Wednesday, May 25, 2011

Tips panduan percuma: menulis artikel/cerpen/novel untuk sesebuah penerbitan.(sangat penting!)

berminat menulis? untuk mana-mana penerbitan tak kira suratkhabar, majalah atau mahu tulis novel?
ini contoh PERCUMA yang aku tolong ajar secara sukarela. Perhatikan intro, pengembangan isi, naratif, plot, tanda bacaan mahu pun penutupnya dan praktiskan.
selamat beramal!

Cerita bermula tak lama dahulu sewaktu sebuah negeri yang mempunyai paling ramai penduduk di dunia ( maklumlah ada yang tinggal di Parit, di Lumut, di Dinding) telah dirampas kuasa oleh segerombolan suku makan orang sehingga kerajaan yang disepakati rakyat itu tumbang. Ramailah rakyat yang memprotes ditangkap dan didakwa kononnya cuba melakukan huru hara.
Maka dibuatlah akan parti rakyatsepakat ini ceramah penerangan dan tentang perjuangan rakyat. Dalam ceramah itu disanjung dipujalah orang-orang yang kena tangkap dan dilabelkanlah mereka sebagai wira rakyat.
"Sebagai menyatakan sokongan terhadap pengorbanan pejuang-pejuang ini, saya lancarkan kutipan derma bagi membantu mereka dan keluarga mereka. Marilah kita menderma."
Maka dikutiplah derma seperti yang lazimnya dilakukan setiap kali program. dan pada akhir majlis diumumkan oleh pengerusi majlis yang kutipan pada malam itu menjangkau belas ribu rosmahmansor (RM) juga.
Dan sehingga ke hari ini tiada jua walau satu sen pun duit derma itu sampai ke tangan OKT adanya.
kah kah kah!

(baca dengan stail budak darjah 6)

8 comments:

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

salam bro
saya masih di taska

alien said...

saya baru masuk darjah satu encik

Anonymous said...

der, wa dpt info ade budak lelaki mati kat lokap Kluang...kes mengamuk kat rumah tunang. Keluarga lelaki nak cari saluran untuk mengadu. Tolong der.

Isa said...

salam pakcik;

macamana nak mengeja...???

ummu asiah said...

ok...faham...nak mula menulis ni...harap ada mana-mana suratkhabar yg sudi siarkan....mesti tulis tiada kaitan samada yg hidup atau mati tak:))

mae said...

beno yeop..?

betol ke tak ni? said...

cite betol ke ni der??hehe..kalo cite betol ni karangan membilas namenye..kehkehkeh

kulupsakah said...

haha!! suratkabor utusan bolelah menipu!