Sunday, September 30, 2012
pulang dan damai
pulanglah putera
ke tempat asalmu
tunggulah kami yang akan menyusul
kirim salam sama Annisa
tanyakan kepada kakakmu apakah dia sudah siapkan taman untuk babah, mama dan adiknya
pulanglah putera
berehatlah dahulu
hiasilah istanamu
supaya orang tuamu gembira
apabila mereka sampai nanti
- muhamad amar nazheef atau Aiman telah kembali ke rahmat Yang Maha Esa pagi ini Ahad 30 September. Dia juga seperti Annisa dan An-Nur, Cerebral Palsy.
kita semua akur setiap jiwa akan merasai mati. Pastilah orang tuanya 'Kenari Suchie dan Ieyda Abdul Rahman' redha serta tabah.
renungilah nasib anak-anak OKU terlantar yang selalu berakhir riwayat mereka di dalam keadaan potensi semakin merosot.
Di negara-negara maju, anak-anak sebegini menikmati hak bersekolah dan latihan percuma oleh kerajaan sama seperti anak-anak yang lain.
Berapa ramai lagi di Malaysia anak-anak CP mengalami nasib sebegini?
Bukan setakat suruh kami bersabar tetapi ayuhlah sama-sama berjuang membela nasib insan syurga ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
al-fatihah
T_T
terOs airmata wa menitik...
dasyatnya ujian Allah SWT terhadap mu..AllahuAkhbar!
Segalanya adalah dugaan dari Nya... Semoga tabah menghadapi hari2 seterusnya.. Al-fatihah.
AlFatihah untuk dia dan kita
Alfatihah, adik sye sorang ade oku mcm ni Cerebral Palsy, sye tau mcm mna susahnya mak ngan abah nk jaga, tapi xpe dia xde sebarang dosa,syurgalah tempatnya.....
Post a Comment