Saturday, March 30, 2013
Politik kele*t*t
Seriuskah sebenarnya politikus kita dalam membawa arus perubahan? Umnoisme bukan parti politik tetapi sebuah fahaman yang ditanam dan dipupuk sehingga segenap rakyat dihinggapi fahaman ini hatta parti politik yang memusuhi umno itu sendiri.
Benar umno mengamalkan polisi merahsiakan bila tarikh pilihanraya dan kita sudah membenarkan budaya hanya PM sahaja berkuasa ke atas tarikh keramat ini. Nak pilihanraya pun kena tunggu dia balik umrah dulu.
Tapi penyakit yang sama turut dihinggapi parti politik lain. Walaupun pimpinan PR mengatakan mereka sudah bersedia menghadapi PRU sejak Jun tahun lalu lagi tapi sehingga hari ini tanyakan kepada mereka siapakah calon-calon yang akan bertanding atau di manakah si anu akan bertanding atau kawasan itu siapa calonnya, mereka pun tak tahu.
Akhirnya pengundi hanya kenal di saat-saat akhir kalau calon itu bukan calon tempatan. Calon ini tiada rekod kerja di situ, tak kenal akar umbi dan siapa yang bertungkus lumus selama ini di situ, baru nak study budaya dan permasalahan di kawasannya. Jadilah minggu kempen hanya minggu mengedar risalah.
Ini yang berlaku sebelum ini. Yang berjaya adalah kerana mood rakyat yang inginkan perubahan. Calon bidan terjun, calon terkejut, calon tak pernah jadi ahli semua muncul. Maka jadilah rebut kedudukan, lompat melompat, merajuk, gadai perjuangan.
Yang tertipu rakyat. Rakyat terlalu mengharap. Mereka menaruh penuh harapan tetapi ular-ular yang menggunakan harapan rakyat ini mencuri kesempatan menaikkan diri untuk perut sendiri.
Calon bukanlah berasaskan kemahuan rakyat tetapi sejauh mana pimpinan berjaya dibodek dan diyakini. Walaupun hanya duduk membebel tak turun padang. Yang turun padang ke hulu ke hilir tetapi berani mengkritik pimpinan, atas alasan tiada kesetiaan (baca: mengampu) ditolak.
Inilah politik kita. Yang aku pinjam istilahnya dari Fathi Aris Omar, editor Malaysiakini dalam tulisannya di majalah Siasah suatu ketika dahulu: Politik Kelentit. lupa apa yang dia tulis tapi istilah itu .

Friday, March 29, 2013
Thursday, March 28, 2013
1undi
1
Seorang pelacur
Mengundi untuk sebuah kerajaan yang adil
Apakah nilainya sama
Dengan agamawan mengundi menyokong rasuah?
- jumaat, kajang
2
kau menang kerana
satu undi dari taukeh besar
dari para ilmuan
dari golongan profesional
teknokrat dan korporat
kau juga menang kerana
satu undi dari taukeh babi
dari mak nyah lorong
dari anak haram
dari janda miskin atau mamat kedana
yang tidak pernah kau jumpa
kerana sibuk bersenda di bilik vip berkaca
- jumaat, kajang
gambar hiasan YB - Yang Best
hiyooooooooooo!

Monday, March 25, 2013
merapu dan bodo
Mula-mula baca ini
Permit teksi individu: PM letak syarat merapu umpan pemandu
KUALA LUMPUR 25 MAC: Pemberian lesen individu dengan pelbagai syarat kepada pemandu teksi bukti Perdana Menteri tidak ikhlas, bertujuan untuk mengumpan golongan itu menjelang pilihan raya, kata Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli.
Dalam majlis Pemberian Lesen Teksi Individu di Putrajaya semalam, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan 1,000 penerima lesen teksi individu akan menerima geran bernilai RM5,000 tiap seorang bagi pembelian Proton Exora.
Kata Najib, semua pemandu teksi yang menerima lesen tersebut wajib membeli kenderaan jenis MPV itu untuk digunakan sebagai teksi.
kemudian baca ini
Pengurangan cukai 50% pada OKU di S’gor
SHAH ALAM 21 Mac: Kerajaan Selangor mengurangkan 50 peratus bayaran cukai taksiran kepada Orang Kelainan Upaya (OKU) yang memiliki rumah di seluruh Selangor berkuatkuasa serta merta, mulai semalam.
Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, pengurangan itu bertujuan meringankan beban OKU berdepan kos sara hidup yang semakin mahal dan bagi mengiktiraf sumbangan mereka kepada pembangunan negeri.
“Bagaimanapun, pengurangan ini hanya tertakluk kepada OKU yang mendiami rumah tersebut.
“Jika rumah itu disewakan kepada pihak lain, mereka tidak layak menikmati pengurangan ini,” kata Khalid, lapor Malaysiakini.
Dalam kenyataannya semalam, menteri besar yakin, diskaun itu tidak akan menjejaskan pendapatan pihak berkuasa tempatan (PBT).
Yang nyata kedua-dua pelan ini bodo!! masih berbentuk populis dan tidak menyelesaikan ke akar umbi. pelan ini bersifat reaksionari. yang difikirkan hanya duit duit duit! bukti populis?
Selangor beri peruntukan RM10 juta buat wira negara terkorban
KUALA LUMPUR 5 MAC: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, kerajaan nageri akan memberi peruntukan dana khas RM10 juta kepada angota polis yang terkorban ketika mempertahankan negara di Sabah.
Katanya, dana tersebut bagi mengiktiraf jasa dan sumbangan anggota-anggota tersebut yang telah mempertahan kedaulatan negara dengan nyawa mereka.
“Dana ini bukan sahaja untuk membantu polis dan tentera yang terkorban dari Selangor, tetapi juga semua mereka yang kehilangan nyawa dalam kedua-dua insiden itu,” katanya, dipetik Bernama.
Bagaimanapun katanya, perbincangan lanjut berhubung perkara itu akan dibawa ke mesyuarat exco esok.
ini populis! ada tetiba duit untuk isu ini. jika ada, bagaimana nasib balu dan keluarga, anak yatim, OKU di Selangor? Ada intensif kilat macam rm10 juta ni dak?
Penyokong BN dan PR sampai bila hendak jadi penyokong bodo yang hanya sokooooong aje! tak progresif! taksub! bila kita kritik, kita jadi musuh. bila kita beri cadangan, dalam isu OKU contohnya - penyokong PR berkata kepada kami - insyaallah, sabar! nanti dah tawan Putrajaya kita laksanakan.
Penyokong pula lebih-lebih sedangkan 5 tahun bersuara dengan mereka, langsung tak menunjukkan muka berminat. tak pernah nak berbincang.ego! berlagak pandai.
mengapa perlu paksa pemandu teksi beli kereta lain untuk mendapat bantuan?
dan...
berapa ramai OKU mampu beli rumah sendiri?
ini semua taktik supaya publisiti di media dilihat berimej baik!
porahh! keyakinan aku semakin menipis!
nota:
sewaktu Annisa meninggal dunia ada yang tanya tidak hendak tuntut RM2500 kah untuk program Skim Mesra Usia Emas dan OKU ? Aku jawab, Annisa dah tiada. Dia tak perlukan duit.

Saturday, March 23, 2013
pra 'surat untuk anak'
Kami mencecah kaki ke bumi Beijing
pada jam 6.30 pagi 14 Februari 2012. Ajaibnya waktu di Beijing sama dengan waktu Malaysia, cuma 6.30 pagi sudah terang benderang. Walaupun di penghujung musim
dingin, suhu tetap -8 darjah selsius. Kami bergembira main hembus nafas di
mulut untuk mengeluarkan wap.
Cukup dipermudahkan untuk kami
melepasi imigresen. Mungkin kerana mereka nampak kami seperti orang baik-baik
apatah lagi membawa An-Nur maka kami diberi laluan segera.
"Kalau bawa dadah
senang-senang boleh lepas." Seloroh Sham yang tidak langsung diperiksa
rapi ketika menyorongkan kereta tolak An-Nur. Walaubagaimanapun, muka-muka
pegawai imigresen yang masam dan tidak mesra membuat kami tersinggung. Ah!
Masih terlalu awal untuk membuat penilaian.
Sham, An-Nur dan Siew Ki di bilik sewaan kami
Zhangyan, staf Hospital Erkang yang
juga anak salah seorang eksekutif hospital tersebut menunggu di balai ketibaan
dengan memegang kertas bertulis Hope2Walk. Kualiti tutur Bahasa Inggerisnya
seperti budak sekolah rendah walaupun khabarnya dia pernah belajar di Kanada.
Mujur Siew Ki ada.
