Sunday, September 30, 2012

pulang dan damai


pulanglah putera
ke tempat asalmu
tunggulah kami yang akan menyusul
kirim salam sama Annisa
tanyakan kepada kakakmu apakah dia sudah siapkan taman untuk babah, mama dan adiknya

pulanglah putera
berehatlah dahulu
hiasilah istanamu
supaya orang tuamu gembira
apabila mereka sampai nanti




muhamad amar nazheef atau Aiman telah kembali ke rahmat Yang Maha Esa pagi ini Ahad 30 September. Dia juga seperti Annisa dan An-Nur, Cerebral Palsy.
kita semua akur setiap jiwa akan merasai mati. Pastilah orang tuanya 'Kenari Suchie dan Ieyda Abdul Rahman' redha serta tabah.

renungilah nasib anak-anak OKU terlantar yang selalu berakhir riwayat mereka di dalam keadaan potensi semakin merosot.
Di negara-negara maju, anak-anak sebegini menikmati hak bersekolah dan latihan percuma oleh kerajaan sama seperti anak-anak yang lain.
Berapa ramai lagi di Malaysia anak-anak CP mengalami nasib sebegini?
Bukan setakat suruh kami bersabar tetapi ayuhlah sama-sama berjuang membela nasib insan syurga ini.

Saturday, September 29, 2012

aiyaak!

sewaktu makan tengah hari di sebuah warung semalam tiba-tiba aku teringat waktu kami ada UK5 Cafe dulu. Pernah suatu pagi ketika hendak memasak sambal nasi lemak, pekerja kami warga Indonesia membuka plastik bungkusan ikan bilis dan mahu terus menuangkan ikan bilis ke dalam kuali.

"Eiii! Basuh dulu ikan bilis dan buang kepalanya!" jerit Sham.
"Ah! Tak perlu kak! Dulu tempat kami kerja dulu tak kisah pun. Macam inni saja!" kata mereka.

Sham menerangkan bahawa kita sedang menyediakan makanan yang akan dimakan oleh insan. Kebersihan, keikhlasan dan kesedapan mesti diutamakan. Itu tugas suci dan mulia. Bukan cincai-cincai seperti mahu bagi makan kepada hantu...


Lalu selera aku menipis. Aku harap nasi yang sedang aku makan di restoran itu disediakan oleh mereka yang ikhlas dan bersih.

Tuesday, September 25, 2012

bodoh!

suatu hari kami sekeluarga ke pejabat kawan untuk urusan hope2walk. seluruh staf memberikan kerjasama yang baik. tapi sewaktu kami balik, seorang 'ustaz' di dalam pejabat tu memberitahu staf-staf mengapa kami diberikan tuhan dua anak cacat.
"ia disebabkan si bapa atau si emak dulunya ada kekasih lain sebelum ini dan mereka telah bersumpah kepada tuhan jika tidak kahwin dengan kekasih itu, si bapa 
atau si emak ini takkan berkahwin dengan orang lain. tapi mereka langgar sumpah sebab berkahwin juga. tu sebab dapat anak cacat."
oleh kerana dia ustaz maka ramai staf percaya.
nasib baik kawan aku baharu saja cerita perkara ini minggu lepas dan ustaz tu dah enam bulan tak datang kerja. kalau tidaaaaaakkkkk......

Menteri hina lagu kebangsaan

Sebagai rakyat Malaysia, saya berasa kecewa dengan kenyataan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri SK Devamany yang menyamatarafkan lagu Kebangsaan negara dengan lagu pop dengan menyatakan lagu Gangnam Style dan Kolaveri lebih popular berbanding Negaraku. Pandangan saya, tiada lagu negara lain popular seantero dunia dan kenyataan ini jelas merendahkan martabat lagu kebangsaan.
Saya sebagai warganegara Malaysia berasa terhina apatah lagi ia dinyatakan oleh seorang yang bertaraf menteri dan menggesa kenyataan ini ditarik semula.
rujuk Malaysiakini:-
 
'Guna rentak Gangnam Style dekati orang muda'
  • Hazlan Zakaria
  • 12:34PM Sep 25 2012
 
Kerajaan perlu menggunakan elemen budaya popular seperti tarian 'Gangnam Style' dan lagu 'Kolaveri' untuk mendekati orang muda, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri SK Devamany.

