Saturday, May 21, 2011

warung akak minang

jika kau menghala ke Hulu Langat dari cheras masuk ke pekan batu 9 kemudian masuk kiri hendak menuju ke air terjun pangsun ke, sungai gabai ke, nanding ke - tidak jauh dari simpang trafik light pekan batu 9 tadi lebih kurang 1-2 km kau akan terjumpa warung tak bernama ini tapi aku namakan warung 'akak minang'. (agak sukar untuk memberikan arahan di mana lokasinya tapi tepi jalan sebelah kirilah)

malam tadi, selepas berjalan kaki lebih kurang 4km meninjau lokasi tanah runtuh madrasah altaqwa (al fatihah untuk assyahid) aku lapar. Dalam perjalanan pulang selepas membeli ulam-ulaman dan lemang yang dijual di tepi-tepi jalan, kami singgah di warung ini - atas saranan mak cik penjual lemang. Ini kerana kami lapar nasi dan teringin masakan minang.
Lauknya banyak sungguh.
Kami memilih telur ikan masak rendang, sambal udang, kari hati lembu dan kari daging. Mak aiii! Memang rasa masakan kampung sungguh...

Lepas itu capai pulak tapai pulut yang dibungkus dengan daun pisang. 50 sen je sebungkus. Kami bungkus bawa pulang lagi 5.

Lepas tu aku taram sepotong lemang bercicah sambal udang sambil membunyikan muzik lagu raya Saloma. maklumlah makan lemang mesti sinonim dengan Raya.

Ehh...sedap juga rambutan Langat..slurpp!
Kalau kau pergi ke dalam kampung tu dan dapat durian kampungnya pehhh..! (bukan durian kahwin atau import) tapi kena musimnyalah..

Aku pelik, teh panasnya sedap lain macam..aku order segelas lagi. Jarang aku minum teh 2 gelas sekaligus. Memang serius sedap.

Warung akak minang ni akan aku masuk dalam list 'wajib singgah' jika aku ke Hulu Langat lagi. Itu pun jika ia bukan warung bunian yang macam kita selalu dengar cerita dari mulut ke mulut - kisah makanan yang cukup sedap tapi lain kali pergi dah takde atau terbangun esok pagi makanan bertukar menjadi cacing dan tahi kelawar..(selalunya kita tak tahu siapa yang benar2 mengalaminya sebab kawan2 kita selalu memulakan ceritanya dengan dialog," kawan aku cerita dulukan...ada sekali tu...bal bla ba..).

tapi akak ni kata dia dah niaga hampir 13 tahun..selamat!! dia bukan bunian dan.........macam tu punya banyak makan hanya rm20....memang lagi sah bukan bunian!

5 comments:

ISA said...

pak cik;

keli masak lomak cili api takdo ke...???

hehehe...

Pak Lubis said...

Kak Minang ni suruh iklan kan kedai dia ke kat blog ni ...?????

Hehehehe..

bunian pare pare said...

bunian dari padang pariaman agaknya tak

Anonymous said...

jawa ya.

Nerzhul said...

nampak sodap