Aku dan Siew Ki entah apa kalutnya
tergopoh-gopoh membeli sim card untuk telefon bimbit. Cakap-cakap kawan yang
orang China kuat menipu mempengaruhi kami juga, sebab itu aku ambil kesempatan
sementara Siew Ki ada, segala urusan walaupun membeli sim card harus
dibereskan. Sangat kecewa bila berada di negara yang mengharamkan laman sosial
facebook, twitter dan you tube. Itu seperti nyawa bagi kita di bumi Malaysia.
Malah China masih menggunakan enjin Internet Explorer dan Yahoo!. Enjin Google
pun kadang-kadang bermasalah.
Kami tidur sepanjang perjalanan
dari lapangan terbang ke Hospital Erkang. Yang aku perasan lebuhrayanya besar,
tiga lorong pergi dan tiga lorong balik. Ada jalan alternatif di tepi lebuhraya
yang boleh kita masuk jika mahu singgah di kedai-kedai yang berderet tepi-tepi
jalan. Jalan-jalan alternatif ini juga tiga lorong dan tiada tol. Pokok-pokok
kering menguning kerana musim sejuk dan ada pokok-pokok yang dibungkus dengan
kanvas untuk mengelakkan ia mati.
Sedar-sedar kami sudah sampai.
Bilik untuk kami sudah disiapkan, seluas 10 kaki x 20 kaki. Dua katil bujang
dicantum dua, peti ais, peti televisyen, meja bulat dan kerusi kecil.
"Ah! Nasib ada dapur masak elektrik."
Kata Sham. Bolehlah memasak. Kata abang Hasan Suyut, waktu dia bawa Atiq Wazif
ke sini empat tahun lalu tidak dibenarkan memasak.
Tidak sampai setengah jam,
sekumpulan pengurusan terdiri daripada ketua jabatan, doktor, jururawat datang
melawat dan memeriksa asas An-Nur. Siew Ki jadi penterjemah. Zhangyan mengambil
dokumen perjalanan kami untuk mendaftar di balai polis sebagai pemberitahuan
yang kami menetap sementara di situ.
Selesai semuanya, aku memilih untuk
berehat. Sham dan Siew Ki keluar berjalan meninjau keadaan persekitaran sambil
mencari barang keperluan memasak di kedai runcit. Sebaik sampai ke bilik, Sham
dan Siew Ki bersungut sambil ketawa.
"Ini macam kampung Zombi! Apa
pun tak ada!" Sungut Siew Ki. Sham menceritakan kehairanan mereka berdua
terhadap minyak masak yang 'lain macam'. Maklumlah kita sudah biasa dengar
cerita banyak benda-benda palsu termasuk telur tiruan di China.
"Kami tanya kenapa minyak ini
lain macam. Kata pekedai tu, minyak ini membeku, memanglah begini." Kami
ketawa.
Sebelah petang sedikit aku turun
meninjau sekeliling. Sangat sejuk. Aku terpaksa menutup muka. Sarung tangan
yang aku pakai dapat ditembus oleh kesejukan. Kalau ada pun orang yang lalu
lalang, langkah mereka laju-laju. Mereka memandang aneh terhadap aku. Mungkin
mereka fikir siapalah orang gila yang berjalan perlahan-lahan sambil mengelek
iPad. Aku mengambil foto di kawasan tersebut. Musim sejuk membuatkan suasana
muram. Cepat gelap. Kedai-kedai seakan tidak beroperasi kerana ditutup dengan
kanvas tebal. Malang sekali kawasan ini tidak menarik kerana banyak kedai sudah
dirobohkan dan diminta ke semuanya berpindah. Betul kata Siew Ki, seperti
kampung zombi. Banyak sepanduk tulisan cina yang menurut Siew Ki ditulis oleh
kerajaan akan kebaikan berpindah demi kemajuan.
"Kalau di Malaysia, rakyat
yang tulis sepanduk enggan pindah, di sini kerajaan yang tulis mesti pindah
demi kebaikan" kata Siew Ki.
Suka atau tidak, aku terpaksa
belajar menerimanya demi An-Nur. Belajar menyesuaikan diri di Yongfeng Lu
(jalan Yong Feng), kampung Daniufang atau lebih mesra kami panggil sebagai
kampung zombi.
Ini sebahagian dari bab buku "SURAT UNTUK ANAK - Catatan bapa kepada dua anak istimewa" tulisan aku yang dijangka berada di pasaran hujung April. Sediakan duit untuk membeli dan tisu untuk menangis.