"Gangnam dan Kolaveri ini lebih popular dari lagu Negaraku.

"Itu sebabnya lagu 1M4U mempunyai rentak yang tersendiri," kata Devamany.

Rentak yang unik itu diharapkan membantu kerajaan mendekati orang muda yang didakwa jauh daripada perhatian masyarakat.

Gangnam Style merupakan lagu nyanyian penyanyi pop Korea Selatan PSY yang mencetuskan fenomena di seluruh dunia.

Monday, September 24, 2012

wak jono versi baru...

Aku menuruti Mat masuk ke dalam perkampungan Mahameru langsung menuju ke masjid yang sederhana buatannya itu. Lagi dua puluh minit Asar. Aku duduk melepas lelah selepas berjalan kaki dari jalan utama masuk ke kampung ini yang jauhnya kira-kira dua kilometer. Mat ke bilik air mengambil wudhuk barangkali. Dari penjuru masjid yang sebesar masjid Jamek Kuala Lumpur tetapi dibuat dari kayu itu aku melihat di sutu sudut ada sekumpulan lelaki sedang khusyuk mendengar tazkirah daripada seorang yang mungkin guru mereka. Ada juga yang sedang duduk berseorangan menundukkan kepala. Dua tiga orang kulihat sedang berbaringan.
Sepuluh minit kemudian apabila ku rasa Asar semakin hampir, aku ke bilik air. Bersih bilik airnya. Seorang lelaki tua tetapi agak gagah sosoknya sedang membersihkan tandas dengan penyapu lidi dan sebaldi air sabun.
"Assalamualaikum" sapanya dengan senyum mesra. Sebelum itu kulihat beberapa lelaki yang masuk ke dalam bilik air tersebut bersalaman dan mencium pipi pak tua pencuci tandas itu. Selepas membuang air dan mengambil wudhuk aku keluar dan sekali lagi lelaki tua ini mengucap salam dengan senyum mesranya. Dia tahu aku orang luar barangkali, mengikuti Mat yang sudah biasa di perkampungan ini.
Aku berdiri tegak dan menyaksikan diri sendiri dua rakaat. Sebaik mengucapkan salam, Mat mencuit bahu dari belakang sambil berkata, "Kumpulan itu adalah kumpulan tangga kedua." sambil dia menunjukkan ke arah kumpulan lelaki yang sedang duduk berkeliling mendengar syarahan tadi."Setahun lalu mereka datang ke sini menuntut ilmu dan pelajaran pertama selama setahun adalah pergi mengemis di merata ceruk kota."
"Buat apa jadi pengemis?" tanya aku.
"Supaya dapat buang sombong dan bangga diri. Ada di antara mereka berpangkat besar dan berkedudukan tinggi. Mereka menempuh cabaran setahun dihina, dikejar, meminta wang dan makan ala kadar. Tidur di tepi jalan dan bergelandangan."
"Wah! Semuanya lulus?"tanya aku.
"Itu yang tinggal, sebahagiannya cabut lari..."

Azan asar berkumandang. Solat sunat didirikan. Aku hanya duduk memerhati.
"Itu! Pak cik yang tidur tepi dinding tu bekas profesor sebuah universiti. Dah empat tahun dia di sini, buat kerja kampung dan memenuhi waktu rehatnya di masjid ini. Tak peduli lagi gelaran profesornya. Nanti kalau lama di sini, kau boleh berbual dengannya."
Ya! Menarik.
Sebaik Qamat dilaungkan, seorang lelaki masuk menuju ke saf hadapan. Ramai bersalaman dan mencium pipinya. Lelaki itu mengimamkan solat Asar.
Aku turut berjemaah dalam keadaan tidak menumpukan sepenuhnya solat itu. Wajah imam itu menerpa ingatan aku..."
"Imam Muhammad Abas tinggal kira-kira 50 meter dari masjid ini. Nun di belakang balai itu. Rutinnya begitu. Selepas imamkan solat subuh dan sedikit tazkirah, dia keluar berniaga di bandar. Sejam sebelum asar dia ke masjid ini membersihkan perkarangan masjid termasuklah tandasnya.
Ya! Lelaki yang mencuci tandas dan sangat peramah tadi itu adalah syeikh masjid ini dan Ketua kampung di situ.

