Tuesday, September 25, 2012

bodoh!

suatu hari kami sekeluarga ke pejabat kawan untuk urusan hope2walk. seluruh staf memberikan kerjasama yang baik. tapi sewaktu kami balik, seorang 'ustaz' di dalam pejabat tu memberitahu staf-staf mengapa kami diberikan tuhan dua anak cacat.
"ia disebabkan si bapa atau si emak dulunya ada kekasih lain sebelum ini dan mereka telah bersumpah kepada tuhan jika tidak kahwin dengan kekasih itu, si bapa 
atau si emak ini takkan berkahwin dengan orang lain. tapi mereka langgar sumpah sebab berkahwin juga. tu sebab dapat anak cacat."
oleh kerana dia ustaz maka ramai staf percaya.
nasib baik kawan aku baharu saja cerita perkara ini minggu lepas dan ustaz tu dah enam bulan tak datang kerja. kalau tidaaaaaakkkkk......

21 comments:

alieavea said...

kalo tidak...tatau la nak ckp...aish..bengkak kot mata nyer

Anonymous said...

ustaz kazim ke hahahhaha

Irfa said...

org mcm tu lah yg buat busuk nama ustaz.mcm mana dia jd ustaz pun tak tau..

Anonymous said...

ada juga 'ustaz' berfikiran begitu..? allahuakbar...sedap mulut jak dia cakap,ada belum dapat ujian Allah,dia tidak tau Allah bagi ujian pada kemampuan seseorg..Ternyata saudara lebih KUAT dari ustaz tu(dan saya)... Sabar saja..ada kebahagiaan di 'sana' menunggu...

Anonymous said...

Bersabarlah dgn ujian Allah..pasti ada hikmahnya..

Anonymous said...

Ustaz ajaran sesat yang tak beriman dengan Qada dan Qadar.

Kakcik Seroja said...

Mana dia dapat nas atau dalil tu? :(

C++ said...

Bhai Fendi...

Ustaz tue rasa dier lagi tinggi ilmu dari Allah...

Anonymous said...

Ringan je rasa tangan ni

Anonymous said...

ya, aku setuju...usetat yg macam ni memang bodoh..dan aku pernah jumpa usetat yg berjubah serban, ajar mengaji,dihormati tapi tengok wayang biru dgn bebudak tiga suku..

Anonymous said...

ustaz tu jeles sebenarnya, sbb tuan dapat tiket mudah ke syurga. bukan ke anak2 istimewa tu xde dosa. dorg la saham tetap tuan kt sana nnt..insya Allah.

alien said...

tu yg dipanggil ustaz ke?
aku org biasa pun x tergamak ckp camtu..

Anonymous said...

sabar ajer..tokeh babi pon tak gamak cakap mcm tu...

Anonymous said...

Alhamdulilah bertambah pahala kalau kita bersabar. Mcm tu le pedih telinga dan hati bila saya yg sedang berperang dgn sakit lutut yg kronik....ada pula yg mengeluarkan kata yg mungkin ada kebenaran tapi nada suara gaya bahasa yg menusuk hati....cth Ha ...tu jadi camtu taktaulah dosa apa yg dok buat dulu. Allah nak tunjuk dosa yg dok buat dulu dan balasanlah tu. Straight to the face....dlm hati Allah saje yg tau. Yg heran tu bukannya depa pernah kenal kita dulu dulu...yg kenal semua bg nasihat Allah hanya uji hamba yg mampu terima sahaja.....harap tuan bersabar...

Irwan said...

power arr ustat tu. kekeke. hadis mana dia pakai?

Hamba Allah said...

"bodoh" memang berbahaya. sy terbaca dlm buku tafsir sufi al fatihah bhw salah satu isti'adzah adalah daripada kebodohan... persis yg diungkap lewat ayat2 iniL [155]
Dan Nabi Musa memilih tujuh puluh orang lelaki dari kaumnya (untuk di bawa bersama ke Gunung Tursina) pada waktu yang telah kami tentukan. Maka ketika mereka digegar oleh gempa, Nabi Musa merayu dengan berkata: “Wahai Tuhanku! Jika Engkau kehendaki, Engkau boleh binasakan mereka bersama-sama denganku sebelum ini. Adakah Engkau hendak membinasakan kami disebabkan apa yang telah dilakukan oleh orang-orang yang bodoh di antara kami? (Apa yang mereka telah lakukan) itu hanyalah cubaanMu. Dengan cubaan itu Engkau sesatkan sesiapa yang Engkau kehendaki dan Engkau beri petunjuk kepada sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkau jualah Pelindung kami; oleh itu ampunkanlah kami dan berilah rahmat kepada kami, kerana Engkau jualah sebaik-baik Pemberi ampun. atau dlm Al A’raf ayat 199 yang artinya, “Jadilah engkau pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan kebaikan dan berpaling dari orang-orang yang bodoh.” Peliknya, org melayu lebih gemar berlindung dari setan, makhluk ghaib, walhal ancaman skrg lebih kpd ancaman penyakit berbahaya "bodoh"... ya , Allah aku berlindung kpd-Mu dari termasuk dalam kalangan orang bodoh, aku pinta juga padaMu spy ronasina juga terhindar sama dari penyakit bahaya ini. amin.

Hamba Allah said...

buku tafsir sufi itu ada pada saya dan saya telah membacanya, malangnya jakim telah mengharamkannya, hairan bagaimana buku sebaik ini boleh diharamkan. saya sudah membacanya, sy dapati tiada apa2 yg menyesatkan dalam tafsir ini. sy khawatir jika ini berterusan maka berlakulah apa yg akan berlaku bhw " mereka membaca al Quran tetapi al Quran melaknat mereka...nauzubilla.

Anonymous said...

Masyarakat Islam perlu sedar semua makluk yang ada janggut atau pakai serban tidak diberi pangkat ustaz. Kelayakan itu patut diserah kepada majlis syura dan seseorang itu hanya boleh diberikan pengiktirafan setelah dia membuat amal selama 20 tahun atau lebih

Unknown said...

A'kum

Bersabarlah bro

Itu bukan Ustaz, itu Autaq namanya!
Dia tak tau dugaan dan kesusahan itu apa?

Tak taukah dia rahmat untuk akhirat?
Ngok punya Autaq.

libang libu said...

yob,
keluarga miker dah kompom 2 org masuk syurga.
ramai org tak sedar tang itu.

Anonymous said...

kenapalah bercakap macan tu,kalu kita tidak berkeupayaan menolong janganlah dibebankan dengan pernyataan yang amat memedihkan.akak juga pernah dihadiahkan allah swt. anak yang lahirnya cacat.walaupun anak telah allah ambil dan walaupun kata kata demikian tidak ditujukan pada akak.namun hati akak saperti luka yang sudah sembuh tapi parutnya berdarah kembali.kenapalah manusia tidak boleh menerima penciptaan allah swt.seadanya.akak mohon masyarakat diluar sana jangan tohmah kami dengan anugerah istimewa ini.walaupun akak tidak pernah bersua muka dengan keluarga ini jauh sekali mengenali mereka akan tetapi akak terasa apa yang mereka rasa dan lalui.ya allah!!berilah mereka rahmatmu dan lindongilah mereka dari kemurkaanmu didunia dan akhirat,amin ya rabbulalamin.