Friday, March 22, 2013
Thursday, March 21, 2013
Antara OKU dan kentang
secara psikologinya manusia yang berasa dirinya lebih baik akan tercabar apabila yang mereka rasakan lebih lemah daripada mereka mendapat kelebihan. Mereka rasa tergugat. Apabila aku ceritakan apa yang ditulis di bawah ini, ada kawan-kawan aku yang normal kurang bersetuju. "Takkanlah semua percuma..." komen mereka. Mereka ini yang selalu melaung-laungkan Negara Berkebajikan, Pendidikan Percuma, Kepedulian Rakyat tiba-tiba hilang kewarasan. Tiba-tiba guna hujah Umno "boleh muflis negara". Tiba-tiba lupa ayat-ayat suci 'memberi satu kebaikan Allah balas sepuluh', 'jika memakmurkan apa yang di bumi Allah turunkan nikmat dari langit' dan bermacam-macam ayat lagi.
tulis Dr Zaahirah Mohammad dari UK : jiran sy ada oku, mmg everyday bus kecik dtg amik.. then kat nursery Annur,ada 2 special kids.. every day therapist dtg..hari yg diorng tak pegi nursery,therapist pegi rumah..kasut,peralatan mcm kerusi,frame dan lain lain yg harga beribu salah berbelas ribu semua percuma..sebenanya kerajaan mampu.. tak mampu bila tak pandai urus duit,then kroni songlap blum kira lg.. Klau duit Tu diurus dgn baik n amanah,mmg rakyat dpt manfaat..
Ummu naufal: Teringat msa kami di UK. Balqis didaftarkan sbgai kanak2 OKU. Beberapa minggu kmdian dtg org dr hospital ke rmh buat assessment dn laporan mengenai keadaan balqis. Kemdian dtg Fay Richardson, therapist balqis, ke rmh. Assess lagi dgn lebih dtail keperluan therapists dn juga equipment yg diperlukan oleh balqis. Appointments dibuatnya utk ukuran custom made splint dn kasut khasnya. Susu pediasure dn lampin diuruskan penghantaran ke rmh setiap bln. Appointment di buat di Great Ormond St Hosp utk kes jantungnya. Sekolah diuruskan bersama bas khas yg dtg mengambil dan menghantarnya. Sekolah lengkap dgn therapists n facilities seperti kolam renang indoor setiap 2kali seminggu digunakan. Lunch di sekolah diberi percuma. Malah smuanya percuma, termasuk operation jantungnya yg ketika itu iJN tiada specilist yg mampu melakukannya. Sepjg hmpr 2 bln balqis di GOSH, ada dr bhgn kebajikan dtg bertnykan keluarga di rmh, wang perbelanjaan, kerja mcm mana etc. Dia salurkan pula kami ke bhg yg memberi charity. Betapa hebatnya mereka berusaha membantu kami....dan kami ini bukanlah warganegara mrk. Malaysia sebenarnya mampu membantu tingkatkan kualiti kehidupan harian OKU dari segenap kategori.....kalau pemimpin2 kita celik hati mereka.
dari Akasia, seorang pengomen : Assalamualaikum...Aku punya adik OKU..alhamdulillah masih lg mampu berjalan dan kesekolah walaupun hospital adalah rumah kedua semenjak dia kecil sampai sekarang. jadi aku faham serba sedikit perihal 'pemberian kerajaan' pada golongan ini, faham serba sedikit akan penerimaan masyarakat sekeliling..aku setuju dengan tulisan tulisan saudara mengenai OKU. Pada aku kerajaan memang ketepikan warga OKU..jika di bandingkan dengan negara di mana aku menumpang tuah sekarang, aku sebak bila setiap hari melihat kenderaan khas sekolah yang ambil dan hantar seorang remaja lelaki yang tidak mampu gerak kan tangan dan kaki yang berkerusi roda. Tidak perlu ibu bapa yang menghantar kesekolah seperti mana anak cukup upaya yang lain..aku kagum dengan kerajaan negara ini yang menyediakan kenderaan khas untuk OKU cerdik pandai ketempat kerja..bukan kenderaan milik syarikat tetapi milik kerajaan.ya itu adil..orang lain yang bukan OKUada bus, metro, train dan tram untuk ketempat kerja dan warga OKU juga punya pengangkutan awam khas ke tempat kerja. Special pada OKU kerana hanya perlu membayar 50% -0% dari harga tiket.belum lagi dikira pemberian rumah percuma kepada golongan ini..aid medical untuk OKU..sekiranya perlu operation sekalipun, operation dahulu duit cerita kemudian..bukan seperti di Malaysia duit dahulu operation cerita kemudian..segala macam kemudahan untuk rakyat dari negara yang tiada hasil minyak seperti Malaysia..
