Friday, August 10, 2012

lirik lagu Raya ciptaan aku yang baru

Tuan Menteri Perdana, oleh kerana lagu Hari Kebangsaan dah ditulis liriknya oleh Rais Yatim, maka saya yang terlepas peluang ingin mencadangkan lagu Hari Raya yang baru perlu dicipta juga. Dengan ini saya sertakan lirik lagu Hari Raya nukilan saya dan besarlah harapan saya agar lirik ini diguna dan disiarkan setiap hari mulai esok sehingga berakhir Syawal. Sekian, selamat berbuka. Hari Raya 1Malaysia Tibalah Syawal yang mulia inilah masa membalas jasa Mohonlah ampun pada mama kebanggaan kita semua korus: Janji Diketupati Rakyat diBahulukan Kroni makan lemang Rakyat kunyah buluh (suara latar: macamlah Panda) Bersyukurlah kita semua hidup aman dan sentosa biarlah kami miskin dan hina asalkan perompak bahagia dam dam dum bunyi c4 semaraklah hari raya ini tahun Janji diketupaaaaaatiiiiiiiiiiii... rakyat diBahulukaaaannnnnnnnn

3 comments:

Hamba Allah said...

membaca bbrp entry tuan memberi sy ilham utk menulis lagi, terima kasih. pls visit my blog http://disinidandisini.blogspot.com/

Anonymous said...

Terbaikkkkk.... semua terkena.

Unknown said...

Haha, terrrrbaekk!!!