Tuesday, September 11, 2012

inilah perjalananku...

Perjuangan menuntut pengorbanan. Kalau hanya mengharap apa yang ada ia akan statik. Waktu aku ke Beijing aku hanya dibenarkan cuti 70 hari kerana segala peruntukan cuti apa pun telah habis aku gunakan.
Tapi aku telah nekad melanggar demi An-Nur. Aku tak sempat untuk Annisa.
Hari ini sedikit perubahan ada walaupun perjalanan masih jauh.
Lihat foto An-Nur di bawah ini diambil beberapa hari lalu.

1) Bahagian hadapan


2. Kaki

3. Bahagian belakang.





Apa yang anda nampak? Ya! Badannya membengkok. Tulang belakangnya membengkok sehingga struktur badan 'lari'. Menarik semula tulang belakang ke asal bukan mudah dan bukan dengan pembedahan. Setiap hari An-Nur menjalani akupunktur dan senaman. Ini membuatkan aku terus bercuti menumpukan kepadanya. Aku diminta masuk bertugas tetapi aku bertegas untuk menangguhkan sehingga Disember . Akibatnya aku diberi surat tunjuk sebab, tidak disambung gaji dan bakal menerima tindakan tatatertib.
Kenapa aku sangat degil??

Cuba bandingkan foto di bawah ini yang diambil dua bulan lalu:-
Perhatikan tulang belakang dan kaki An-Nur sangat bengkok. Hari ini perubahan sudah ada.



Dalam keadaan perubahan ini, aku mesti teruskan sehingga hujung tahun. Menumpukan dan berusaha agar keadaan An-Nur lebih baik. Tulang belakang membengkok dan menekan paru-paru inilah punca An-Nur selalu sakit masuk wad.
Aku boleh masuk bertugas - boleh dapat gaji,(sekarang tadak gaji woooo....) tak kena tindakan tatatertib
TAPI....
keadaan An-Nur yang semakin menunjukkan perkembangan yang baik ini akan kembali tergendala.

Dan siapakah yang memahami?



6 comments:

Anonymous said...

sy faham apa perasaan cikgu sy pun ada adik sy sendiri yg kurg upaya sakit buah pggang kronik.kita sedih jugak fikirkn keadaan dia tp mcm ni jugak.mudah mudahan ada jalan dipermudahkan esok kelak
-nazif (auto u 2009)

Anonymous said...

:') ,Pasti ada rezeki yang lebih baik buat kamu. Semoga Allah S.W.T sentiasa memberkati keluarga kamu. Kamu tabah dan kuat!

Kakcik Seroja said...

InsyaAllah, kakcik akan panjangkan kisah ini di blog kakcik.

Aziela said...

Apa kata jawab surat tunjuk sebab tu. Mereka akan mengambil tindakan yang lebih drastik. Lagipun memang anda ada masalah. Majikan tidak boleh buang pekerja sewenang2nya sekiranya prosedur dipatuhi. So steps should be taken :
1.) Jawab dulu surat tersebut dan nyatakan maaf.

2.) Tulis surat lain kepada syarikat untuk memanjangkan tempoh cuti tanpa gaji.

3.) Hantar surat permohonan by hand dan cuba berbincang tentang masalah anda dengan majikan. Seelok2nya dengan ketua jabatan bersama HR Manager.

Semoga semuanya dimudahkan.

Anonymous said...

minta maaf tak tau tuan ni kerja apa sebenarnya...

Ummi Alisya said...

Kita yang punyai anak sebegini lebih takut dan risau kalau tulang-tulang mereka membengkok, daripada takut dan risau diambil tatatertib/tak bergaji...

Semoga Abg Fendi, Kak Sham & Annur dimurahkan rezeki oleh-Nya!