Pendekatan gula-gula BN dan manifesto PR tidak menjurus kepada dasar dan fundamental.
Ketika Annisa meninggal dunia ada kawan bertanya tidak mahu tuntut Skim Mesra Usia Emas dan OKU ke yang akan beri RM2500?
aku jawab "Annisa tak perlukan duit sebab sudah meninggal dunia. "
Antara OKU dan kentang tak banyak beza. Boleh dimakan dan ditendang.

Wednesday, March 20, 2013
politik membodoh-bodohkan penyokong
Ini sudah kita maklum dilakukan oleh BN sejak mereka berkuasa. Mereka sentiasa mahu rakyat di dalam keadaan bodoh, lemah dan susah supaya mereka berada di dalam keadaan menagih bantuan dan keperluan. Apabila datang kepayahan, pemerintah hulurkan penawar. Apabila tidak tenteram, pemerintah bagi ubat. Media dikawal, suara-suara bantahan dipengap. Ini kita dah tahu.
Ahli politik mengawal semuanya sampailah ke dunia seni dan hiburan, sukan mahu pun perkembangan budaya. Mereka mempergunakan sesiapa untuk kepentingan sendiri. Mana-mana yang mereka lihat lantang, cepat-cepat dipujuk, ditawar itu ini termasuk jawatan agar mulut mereka tersumbat.
Yang harus rakyat sedar, kita mestilah sentiasa peka dan sedar akan kuasa. Jangan diperalatkan dan dipaksa bersetuju. Sedar tak sedar ketaksuban sudah berjangkit kepada penyokong parti Pakatan Rakyat. Pemimpin, dasar, pelan mereka dianggap terbaik dan tidak boleh dikritik. Jika dikritik melenting, dikutuk dan dimaki hamun, dituduh agen umno. Inilah proses pembodohan yang secara tidak disedari (atau mungkin disedari) ditanam oleh ahli politik walau di dalam parti mana sekali pun. Apabila aku mengkritik Manifesto Rakyat tanpa OKU, aku dan saudara Rosli Ibrahim yang cacat penglihatan dimaki hamun malah mula dijeling masam oleh ahli politik termasuk penyokong-penyokong yang kebanyakannya masih baru dan hanya melekap di depan komputer. Seolah-olah parti itu milik peribadi mereka sahaja. Cukup cantik, jangan diusik-usik, kami tahu yang terbaik. Itu kata mereka. Disuruhnya juga kita bersyukur, macam orang umno.
Apabila timbul kes seorang anak wakil rakyat menggunakan AP bapanya untuk membeli kereta mewah yang sangat mewah, bermati-matian penyokong mempertahankannya dengan hujah 'itu hak dia', 'salahkah dia menikmati sedikit kemewahan hasil perjuangan' dan macam-macam lagi walhal orang dah bongkar sikap temberang anak pemimpin itu. Ini bukan isu hak dia atau apa, ini persepsi. Kalau berceramah selalu kita petik kisah khalifah Umar Abdul Aziz atau Umar Khattab yang langsung memelihara diri dari sebarang persepsi khususnya melibatkan ahli keluarga, tapi bila timbul bab ini, lesap semua tazkirah - keluar segala hujah taksub. Apabila aku membantah cadangan orang politik kawasan aku yang mahu mengambil artis realiti fantasi yang tak tentu hala pendiriannya semata-mata mahu menarik khalayak ke majlis rumah terbuka, mereka berkata ini politik baru dan kita mahu 'tarik crowd'. Aku mencadangkan nama artis kita yang sudah lama menghasilkan karya melawan tapi ditolak kononnya tak popular. Ya! Kita terjerat dengan budaya popular dan glamour. Sebab itu sambutan masuk artis arus perdana cukup gila-gila, diarak ke sana-sini. yang sudah lama menghasilkan karya mereka tak sokong. Mereka bukan mahu angkat seni tetapi mempergunakan populariti orang lain demi kepentingan mereka.
