Sunday, May 8, 2011

siri jalan-jalan isi perut: kalau tuan pergi ke gombak

"bang! hari ni kena nasi mandy arab?"
alamak, hari ibu kan? nak kena belanja Sham ni. ya! nasi arab dengan kambing. kat mana lagi kalau tak kat Al-Amin Food Corner milik kakak kami kak Hasnah di Gombak. Tau Shell Tmn Greenwood? Ada taman perumahan belakangnya kan? Dekat taman perumahan tu ada bangunan kedai dan di situlah restoran tu.
"dah telefon Kak Hasnah, dia balik kampung tapi kita pergi jelah kedai dia." kata Sham.
Ahad lepas kak hasnah buat kenduri kahwin anaknya di restoran tersebut dan ada ke patut dia masak nasi arab ni kat jemputan? lauk kenduri yang dimasak banyak2 pun sedap apatah lagi kalau makan kat restoran ye tak? Dr. Sam Rasputin, penyanyi Saya Anak Malaysia pun tambah dua pinggan...

baru nak tambah nasi, aku cekup dr.sam untuk bergambar

Tak puas hati makan kenduri minggu lepas, kami nak tuntut bela hari ni. biasanya kami makan bersama keluarga Ummu Asiah tapi mereka ke kuala kangsar hari ni. takpelah, rumah mereka dekat je. merangkak pun boleh sampai restoran ni.


keluarga ummu asiah makan kenduri minggu lepas

kalau nak ke sini, biasanya aku hanya bersarapan sikit saja. secawan air panas mengalas perut dan akan biarkan perut aku lapar sehingga 2-3 petang. aku akan menikmati makanan dan lepas itu aku tak makan malam dah sehinggalah esok pagi.
JOMMMM!!!
anda akan dilayan penuh sopan di sini. selesa, berhawa dingin dan boleh juga makan di meja luar.

hey! set nasi panggang dengan kari kaki kambing aku dah sampai...ada sup. aku minum neslo ais tapi sham kata tak match langsung air aku dengan makanan. hihi!


haa..ni set nasi panggang dengan kari kaki kambing aku. (nota untuk naza grafik suara keadilan: jika kau fikir kari kambing yusof ali sedap, kau kena try ni dulu)

gambar bawah ni Sham punya set. nasi mandy arab dengan kambing.
apasal kambing jugak?
hey! kalau nak makan ayam pun boleh tapi apppaa klas...kedai lain pun banyak ayam. spesel sikitlah selera korang tu...
acara makan beradab pun bermula. sorry beb! nak rasa sedap aku tak boleh ceritalah..kena datang sini cubaurrrrrppp!!

Annisa rekomen kat anak2 korang bubur nasi. sedap kau tanya??

kalau aku tak fikir yang aku ni kulupSakah, tulang ni pun aku belasah..itupun aku sedut-sedut sampai kering.
Sham seperti biasa mengulangi kecemerlangan rekod silamnya melicinkan pinggan kak hasnah. Bukan apa, senang diorang nak basuh.
Annisa kata dia tak mahu jawab soalan sedap ke dak bubur tu...yummmmmm!!

haaa...kan licin...
korang kena cuba. resipi Ustaz Dr Hamzah, suami kak hasnah ni memang power. kami balik kepuasan, malam ini kami tak makan sebab kenyangnya sampai esok pagi.

kalau tuan mengasah tombak,
jangan lupa melontar lembing,
kalau korang turun ke gombak,
ke Al-Aminlah segera pekena kambing..

burrpp!

9 comments:

gedek! said...

Harga macam mana?

Restoran orang-orang bangsawan, ke?

kulupsakah said...

tak bro, berbaloii!murah dan sedap.
kalu gi restoran fast food atau italiano tu lagi mampuih...

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

gua rasa sedap lagi restoran berhampiran giant kajang yang dulu tu

kulupsakah said...

uk5 sama al amin sama sedap woo

Cikli said...

gua sambut hari ibu hari-hari.
setiap harilah makan masakan ibu anak-anak gua.
harap-harap dia masak nasi arab hari ni pakai beras cap rambutang.

Bisnes printing said...

Sedap tul la rasa lapor la pulak haha

budak sebelah taman said...

depa kata sebelah bangi kopitiam BTHO baru buka,aku nak pegi riki hari ni.

neslo said...

x boleh jadi ni nak kena try jugak..

naza SK said...

aku akan ke sana!