Aku mula memikirkan untuk lebih lama di sini...

Sunday, September 23, 2012

ekk ahh ekk ahhh!

video
cuba teka rumah terbuka parti apa ni?

Sunday, September 16, 2012

Super Safee

Malam tadi di padang SUK Seksyen 9 Shah Alam berlangsung program Tabung Komuniti Safee Sali iaitu program amal yang diatur oleh pengurusan Safee, wira bolasepak tanahair hari ini.
Kami sekeluarga turut mengenterframe program ini kerana Safee adalah duta Hope2Walk. Malam tadi ada perlawanan persahabatan team Safee menentang Shah Alam FC. Selebriti Johan Rajalawak dan Fizo Omar juga bermain untuk team Safee.
Ada juga acara lelong jersi Kelab Pelita Jaya di Jakarta milik Safee dan but beliau untuk kutipan tabung. Exco Selangor, YB Yunus, YB Rodziah dan YB Yaacob Safari turut hadir.
Macam biasa, An-Nur pastilah glamer dihujani spotlight kamera. Anak saudara yang mengikut kami juga tumpang gembira. Keluarga Kak Nashita dan Abah Anas juga hadir dan beberapa kenalan.
Untuk korang yang belum tahu, carilah komik Super Salee yang dah masuk bilangan ke 2 terbitan PTS.
Safee menghadiahkan royalti miliknya kepada Hope2Walk.
Terima kasih semua terutama abang Zakaria Rahim, pengurus Safee yang membantu dan ternyata beliau berjaya menguruskan Safee menjadi bintang hari ini.

U talking to me?

Saturday, September 15, 2012

Rampas dan guling

Kenyataan muhyiddin ini membuktikan fungsi pilihanraya adalah merampas sesebuah kerajaan.
Maka itu, sebarang usaha menggulingkan kerajaan adalah halal dari sudut amalan demokrasi.
Menggulingkan kerajaan adalah hak rakyat dan ia adalah tugas yang sangat suci jika rakyat mahu menggulingkannya.

Salamun ala Saifullah

Salam untuk pedang Allah yang terhunus membela maruah dari diinjak. Biar saudaramu mengatakan kau salah namun perjuanganmu membela kekasih Allah dari dihina aku tabik.
Kekasih sudah tentu mengamuk jika kekasihnya dihina. Cinta ini cinta sejati.
Ababil tetap muncul...
Mus'ab Umair tetap di dada...

Friday, September 14, 2012

Lawak Jumaat

Gambaran aku bas Merdeka Rakyat

Wednesday, September 12, 2012

An-Nur hari ini

video
Wooyoung sedang ajar An-Nur bahasa Inggeris sebenarnya..kah kah!
An-Nur berusaha mengangkat kedua kakinya dengan mendengar arahan di dalam Bahasa Inggeris.
Phew! Nikmat Allah yang mana lagi hendak kamu dustakan?

Jangan pijak!

Tuesday, September 11, 2012

inilah perjalananku...

Perjuangan menuntut pengorbanan. Kalau hanya mengharap apa yang ada ia akan statik. Waktu aku ke Beijing aku hanya dibenarkan cuti 70 hari kerana segala peruntukan cuti apa pun telah habis aku gunakan.
Tapi aku telah nekad melanggar demi An-Nur. Aku tak sempat untuk Annisa.
Hari ini sedikit perubahan ada walaupun perjalanan masih jauh.
Lihat foto An-Nur di bawah ini diambil beberapa hari lalu.

