Sunday, September 9, 2012

untuk kamu

hidup ini singkat, harus dimanfaatkan. kasih sayang terbit ikhlas dan tak boleh dipaksa apatah lagi lakon-lakonkan.
Annisa dan An-Nur adakalanya tidak wujud bagi keluarga terdekat. Ada di antara saudara terdekat tidak pernah mendukung malah sentuh pun tidak sejak Annisa lahir sehinggalah kembali. An-Nur sehingga hari ini juga tidak wujud bagi penglihatan sesetengah mereka. Ini tidak boleh dibuat-buat.
Empat beradik di bawah ini Anas, Ammar, Asma' dan Asiah membuatkan Annisa dan An-Nur wujud. Mereka menyayangi anak-anak aku.


Juga Alif dan Atiqah anak Wan dan Ghazirah (perhatikan nama anak-anak ini semuanya bermula dengan huruf A)yang mengenali Annisa dan An-Nur sejak kecil...


Dua gadis Korea, Wooyoung (kanan) dan Rucy membantu An-Nur setiap hari.

di Beijing, Zack dan Anna meraikan An-Nur. Lihat keikhlasan di wajah mereka...
 Kim bersama suami dan anak lelakinya (juga dari Korea)
Anak muda di bawah ini selalu bersedia bila-bila masa menghulur tenaga. hanya sebuah panggilan, mereka datang.

dan wajah-wajah kasih yang membuat aku rasa aku wujud. Kak Nashita dan abang Bad yang sentiasa ke depan mendahului apabila memerlukan.

Nikjidan dan Juli

Abang long ni kita panggil untuk Pyanhabib, selalu membebel kalau aku bawa anak-anak berjalan sampai larut malam. Tadah saja telinga. Adinda
Dr Kapten Khadijah dan suaminya Ruzaine.
Kak Zumrah atau Umi dengan Ustaz Badrulamin a.k.a Abah yang tak terkata budi dan kasih mereka.
Keluarga Abang Hasan Suyut dan Kak Dora yang membakar inspirasi, kak Hasnah Al Amin yang cool, abang Mie Taha yang selalu muncul depan pintu rumah bawa sarapan pagi, Farid-Ita dan Alisya <-- adik An-Nur.
Azura, Aleeya dan Liza kawan sekolah aku, sesama susah senang ketika di Kl waktu habis sekolah dan masih rapat sehingga hari ini.
Puspa dan Najwan- adik kesayangan yang kalau 3-4 hari tak dengar berita mulalah aku akan ganggu kehidupan mereka.
Dan Faizal Riduan kesayangan Sham pun tau-tau muncul di rumah naik motor dari Gombak tengah-tengah malam hujan lebat.













barangkali mereka ini semua tidak punya ilham bagaimana perasaan aku terhadap mereka. kasih sayang ini misteri lahirnya. jangan tanya aku bagaimana ia tumbuh.


entry ini adalah bersifat peribadi dan agak sentimental.
ia untuk kamu!

4 comments:

Ummi Alisya said...

Terima kasih kerana menghargai kami juga... semoga persahabatan dan ukhuwah yang terjalin memberi 1000 rahmat dan diberkati Allah...

Hasan said...

Untuk Rona dan Sham, juga Puteri An-Nur. Kamu sekeluarga juga sumber inspirasi ramai. Terima kasih di atas penghargaan itu. Kami yang patut menghargai kamu kerana memberi ruang kepada kami untuk mengirimkan kasih persahabatan.

LydSunshine said...

Salam, bagaimana saya nak berikan sumbangan kepada An Nur?

kulupSakah said...

LydSunshine,
terima kasih di atas perhatian anda. Anda boleh merujuk ke blog Hope2Walk.blogspot.com
terima kasih kerana sudi. Kami tidak lagi memohon sumbangan secara terbuka tetapi masih ada insan prihatin yang terus menyumbang tanpa kami mengenali mereka.
Allah jua membalasnya.