok dengan PKNS tu pasaipa?) setuju dengan saranan ali ketam 'the kokok man' tu..
Begitulah kita yang sibuk dengan ketuanan Melayu..pengikut2 parti yang memperjuangkan bangsa itu masih tak sedar2 lagi..dalam sibuk ketuanan melayu tulah, Pak Lah kayakan Patrick Lim (mahathir gelar Patrick Badawi), Khairy kayakan Jason lo dan serbegeth dengan projek My Team yang tah ke mana2 tu..dulu Mahathir kayakan eric Chia, ananda Krishnan dan sorang lagi tokey Berjaya group tu tahapa ke nama tah..lupa lak aku!
yang melopong dan masih terjarjis-jarjis melayu Mak Teh Kg.Kerinchi dan Aki sulong kg.Lebu Bentong..
*terjarjis-jarjis- sila semak Dewan Bahasa dan Petaka baru susunan Hisham Rais Tukar Tiub
1 comment:
It is quite interesting and I found it really useful though because it is realistic. Thank you for the share.
Post a Comment