Aku banyak terluka tentang isu OKU ini ditangani. Kalau ada yang kata ini perjuangan berkepentingan peribadi sebab aku ada anak OKU, hey! Pendidikan percuma bukan perjuangan peribadi kamu yang ada anak normal? Ketika aku menyokong itu, mengapa tak kata aku pejuang yang tidak hirau kepentingan peribadi? Tapi....sebelum itu, jangan label aku pejuang. Jauh sangat tak layak. Cuma aku dapat sedikit merasa kepayahan OKU ini. Menjadi OKU tidak susah, tetapi hidup sebagai OKU di Malaysia agak susah. Kesedaran masyarakat terhadap keperluan OKU sangat lemah. Yang orang politik ajar duit, duit, duit. BN dan PR berlumba-lumba siapa bagi duit banyak.
Yang paling asas apa? Potongan 50% cukai taksiran terhadap OKU? Berapa peratus OKU di Selangor ada rumah sendiri? Gaji minimum RM1500? Berapa ramai OKU bekerja makan gaji? Menjual tisu dan main muzik tepi jalan berapa gaji minimum dan mampu beli rumahkah untuk dipotong separuh cukai taksirannya?
Yang paling asas ialah masalah asas itulah! Pekerjaan! Pendidikan! Bukan naikkan elaun atau itu ini percuma sahaja...
Janganlah sombong dan segan memanggil wakil golongan ini untuk berbincang tentang merangka pelan dan strategi. Kenalilah mereka. Tapi berhati-hati sebab ada juga yang teringin nak jadi YB atau cuba mengambil kesempatan. Itu biasa.
Mari kita bertenang, jadi waras, kurangkan sombong. Jangan memperbodohkan dan diperbodohkan!

saya Melayu, saya OK
Saya tidak tahu dengan sahih apabila saya lahir, saya ini campur-campur dari darah apa. Saya pernah diberitahu bapa saudara saya bahawa keturunan datuk sebelah ayah saya berasal dari India, malah pernah diceritakan puluhan tahun dahulu ada surat dari kerajaan India sampai kepada moyang-moyang saya agar menuntut lima buah kedai kain sarung dan ladang lembu di sana kerana kawasan itu hendak diambil kerajaan waktu itu. Sejauh mana benar, wallahua'lam. Tapi sebelah kami kuat mempercayai yang kami berdarah keling. Ada pula mengatakan opah keturunan jawa.
Waktu kecil-kecil saya sentiasa diajar oleh kelompok Melayu yang Cina dan India sentiasa berniat jahat menggugat negara. Malah untuk menggambarkan jahatnya mereka, saya diperkenalkan dengan istilah 'mampus' untuk orang cina dan 'mati' untuk keling jika mereka meninggal dunia. Cina dikaitkan dengan kongsi gelap, india kuat mabuk dan penipu. Malah kami juga takut dengan Chahu, benggali yang selalu membawa sabit untuk menyabit rumput buat lembu belaannya makan. Kata kaum-kaum ibu, Chahu mencari kepala untuk disabit dan kepala itu dijadikan bahan asas membina jambatan.
Prasangka buruk ini hilang ketika saya masuk sekolah rendah kebangsaan kerana kami di sini bercampur dengan semua kaum. Kanak-kanak belajar, bermain, bersukan dan berpersatuan tanpa prejudis. Sehingga masuk sekolah menengah, perkauman marak semula. Pelajar yang majoritinya cina kerap membuli kami. Seringkali kami bergaduh dan berlarutan sehingga ke luar pagar sekolah. Oleh kerana jumlah mereka lebih ramai, kami selalunya beralah dan kalau boleh akan mengelak untuk bergaduh. Ketika masuk sekolah berasrama yang majoritinya Melayu, kami kembali berkuasa dan tidak membiarkan cina atau keling naik tocang. Mereka pula terpaksa berbaik-baik dengan kami.
Tamat persekolahan saya merantau ke ibu kota dan menjadi mekanik di Petaling Jaya. Taukeh dan penyelia berbangsa cina dan rakan sejawat saya semuanya india kelas rendah. Saya seorang saja Melayu dan paling muda. Mereka sering meminjam duit kepada saya pertengahan bulan sebelum gaji kerana saya masih bujang sedang mereka ramai sudah berkeluarga. Gaji kami pekerja am pada era awal 90an sekitar RM300-350. Beberapa bulan kemudian mereka ini berhenti kerja dan masuk pula pekerja india yang lain. Saya perasan waktu itu memang kaum india walaupun sudah berumahtangga tetapi tidak bekerja tetap, gaji murah dan sering bertukar-tukar kerja.