1) Bahagian hadapan


2. Kaki

3. Bahagian belakang.





Apa yang anda nampak? Ya! Badannya membengkok. Tulang belakangnya membengkok sehingga struktur badan 'lari'. Menarik semula tulang belakang ke asal bukan mudah dan bukan dengan pembedahan. Setiap hari An-Nur menjalani akupunktur dan senaman. Ini membuatkan aku terus bercuti menumpukan kepadanya. Aku diminta masuk bertugas tetapi aku bertegas untuk menangguhkan sehingga Disember . Akibatnya aku diberi surat tunjuk sebab, tidak disambung gaji dan bakal menerima tindakan tatatertib.
Kenapa aku sangat degil??

Cuba bandingkan foto di bawah ini yang diambil dua bulan lalu:-
Perhatikan tulang belakang dan kaki An-Nur sangat bengkok. Hari ini perubahan sudah ada.



Dalam keadaan perubahan ini, aku mesti teruskan sehingga hujung tahun. Menumpukan dan berusaha agar keadaan An-Nur lebih baik. Tulang belakang membengkok dan menekan paru-paru inilah punca An-Nur selalu sakit masuk wad.
Aku boleh masuk bertugas - boleh dapat gaji,(sekarang tadak gaji woooo....) tak kena tindakan tatatertib
TAPI....
keadaan An-Nur yang semakin menunjukkan perkembangan yang baik ini akan kembali tergendala.

Dan siapakah yang memahami?



Sunday, September 9, 2012

untuk kamu

hidup ini singkat, harus dimanfaatkan. kasih sayang terbit ikhlas dan tak boleh dipaksa apatah lagi lakon-lakonkan.
Annisa dan An-Nur adakalanya tidak wujud bagi keluarga terdekat. Ada di antara saudara terdekat tidak pernah mendukung malah sentuh pun tidak sejak Annisa lahir sehinggalah kembali. An-Nur sehingga hari ini juga tidak wujud bagi penglihatan sesetengah mereka. Ini tidak boleh dibuat-buat.
Empat beradik di bawah ini Anas, Ammar, Asma' dan Asiah membuatkan Annisa dan An-Nur wujud. Mereka menyayangi anak-anak aku.


Juga Alif dan Atiqah anak Wan dan Ghazirah (perhatikan nama anak-anak ini semuanya bermula dengan huruf A)yang mengenali Annisa dan An-Nur sejak kecil...


Dua gadis Korea, Wooyoung (kanan) dan Rucy membantu An-Nur setiap hari.

di Beijing, Zack dan Anna meraikan An-Nur. Lihat keikhlasan di wajah mereka...
 Kim bersama suami dan anak lelakinya (juga dari Korea)
Anak muda di bawah ini selalu bersedia bila-bila masa menghulur tenaga. hanya sebuah panggilan, mereka datang.

dan wajah-wajah kasih yang membuat aku rasa aku wujud. Kak Nashita dan abang Bad yang sentiasa ke depan mendahului apabila memerlukan.

Nikjidan dan Juli

Abang long ni kita panggil untuk Pyanhabib, selalu membebel kalau aku bawa anak-anak berjalan sampai larut malam. Tadah saja telinga. Adinda
Dr Kapten Khadijah dan suaminya Ruzaine.
Kak Zumrah atau Umi dengan Ustaz Badrulamin a.k.a Abah yang tak terkata budi dan kasih mereka.
Keluarga Abang Hasan Suyut dan Kak Dora yang membakar inspirasi, kak Hasnah Al Amin yang cool, abang Mie Taha yang selalu muncul depan pintu rumah bawa sarapan pagi, Farid-Ita dan Alisya <-- adik An-Nur.
Azura, Aleeya dan Liza kawan sekolah aku, sesama susah senang ketika di Kl waktu habis sekolah dan masih rapat sehingga hari ini.
Puspa dan Najwan- adik kesayangan yang kalau 3-4 hari tak dengar berita mulalah aku akan ganggu kehidupan mereka.
Dan Faizal Riduan kesayangan Sham pun tau-tau muncul di rumah naik motor dari Gombak tengah-tengah malam hujan lebat.













barangkali mereka ini semua tidak punya ilham bagaimana perasaan aku terhadap mereka. kasih sayang ini misteri lahirnya. jangan tanya aku bagaimana ia tumbuh.


entry ini adalah bersifat peribadi dan agak sentimental.
ia untuk kamu!

