"bacalah!"
tapi ayat-ayat di atas tak boleh dipraktikkan di dalam masjid..hehe!

London 30 Mei- Kira-kira 300 penyokong kelab bolasepak Manchester United telah keluar dan menyertai Arsenal di sini, pagi tadi. Sewaktu ditanya adakah mereka keluar kerana tidak berpuas hati dengan pengurusan kelab, pencapaian pasukan atau dengan Alex Ferguson, mereka menafikan dan menolak juga dakwaan kerana disogok pihak tertentu.
"Kami keluar setelah mendengar di Hot FM, Najib meminati MU. Kami tak mahu dikaitkan dengan beliau." kata John Sewon, salah seorang daripada mereka yang merayu agar namanya disiarkan. Majlis penyerahan borang akan dilakukan 9.00 malam ini di markas Arsenal cawangan Taman Manchester. Penyokong Arsenal diminta hadir kerana majlis ini khabarnya mendapat permit polis.

menteri maha besar, menteri maha besar
menteri maha besar, bini menteri maha besar
aku naik saksi tiada yang disembah melainkan pak menteri
aku naik saksi tiada yang disembah melainkan bini pak menteri
aku naik saksi aku ini pesuruh pak menteri
aku naik saksi aku ini pecacai bini pak menteri
marilah berbohong
marilah berbohong
marilah menuju kehancuran
marilah menuju kehancuran
menteri maha besar, bini menteri maha besar
tiada yang disembah melainkan bini pak menteri



tuhan
jika ini kau kata cobaan
datangkanlah lagi
dan lagi
aku ketagih
untuk mengunyah pahitnya

malam tadi, selepas berjalan kaki lebih kurang 4km meninjau lokasi tanah runtuh madrasah altaqwa (al fatihah untuk assyahid) aku lapar. Dalam perjalanan pulang selepas membeli ulam-ulaman dan lemang yang dijual di tepi-tepi jalan, kami singgah di warung ini - atas saranan mak cik penjual lemang. Ini kerana kami lapar nasi dan teringin masakan minang.
Kami memilih telur ikan masak rendang, sambal udang, kari hati lembu dan kari daging. Mak aiii! Memang rasa masakan kampung sungguh...
Lepas itu capai pulak tapai pulut yang dibungkus dengan daun pisang. 50 sen je sebungkus. Kami bungkus bawa pulang lagi 5.
Lepas tu aku taram sepotong lemang bercicah sambal udang sambil membunyikan muzik lagu raya Saloma. maklumlah makan lemang mesti sinonim dengan Raya.
Aku pelik, teh panasnya sedap lain macam..aku order segelas lagi. Jarang aku minum teh 2 gelas sekaligus. Memang serius sedap.
Warung akak minang ni akan aku masuk dalam list 'wajib singgah' jika aku ke Hulu Langat lagi. Itu pun jika ia bukan warung bunian yang macam kita selalu dengar cerita dari mulut ke mulut - kisah makanan yang cukup sedap tapi lain kali pergi dah takde atau terbangun esok pagi makanan bertukar menjadi cacing dan tahi kelawar..(selalunya kita tak tahu siapa yang benar2 mengalaminya sebab kawan2 kita selalu memulakan ceritanya dengan dialog," kawan aku cerita dulukan...ada sekali tu...bal bla ba..).dub dab dub dab dub dab
dub dab dub dab dub dab dub dab dub
dab dub dab dub dab dub dab dub
dub dab dub dab dub dab dub dab dub
dab dub dab dab dub dab dub dab dub
dab dub dab dub dab dub dab dub
dub dab dab dub dab dub dab dub
dab dub dab dub dab dub dab dub
dub dab dab dub dab dub dab dub
dab dub dab dub dab dub dab dub dab dab dub
dub dab dub dab dub dab dub
Ronasina | May 19, 2011 04:14:48 pm
Apabila editor versi Bahasa Melayu MerdekaReview, saudara Lim Hong Siang menawarkan saya menyumbangkan kartun untuk laman web tersebut, saya terkejut. Pertama saya tidak tahu yang selama ini laman web ini ada versi Bahasa Melayu dan kedua saya tidak menyangka jejaka tionghua yang selalu menyapa saya di jalanan ketika kami sama-sama menyertai perhimpunan tunjukrasa ini boleh menulis dengan baik dalam Bahasa Melayu.
baca seterusnya di sini |
nikmat adalah untuk dirasa
nafas - tidak perlu diwudhukkan kerana ia bersih dan suci
gambar di atas adalah polong yang menjadi puaka penunggu lobang idung gua..pawang ENT telah menghalau dia..kata Alin, isteri zunar - mungkin CIA yang bubuh polong ni.
beli segera, baca segera dan fahami nasib seekor ayam kalah sabung, kampung tergadai, menang sorak dan tuannya Pak Kadok pulang bertelanjang.
seperti kata Hishamuddin Rais, belilah buku ini supaya dia boleh beli seluar panjang dan gunting rambut kalaupun tidak membeli ashtray baru yang lebih besar.
jika anda tak beli dan baca - anda memang malang kerana lelaki don juan seperti aku telah hampir tiga kali khatam membaca buku ini, setiap kali membaca aku akan menangis tersedu-sedu sehingga janggutku basah.
untuk dapatkan buku ini, cari @Ayam Fared - tanya dia
untuk membayar hutang, aku kena melukis..

haa..ni set nasi panggang dengan kari kaki kambing aku. (nota untuk naza grafik suara keadilan: jika kau fikir kari kambing yusof ali sedap, kau kena try ni dulu)
acara makan beradab pun bermula. sorry beb! nak rasa sedap aku tak boleh ceritalah..kena datang sini cubaurrrrrppp!!
kalau aku tak fikir yang aku ni kulupSakah, tulang ni pun aku belasah..itupun aku sedut-sedut sampai kering.
Sham seperti biasa mengulangi kecemerlangan rekod silamnya melicinkan pinggan kak hasnah. Bukan apa, senang diorang nak basuh.
Annisa kata dia tak mahu jawab soalan sedap ke dak bubur tu...yummmmmm!!
haaa...kan licin...
korang kena cuba. resipi Ustaz Dr Hamzah, suami kak hasnah ni memang power. kami balik kepuasan, malam ini kami tak makan sebab kenyangnya sampai esok pagi.