Kemudian saya bekerja kilang haram milik taukeh cina di Taman Shamelin. Buruh Indonesia dan Myanmar juga bekerja di sini. Penyelia (supervisor) terdiri dari bangsa Melayu dan Cina. Saya berasa pelik ketika itu kerana gaji penyelia berbeza mengikut bangsa. Penyelia Melayu gajinya RM600 sementara cina yang sama peranan dan tanggungjawabnya bergaji RM1000-1500. Malah pekerja am seperti kami yang berbangsa cina gajinya lebih mahal daripada kami. Pendatang asing tak usah cakaplah, lebih rendah. Sering juga saya mendengar rungutan sebegini di tempat kawan-kawan saya bekerja.
Apabila hari ini kita sering dipertontonkan dengan mainan politik perkauman oleh umno dan penyokongnya yang kononnya mempertahankan Melayu, saya tidak boleh menafikan hati saya bahawa rasis juga masih diamalkan oleh kompeni-kompeni cina atau juga india dan lain-lain. Untuk mengubat hati saya, saya mencipta teori sendiri bahawa penindasan bukan bersifat perkauman. Tidak Melayu, cina atau india. Tetapi penindasan adalah dari orang yang memegang kuasa sama ada politik dan ekonomi terhadap golongan bawahan. Ia adalah kaum penindas Melayu, cina dan india yang menindas Melayu, cina, india yang susah.
Soalnya apakah orang lain tak kira bangsa apa pun, berfikiran seperti saya? Ahh! Saya sebentar lagi mahu ke Oldtown Whitecoffee berbual, minum kopi dan bergurau dengan Adam, Isham, Kecik, Siew Ki, Mandeep, Sara, Naz atau bertukar fikiran dengan Lawrence Jayaraj, Johnny dan lain-lain.

Tuesday, March 19, 2013
cerita belakang-belakang Posto!
"Mengapa abang dan kakak yang buat Posto! ni? Sepatutnya bukan abang dan akak. Atau kalau abang yang buat pun, akak tak perlu. Akak jaga anak aje..." cetusan suara Faizal Riduan menyentak hati aku. Aku pun tak pernah terfikir benda ini sebelumnya.
Faizal, yang juga menulis di dalam Posto! ~ juga kerap mengacara majlis yang kami anjurkan ~ dan juga banyak memenangi hadiah penulisan berasa hairan ke manakah perginya mereka yang sepatutnya terus membuat bahan seperti ini. Bukan aku dan Sham. Sepatutnya, kata dia - orang lain yang tidaklah sekalut kami yang sentiasa berkelintau siang malam mencari duit. Dengan anak lagi begitu.
Entah!
Tidak aku pernah memikirkan apa-apa. Kami hasilkan Posto! dengan suatu keazaman sahaja - mesti buat sesuatu. Apatah lagi mengenali beberapa anak muda yang sangat-sangat berbakat tetapi tiada ruang untuk mereka mencurah idea, juga orang lama yang punya suara tetapi tidak berapa dihiraukan.
Mat Samankati? Kenal dia? Dialah yang merangsang minat aku untuk menulis blog. Sebelum blog ini dibina, aku kerap mengomen di blog dia. Selepas PRU 2008, kami bekerjasama apabila dia menubuhkan laman web Perak Blogger Network yang menghimpunkan ramai blogger. Antaranya Isa IKUT SUKA AKU, Dr Wahab Arbain, Topeng Perak, Manjungmari, Otai Manjung, Sam Ahmad dan di sini juga lahirnya Sya Reformis atau hari ini sebagai Ketua Srikandi Keadilan, Siti Aishah. Mat Samankati adalah 'loose cannon' dan menjadi meriam longgar sangat tidak disenangi kawan dan lawan kerana meriam longgar tidak ada 'fear and favor'. Mat Samankati pernah dipangkah laman-laman webnya kerana tulisannya yang hebat dan di dalam PKR juga karektornya dibunuh. Hari ini dia terus begini. Pengamatan politiknya tajam dan bernas. Orang macam dia, rugi dibiarkan. Oh ya! seperti kata Isham Rais, politisi memang tak membenarkan orang yang lebih cerdik dari dirinya menjadi rakan pasukan. Bahaya!
Adam Adli - anak muda yang celik minda. Mungkin faktor latar belakang keluarga dan pendedahan sejak kecil menjadikan dia seperti hari ini. Adam banyak membantu jualan Posto!. Mak-mak, ayah-ayah yang terpesona dengan kecomelannya akan membeli Posto!
