melihat yang tersirat akan membawa maksud lebih besar dari yang tersurat. kitab suci penuh dengan ayat berbagai erti. matahati mau tajam, deria rasa mau peka. baru boleh baca.
"mata mau liaq, tangan gagau peliaq!"
jangan simpan patung dalam rumah nanti malaikat tak masuk.
- untungla ye dak? tak matilah kita malaikat maut tak boleh masuk. tapi maksud 'patung' atau berhala ialah benda2 yg kita sembah selain dia seperti harta, wang, pangkat dan kuasa. 'rumah' bermaksud hati dan malaikat adalah 'nur'.
maka- jangan letak pangkat/wang/kuasa dalam hati nanti nur atau hidayah tak datang.
semerah padi
-ini melambangkan pemuafakatan komuniti yang mengamalkan hidup bergotong-royong dan berganding bahu. ini dikaitkan dengan komuniti melayu/islam dulu-dulu. 'se' adalah satu, 'merah' adalah darah dan 'padi' adalah makanan orang melayu/islam. padi menjadi lambang penyatuan.
maka - satu darah melayu/islam maksudnya yakni bersaudara mereka.
maksud entry aku sebelum ini ialah:-
kambing: berjanggut ala pak lebai
mati pucuk: lemah
makan tahi sendiri: rasa macam perbuatan salahnya itu betul dan best je...
kerbau balar tu rahsia! haha!
ok, mulai harini selalulah melihat yang tersurat.
homework untuk anda: tafsirkan catatan fared ayam di bawah ni.
"sehari ruang sunyi
menjadi lebih berani
merasa lebih sendiri
untuk apa semua ini?"
9 comments:
artinya jadi orang jangan belagak.
Uzlah
Muhasabah diri
Zikir dan Fikir
Mencari Hakikat Diri
Untuk Mengenal Yang Abadi
Tak ada hadiah ke contoh dapat minum teh bersama KulupSakah disamping potret percuma ke...huhuhu
malaikat rahmat yg tak masuk bang, bkn semua malaikat. kalu 'rumah' ditafsir sbg hati plak lg parah beb. tpt hantu setan besarang
azmie: sila baca kitab ihya' ulumuddin al ghazalie sebelum tu...
kefahaman macam inilah menjadikan orang lain sesat
yang tak masuk itu malikat rahmat .malikat maut tetap datang
sebab tu kena baca yang tersirat seperti tajuk entry. untuk ngelak dari bodoh melantun-lantun.
kalau org kata jodoh maut di tangan Allah maka si bodoh akan berkata Allah mana ada tangan?
kesian orang lain tak pasal2 sesat dgn kefahaman ni...bodoh betul depa sampai xleh fikir..kefahaman tentang rasuah jadi halal bila ditukar jadi politik wang, pelacur jadi pekerja seks,judi haram judi halal...
syiah sesat, sunnahwaljamaah betul walaupun pengikutnya ada yg togok arak dan sondol betina...
itu tkpelah ye tak? tak buat org sesat kan?
uhhss..homework..?? berat doh nie.,.
malu bertanya memang laa sesat jalan.
betul tak bang kulup?hehe
Post a Comment