Monday, August 6, 2012

masalahnya kita ini si bodoh yang malas

apabila Rasulullah dan sahabat keluar dari rumah Al Arqam - tempat persembunyian awal-awal dakwah Islamiah mereka dan bertekad untuk menyebarkan Islam secara terbuka kepada ummah, ini adalah petanda bahawa Islam adalah milik semua golongan tak kira bangsa dan kedudukan. Dari seawal terima wahyu sehinggalah hari baginda wafat akan ada orang memeluk Islam. Dan Rasulullah mengajar mereka, melayan persoalan-persoalan mereka. ada persoalan yang agak keanak-anakan tetapi baginda melayan mengikut tahap kemampuan seseorang itu. logiklah kan? Abu Bakr dan Ali adalah terawal memeluk Islam takkanlah baginda nak terangkan lagi soal mandi junub kecuali perkara-perkara baru tetapi Islam bukanlah tentang hukum-hakam sahaja. Sahabat-sahabat rapat dan bijaksana disampaikan ilmu yang lebih berat dan dalam seperti soal keinsanan dan ketuhanan. sehinggakan Ali digelarnya pintu kota ilmu manakala Umar adalah 'nabi' yang layak menggantikannya jika sekiranya ada lagi nabi selepas baginda. Abu Bakr digelar 'mayat berjalan' kerana kelurusan dan kejujurannya.
sahabat-sahabat yang lain yang turut memperolehi titisan-rantaian ilmu ini antaranya Abu Dzar, anak angkat baginda Zaid Abu Harithah, Salman Al farisi (sekadar beberapa contoh...) dan ilmu ketuhanan ini berkembang mengikut rantainya. Dari warisan Ali dan Fatimah lahirlah Hasan dan Husin dan dari percantuman baka Hasan dan Husin lahirlah sultanul aulia Syeikh Abdul Qadir Al Jilani...
"Baitul Himah" diwujudkan di zaman Khulafa ur Rasyidin untuk umat menggali ilmu. penyuburan ilmu sangat sehat, pidato-diskusi-debat digalakkan. Buku-buku ilmu banyak ditulis. jika pandangan seseorang ulama itu tidak dipersetujui, ditulis pula buku untuk menyanggah pandangan tersebut bukan diharamkan buku itu. inilah suburnya ilmu. rakyat yang cerdik ilmu akan membaca dan menilai. tak timbul soal hati-hati baca nanti kau sesat....kerana rakyat itu sendiri celik akal.
apabila penguasa mula cinta dunia, agama disebar mengikut acuan mereka. ulama-ulama dilantik sebagai penasihat demi menjadi rubber stamp menghalalkan perbuatan. sesiapa tidak searus, dilabel sesat. ia terus berlaku hari ni. minda kita disekat dipancas sejak kecil untuk menimba ilmu sedalam-dalamnya. ditanam rasa takut untuk menuntut kerana jika tak dengar dari ulama mereka, kita akan berdosa. ulama-ulama ini punya tauliah dari Allah untuk memutuskan siapa layak masuk syurga.
jika kita tiada ilmu, bagaimana kita hendak tahu ilmu mana yang betul dan penyampai mana yang gebang? Menuntut ilmu itu fardhu bagi setiap muslimin dan muslimat (T'olabul'ilmi faridhatun ala kullimuslimin wamuslimah). menuntut bukan bermakna menunggu cakap-cakap agamawan. kita juga harus berjalan dan 'rasa'.
ilmu Allah adalah ilmu 'roso' (rasa). kita ini malas membaca dan belajar maka kita kekal bodoh. kadang-kadang ketaksuban kita kepada seseorang tokoh menutup mata kita pada pandangan tokoh lain. apa ustaz kegemaran kita cakap betul sahaja, orang lain tak betul walhal kadang-kadang apa yang diperkatakan ustaz kita itu sangat asas sifatnya tetapi kita yang malas belajar ini terkejut beruk seolah-olah itu benda baru. dan apabila kita dengar pandangan yang dilemparkan oleh orang yang tiada songkok, kopiah dan jubah kita persoalkan siapa dia//
hey! guru kerohanian imam Ghazali hanya seorang tukang kasut tahu?
aku ada tertengok twit seorang ustaz muda yang glamer di tv pasal solat dan aku tak setuju malah boleh saja aku berhujah tapi pastilah aku ditibai oleh pengikut mereka. hujah aku bukanlah kerana aku pandai tetapi aku boleh gunakan hujah ulama lain dalam soal itu. aku ni kutu apa yang aku tahu? hihi...
ya! kita kena buang riya' dalam diri.
jangan jadi syeikh nuruddin ar raniri yang membakar kitab hamzah fansuri (bekas anak muridnya juga) kerana dikatakan sesat atau Ibnu Arabi si wali qutb dilabel sesat oleh imam-imam muktabar...

kitalah jangan malas kalau kita ini bodoh...

5 comments:

Unknown said...

Ape ko merepek ni samdol? Mcm cerita dkt budak tadika. Sorry tp ni mmg betul punya komen. Xfaham byk baro.. Hoho

Anonymous said...

macam mana kamu boleh kata dia merepek sedangkan kamu tak faham,tengok tajuk, baca dan fahamkan kalau tak faham juga tanya la elok2..jangan sampai tajuk diatas menunjukkan kamu antara salah seorangnya..

Anonymous said...

Muhd Mat yang aku nampak kaulah yang menjadi budak tadikanya. Nampak sangatlah kau antara golongan yang lari apabila solat terawih disulam dengan tazkirah di masjid.

Tinggi bahasa yang digunakan, hanya jauhari yang mengenal manikam....

Anonymous said...

memang gemar membaca kitab/buku tulisan hamzah fansari tapi tidak ada dipasaran sekitar KL.satu lagi buku menjadi carian ialah NANA,THE KING'S DAUGHTER tulisan oleh arkeology british.

microdot said...

Salam ronasina, syukur sgt sbb masih bole jumpa serpihan2 geng wak jono di sini.. teruskan dgn pengisian yg lebih mantap dan mendalam, biarlah siapa yg berkehendak yg akan dapat segala yg tersirat.. n mana yg paham tu sbb Dia yg bg paham... huhu..