Tuesday, November 30, 2010
aku dengan kartun
lukisan di atas adalah lukisan pertama aku yang pernah tersiar di majalah Gila-Gila ruangan Senyum Pelajar antara isu 1 atau 15 Julai 1990. Aku tingkatan 5 masa tu. Tapi lukisan di atas ni dilukis semula oleh aku tadi dengan cuba meniru stail dan stroke masa dahulu. tanpa melakarkan dahulu dengan pensil dan menggunakan nama fendi - lukisan aku dulu lebih teruk dari ini. Cuma aku gagal hayati keikhlasan semasa melukis pada waktu itu. Tanpa ada rasa nak apa-apa melainkan nak tengok karya tersiar saja. Aku tak tahu berapa lama aku menunggu ia tersiar, yang nyata aku hampir terlupa akannya. Bila beli saja isu tu, aku melompat gembira - menunjukkan kepada bapakku, emakku, kakak dan adik serta kawan-kawan. Tersiar di Gila-Gila samalah seperti kau layak masuk American Idol.
November 1990 aku ke KL. Sekeping dua lagi kartun aku menyusul tersiar di Gila-Gila membakar semangat untuk aku ke Creative Enterprise berguru dengan Pak Jab (Rejabhad). Pak Jab waktu itu ada menerbitkan buku 'bengkel kartun'nya sendiri dan dijual dengan harga rm10.
"Tapi memandangkan anda masih belum bekerja, saya tak mahu ambil duit anda. Anda ambil buku ni dan pulangkan semula selepas membacanya." Arwah Pak Jab bahasanya memang berbunga dan aku jujur. Aku pulangkannya seminggu kemudian. Aku belajar berkartun dengan arwah. Aku memang suka memerhati. Dari bilik Pak Jab di tingkat empat pejabat GG itu, aku dapat melihat Fatah Ngah (A. Mamud) yang sering mengangkat kepala menegur aku setiap kali aku masuk. Aku nampak Zunar yang serius tak pandang kiri kanan, Azman Yusof, Gedek. Sesekali aku berselisih di tangga dengan Roy, Cikli, Roslim, Not dan Kulat. Aku mahu jadi macam mereka. Aku study stroke Don dan Kerengge yang banyak bermain dengan ekspresi serta 'movement' dan juga 'background' yang cantik tapi aku banyak terpengaruh dengan Tazidi (mungkin pasal ada bau-bau bacang. Bapak aku dengan bapak dia sepupu) dan Tazidi banyak terpengaruh dengan Paul Coker Jr. Aku pun merujuk Coker. Aku kenal Sergio Aragones yang besar pengaruhnya kepada Jaafar Taib, Aza, Petai dan lain-lain.
Aku selalu menyibuk-nyibuk tepi kartunis terkenal kalau ada apa-apa program mereka. Aku nampak Ujang, Gayour, Aie dan generasi baru. Cuma aku tak pandai melukis slapstick seperti lawak lembu main gitar atau beruk bawak jet. Aku minat kartun-kartun satira macam Lat dan Juragan (masa tu je), aku dah ikut Zunar sejak sebelum Gebang-Gebang atau Lizanya. Aku minat Nud's punya idea. Lalu aku jarang melukis apatah lagi freelancer yang tiada nama memang nasibnya seperti kentang. Ditendang sana-sini, artwork tak dibayar. aku mogok seni bertahun-tahun.
Dunia berputar. Akhirnya ada di antara mereka menjadi kawanku. Siapa kartunis pujaanku? Susah nak jawab sebab masing2 ada kecenderungan sendiri dan mereka pakar dalam bidang mereka.
Jaafar Taib - kartunis sepanjang zaman. Takde kartunis mampu menghidupkan watak binatang dalam kartun dengan baik seperti beliau. Macam tengok kartun Walt Disney.
Lat - jika mahu cari kartun berwajah Malaysia, tunjukkan jari telunjuk anda kepada beliau.
Rejabhad- menonton karyanya bagai menonton bangsawan pentas. Stail begini dah pupus. Selain Pak Jab, stroke klasik yang dah jarang dijumpai ialah lukisan Mishar, Wahidi, Hussein Saad (Wak Dojer) - sekadar menyebut beberapa nama. Kalau mahu lihat stroke begini kartunis veteran Madsein ada gaya begini dalam majalah Gedung Kartun yang telah diharamkan.
Fatah - kartunis 'istimewa' yang tersendiri.
Ujang - ramai kartunis muda lahir dan lebih hebat lukisannya tetapi mencari seorang pencerita yang baik seperti Ujang terlalu sukar. Karyanya semua meletup.
Don dan Kerengge - kartunis yang melukis menggunakan teknik dan konsep. Ramai terpengaruh dengan stail mereka termasuklah Aie.
Lee Inas- aku pernah terpengaruh menggunakan berus dan menarik stroke macam dia.
generasi akhir 80an dan 90an yang aku minati karya mereka dan tersendiri adalah Roy, Cikli, Aloy, Roslim, Ramzahurin, Azam de Crow.
Aku?
aku ibarat Hang Kebun. Hanya part time jadi hulubalang Raja dan masaku yang lain hanya berkebun.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
11 comments:
Ada baca dalam post brutalsolo.betul rupanya fakta brutalsolo ,uncel sakah dulu seorang kartunis.Susah nak nak jujur ikhlas ni..
uncel bagi tau brutalsolo jengok blog cempaka pls
salam bro
roy terbaik
Asan bro kenal tak..jaki jipang tu
Sekurang kurang nya KS sebut nama gua dalam posting ni...! Bangga bak sutera!
cempakasari,
uncel (uhuk!) percaya brutalsolo baca komenmu nak....
brutal,
dengarlah rayuan anakandaku si cempaka tu..
roy kawanku,
asan aku masih tak berkesempatan jumpa, kena tanya gedek.
gedek,
walaupun lu masa tu ayu dan anak ikan, gua dah kenal lu ihik..gua rindu Fantasi, gua prnah nampak artwork lu di situ..
uncel
bukan sari
nama cempaka
Cempaka Rminta..nama betul tau
terima kasih..he
maafkan uncel nak..
KULUP : kah kah kah...!
gedek: sayu aku orang panggil uncel - teringat anak2 buah aku dah besar dan dah beranak pon ada
rindunya zaman kecik2 kumpul dwet nak beli gila2..... omaigod!!!! indahnya zaman kanak2!!!
bro,
nostalgia betul bila bro sebut nama-nama tu.
gua pun dapat first cheque RM16.00 dari creative enterprise tahun 1988 bila kartun sepetak gua tersiar. memang terasa macam dah masuk american idol.
seorang lagi kartunis yang memang jujurrr stroke, idea dan orangnya adalah aman atau abah aman jaga stesen sekarang.
dalam ramai-ramai kartunis (gg, batu api, gelihati atau dalam paper..) hanya seorang yang gua nampak masih tebal keumnoannya...biarlah dia dengan teksi-teksinya...
It is quite amazing text and the picture is really outstanding and the creative though. Thank you for the magnificent stuff.
Post a Comment