Sunday, September 2, 2012

Cepat dapatkan!

Terkini!

Perang di minda

1
hari ini 2 September genap 14 tahun Anwar dipecat sehingga tercetus ombak reformasi. hari ini ia terus menggulung dan membungkus dua perdana menteri. Kesilapan Mahathir memecat kerana menyangka ia hanya akan panas tiga bulan sahaja. Aku percaya jika Mahathir tahu gelombang ini terus panas sehingga hari ini, tobat lahum Anwar tak dipecat.
Ini semua ketentuan.

2
31 Ogos 2012 tercatat dalam sejarah sambutan merdeka hanya ingin dimonopoli umno/BN. Rakyat yang berbeda pandangan dinafikan. Dataran Merdeka- tempat bersejarah ditutup tidak seperti selalu. Aku di sana dan aku gagal meneka berapa ramai yang hadir kerana ia sangat ramai. Tapi aku sanggup cukur bulu pahat jika jumlahnya kurang dari 10 ribu.

3
Ada juga pimpinan PR menuduh anak muda yang mengibar bendera Sang Saka adalah biadab dan kurang ajar serta tak tahu sejarah. Pimpinan ini juga gagal menyelami hati anak muda dan menuduh melulu. Bendera Sang Saka bukan bendera baharu, ia lebih lama dari bendera Jalur Gemilang. Anda boleh membaca tulisan anak muda ini menerangkan alasan mereka membawa bendera tersebut. Pimpinan PR ini mempamerkan kebodohan. Tak perlu persoalkan apa-apa tapi bacalah penjelasan mereka.

4
Ada teman-teman menyatakan jangan debat sangat soal bendera ini yang bukan fundamental. Perjuangan menumbangkan rejim mesti diutamakan. Walhal salah satu serangan dalam perjuangan ialah mengatur macam-macam senjata. Bendera Sang Saka adalah satu contoh serangan. Regim yang gelabah akan menggunakan media kawalan mereka untuk mengolah persetujuan semua bahawa tindakan mengibar Sang Saka adalah biadab. Ini samalah mereka menjentik telur-telur pimpinan tentang isu Hudud supaya terus telagah. Kita tahu, menukar regim adalah tugas besar tapi mestilah ada caranya juga dan masing-masing punya peranan. Orang kecil guna senjata kecil, orang besar jangan sibuk guna senjata kecil.

5

Rumah terbuka aidilfitri parti politik pR yang melaungkan kepedulian rakyat masih juga ada khemah yang mengasingkan VIP dengan orang awam. Kalau ini pun susah nak fikir, susahlah!



6
Bercakap tentang isu fundamental, kita kena buka lebih luas kerana berperang dengan gergasi cedera kena banyak tipu helah. Isu bendera isu sampingan tapi ia digunakan pemerintah untuk menitik PR. sama seperti isu Mat Indera komunis, Bukit Kepong dan Hudud.
Kalau hendak cakap soal bukan isu fundamental, kita semua perlu duduk rehat tak perlu lawan bila kes liwat dan skandal seks Anwar dimainkan. Begitu juga isu mak Azmin dan keluarga mereka. Ini hal mereka bukan hal kita. Hal ini tak perlu kita campur sebab Azmin bukan keluarga kita. Keluarga Ronasina pun mereka tak peduli.
TAPI......
ini soal kezaliman yang dilakukan. Menggunakan jentera untuk merosakkan imej seseorang. Ini penganiayaan. Inil sebab kita lawan. bukan sosok Anwar, bukan Azmin malah hari ini jika Mahathir ditahan ISA, aku akan membela! Kalau Najib ditahan ISA ketika PR memerintah aku akan menjerit!
ini soal kemuliaan seorang insan atau lebih nampak alim sikit bila aku sebut "Karamah Insaniah"



korang faham aku dak?
hidup mesti terus!!!