9 tahun annisa adalah 9 tahun ulang alik ke rumah sakit. 7 tahun an-nur adalah 7 tahun ubat-ubatan.
"bagaimana kau boleh tabah?" kata mereka.
aku bukanlah kuat, aku sekadar meraikan perjalanan sebuah kehidupan. ia manna dari yang maha sakti. dia suka aku begitu maka begitulah aku. kerna dari katil wad annisa dan an-nur aku pernah melihat:-
seorang anak ususnya di luar di balut dengan beg plastik
setiap jam plastik bercampur darah akan ditukar ganti
aku pernah saksikan seorang demi seorang anak kecil seangkatan anakku pulang menemui yang abadi
aku pernah saksikan seorang anak yang nazak kembali pulih
aku pernah saksikan seorang kanak-kanak bersih lebam berbirat didera binatang yang dia
panggil ayah
aku pernah melihat seorang budak yang semalam berlari tetapi hari ini terlantar kerana pendarahan di kepala, bukan kerana terjatuh tetapi penyakit keturunan..hari ini dia sudah tiada
aku pernah lihat seorang ibu terjelepuk menangis di kaunter jururawat memberitahu bacaan meter denyut jantung anaknya turun mendadak dan dari celah tabir aku nampak bayi jantung berlubang yang tak sampai setahun ini kembali menemui khaliknya
aku pernah lihat seorang ustaz lulusan azhar tidak mahu menjenguk naknya yang dilahirkan cacat dan dia hanya muncul beberapa minggu kemudian untuk membawa pulang jenazah anak 'sial'nya
aku pernah lihat seorang doktor tangkas merawat mati akal apabila anaknya sendiri diserang sawan dan seorang jururawat yang selalu merungut dengan kerenah pesakit juga merasai keadaan yang sama apabila dia turut sama menjaga anaknya yang terlantar
aku nampak sakit dan sembuh hidup dan mati bukan urusan kita biarpun kita berusaha
aku pernah saksikan..
marilah kita saksikan penyatuan kita dengan yang abadi
betapa hampir kita dan dia bak kuku dan isi
11 comments:
POHON BERSABAR!
ALLAH X PRNAH MNJDIKAN SSUATU ITU SIA2.
salam
ya Allah terlalu dekat dengankita
kita hanya merancang.
yg menentukan yang maha esa.
kita mampu melihat dan merubah apa yg termampu.
sama sama la kita ye..
-geng_RIMbabara-
sedia menghulurkan bantuan yg termampu.satu kali aloo saja abg.heheh
www.nuruliman.com.my
lihat ruhulzikri , nanti di situ ada kebahagian didalam takdir NYA
hii
cempaka datang
add cempaka juga yaa
bro...
gua rasa sebak dan nak menangis.
salam...
sedih & simpati dgan kisah nko bro
harap anak2 nko sihat satu hari nnt.
terus sabar & tabah!! =)
terima kasih semua. kita di dunia sekadar melakonkan peranan yang diberi
aku? aku hanyut dgn duniawi...walaupun perbagai musibah dtg, aku terus hanyut. Walaupun aku punya 4 anak yg sihat, aku kerap melupakan NYA. Mohon oda teman2 utk aku perbetulkan kiblat aku. Thanx.
terima kasih..
Thank you for the personal experience, this stuff is really fabulous and enjoyed reading though.
Post a Comment