Thursday, August 9, 2012

Serpih kaca di hujung jejari....

Aku mengaku ada kesayuan Ramadhan kali ini. Setiap kali lepas berbuka aku akan duduk di samping An-Nur dan melayani sepi kecanggungan ini. Sementara menunggu jam 10 malam untuk menjemput Siti Khadijahku usai berniaga aku akan mengelamun mengimbas jejak-jejak yang telah aku tinggalkan.
Barangkali kerana aku sudah mula berusia atau mungkin jiwa aku penuh cinta agaknya maka aku sering diusap rindu. Rindu pada insan-insan yang rapat denganku. Hati ini telah tertanam cinta kepada mereka.
Dalam redha dan sedar yang bukan kepalang, dalam aku mengakui perjalanan batin, dalam aku memahami destinasi yang eterniti, dalam gelak tawa dan lepas laku, ada suatu sudut di hati ini telah hancur luluh dibawa oleh Annisa...

3 comments:

C++ said...

Bhai Fendi...

Moga Allah merahmati lu sekeluarga... dan Annisa yang telah pergi lebih awal...

Jangan lu sedih bhai... dier sentiasa gembira disana...

author faethal said...

Sabar bro,
Annur pun rindukan bro sekeluarga di Jannah sana.
Betapa bertuahnya 2 puteri ahli syurga itu berbapa kan lu..

Anonymous said...

membelai anak yang tiada upaya dengan kasih sayang tanpa sempadan amatlah besar nikmatnya disisi allah swt.kamu berdua adalah insan terpilih mengalas kewajiban yang semestinya akan ada hikmah dan nikmatnya disisi allah swt.akak juga mempunyai anak yang serupa tapi allah swt telah pun membawanya pulang.dalam riuh rendah hilai tawa suara kanak kanak yang ada disekeliling akak masih kesepian bak laut tanpa pantai,air mata tidak lagi mengalir kepipi cuma terasa berderai dihati.geseran rindu akak hanya allah saja yang tahu.