Thursday, November 11, 2010

kuda trojan, kuda catur dan kuda kepang!

sehari dua ni panas juga sms dan telefon aku bila ditanyakan apa yang sedang berlaku antara zaid, azmin, anwar, mustaffa kamil dan PKR. letih aku menjawab.
"Hey! Apasal korang bkin kecoh aku punya hidup jadi susah?"
aku bukan orang anwar apatah lagi menantunya. azmin bukan abang aku, zaid takkan mewariskan hartanya kepada aku dan mustaffa ternyata sekali tak de kena mengena aku. persamaan datang dari Perak tidak bermakna kami ada bau-bau tempoyak. Pening! Mat Saman Kati pun m.c menulis ureka.asianya. semua orang pening!

Maleh nak ulas panjang-panjang korang pun tahu!
masalah PKR ialah mereka ada paranoid iaitu siapa yang tidak sependapat dianggap kuda trojan. paranoid kedua ialah mereka tak mahu jadi macam umno tapi hakikatnya begitulah.

zaid menjadi mangsa dituduh kuda trojan hanya kerana mempertikaikan JPP yang MEMANG mempunyai masalah dan sangat kontroversi. Hey! Sorang dua bolehlah korang tipu beb tapi Mustaffa Kamil yang baik dan tak jamin menang pun boleh bengang apahal?
Sudahlah Azmin! Semua orang tahu Anwar dengar cakap kau. Si ketua umum pun patutnya kenalah nampak neutral tapi kenyataan yang dikeluarkan secara tak langsung nampak menyebelahi azmin. dahlah ketua umum ambil tempat presiden, azmin pulak lompat kat atas sekali.
aku dibisikkan oleh orang kuat khalid ibrahim, nasib MB tak bertanding (Sebenarnya anwar yang tak bagi, bila khalid bagitau nak bertanding, anwar suruh tunggu dan jangan umum lagi. lepas tu dia tak bagi bertanding. ceh!). aku yakin kalau khalid bertanding azmin akan tergolek tapi dah tentulah kempen belasah khalid akan lebih teruk. aku tak dapat nak bayangkanlah! Kata sumber - sejak 16 september gagal, azmin terjelir-jelir tengok kerusi MB.
entahlaaaaaaaaaaaaahhhhhhhhh!!!!

apa yang didakwa zaid ada asasnya begitu juga mustafa. kem mana pun anda dalam PKR patut akui benda ni. sistem 1 undi 1 anggota ini bukan tak baik. takde parti kat malaysia ni seberani PKR. Ini memang hebat! try and error sedang berlaku dan kalau ada kepincangan perbaikilah. bukan mengenepikan hanya kerana korang rasa besar!

malam tadi aku nampak ramai otai reformis berkumpul dalam program rapat anak muda yang dipengerusikan calon amk - chegubard.
Ya! otai-otai inilah yang aku tengok dari dulu, di jalanraya, di rumah anwar solat hajat dan di mana-mana. mereka jelas kecewa dan mereka sayangkan perjuangan. mereka ini aku tengok tak tergoda dengan susuk peribadi seseorang tetapi tegak kerana kesedaran perjuangan yang amat tinggi. mereka ada harga diri. merek atak benci anwar, azmin atau sesiapa. yang mereka mahu KEADILAN! Jangan khianati mereka! Tiada mereka akan sepilah jalanraya, mahkamah dan rumah kamu! Puak lain usah diharap. semua tu oportunis!

malam tadi telah termeterai keputusan. sila rujuk kat malaysiakini. Mereka menuntut pemilihan ditangguhkan untuk proses pembaikpulih. Harap pimpinan tidak angkuh menolak.
Kalau anwar degil, azmin angkuh - mereka terpaksa menghadapi seorang 'pejuang' yang berdiri melawan pendapat mereka. Bukan chegubard.itu semua orang tahu.
seorang lagi yang akan lawan ialah Nurul Izzah yang menjerit 'lawan tetap lawan' malam tadi! Puteri yang terdedah dengan didikan Anwar sendiri.

cepat jangan terlanjur! Perbaiki semula. akui kesilapan dan semoga menjadi bertambah baik. Bukan tuduh orang itu kuda trojan, orang ini kuda yang pandai bercatur, yang tu kuda kepang. yang ni kuda laut.

aku?
aku kuda 'unicorn'! Ngiahaha!

10 comments:

daLyaanoon said...

gua kuda chess!

azmietaha said...

Gua KUDAp- KUDApan...borjois sentiasa tersepit!

budak sebelah taman kau said...

ceh wah bro kulup!

rujuk malaysiakini..hensem nampak kat mkini tv.

Yong said...

Kuda trojan tu ape? Kuda teghojon Yong tahu le. Geng ini ade beberapa orang dari PKR. Tak caya tanya zulkulim.

Anonymous said...

Kalau sungguh Nurul Izzah bangkit melawan.. alamat jatuh la kredibliti dsai.. - amenoworld

kulupSakah said...

itulah bezanya dgn umno..tunduk na'am membuta tuli. dlm perjuangan, kasih sayang tak berganjak walau pendapat berbeza. abi talib dan rasulullah sangat jauh berbeza tetapi saling mengasihi

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

salam bro
salah ke seorang ahli biasa berkempen utuk org lain.. anuar tu bukan ada jawatan pun dalam pkr..tak de salahnya dia sokong sesiapa.. nak jadi pengurus kempen pun boleh..
tah aku tak sokong mana mana ..azmin lagi aku tak kenal..mamat wayang kulit tu lagi la aku tak kenal kecuali ..mamat boria ada la aku sikit kenal..tapi mereka tak kenal aku

Irwan said...

Saya suka menguda dan kari kacang kuda

Cikli said...

salam bro...

pkr goyah sebab kuda-kuda pong masih tak betul. tapi masing-masing ahli bernafsu kuda. species gian pil kuda pun ada.

kuda tidur sambil berdiri bro...

uncle gedek said...

Kuda Kepang! Telor dudok kat tengkok!