"Meniaga Posto! lepaslah juga beli karpet alas lantai kereta" kata Adam. Ya! Ramai juga yang dapat duit hasil menjual Posto! buat bayar bil telefon, elektrik dan sebagainya.
Rosli Ibrahim - aktivis OKU Bangkit 2012 yang menghadapi masalah penglihatan tetapi akalnya celik dan tajam. Kita mungkin malu jika membandingkan berapa banyak buku yang telah kita baca berbanding dia atau berapa jauh dunia ini telah dijejaki berbanding dia. Rosli antara angkatan awal Universiti Bangsar Utama pimpinan Hishamuddin Rais ketika era reformasi bersama Fathi Aris Omar (editor Malaysiakini BM), Hasmi Hashim (Buddhi Hekayat) atau juga Rahmat Haron, Jonah dan lain-lain. Sebab itu apabila budak-budak baharu mengutuk dia (termasuk aku juga dikutuk) sebagai 'double OKU' dan agen Umno ketika kami muncul di Malaysiakini mengkritik Manifesto PR, aku ketawa terkentut-kentut. Budak-budak baru nak hidup kena lapkan hingus dahulu sebelum mengutuk dia.
Nashita M Noor dan Abang Bad - pasangan suami isteri yang terus tegar berjuang, masuk lokap, masuk mahkamah, sampai aku pun naik letih tengok kecekalan mereka. Naik-turun suhu perjuangan itu ada tetapi mereka terus mengayuh sambil membesarkan anak-anak. Adakalanya orang macam mereka tercampak dari kemasyhuran, dipotong orang lain, tetapi mereka tetap tak peduli. Begitu-begitulah!
Sidiqin, Wahyudi, Hafiz Zainuddin, Athina - Ini anak muda aset negara. Minda mereka, bakat mereka, idea mereka sepatutnya dihargai dan diangkat. Mungkin mereka tidak punya sosok tampan pakej selebriti politik, tetapi cuba baca tulisan dan bersembang dengan mereka. Silap-silap mereka bagi kau Knock Out (KO)
Lagi?
Hasni Abas, Lim Hong Siang, Najwan, Ustaz Wan Ji, Puspa, Afiq, Azlan Isa,
Nanti dulu...
Monday, March 11, 2013
Mengapa jadi begini?
Apabila kita memutar siaran radio, atau sedang menonton televisyen; kita kadang-kadang akan terdengar dan tertonton slot kempen 'ucapkan terima kasih', 'kempen berbudi bahasa', 'masyarakat penyayang', 'kempen senyum'. Terfikirkah anda mengapa ini berlaku?
Tolak sentimen politik kepartaian. Abaikan slot 'kempen mengenang budi', 'bersyukur' atau lagu-lagu membodek; itu propaganda. Yang saya maksudkan ialah tip-tip, nasihat atau kempen seperti mata pelajaran Moral yang diajarkan di sekolah. Di stesen radio pun ada masanya diajarkan tips untuk berhadapan dengan orang awam atau bagaimana nak berkomunikasi ketika berurusan.
Semua benda di atas ini jika kita renungkan dalam-dalam ia adalah lambang gagalnya Falsafah Pendidikan Nasional (dahulunya disebut Falsafah Pendidikan Negara). Apakah yang digariskan di dalam Falsafah Pendidikan Nasional (FPN)? Bahawa objektif pengajaran dan pembelajaran di sekolah adalah untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI). Bukan sekadar cemerlang mendapat A (bukan Hepatitis A) di dalam mata pelajaran tetapi sihat dan waras dari sudut Intelligent Quality (IQ) dan Emotion Quality (EQ).
Sekolah kita berorientasikan peperiksaan (exam oriented). Apa cara pun sama ada kita meniru atau plagiat, jika tidak tertangkap, itu tidak penting. Yang penting sijil kita A. Sekolah telah terlalu mengejar angka dan statistik, gurunya robot yang mesti menghabiskan sukatan sementara sukatan pelajaran yang disediakan Kementerian Pelajaran adalah untuk memastikan produk sekolah kekal bangang walaupun banyak A.
Sekolah atau lebih tepatnya sistem pendidikan yang baik harus sifatnya mendidik, mengajar manusia menjadi insan. Ajarkan tentang moral, kesedaran dan tanggungjawab terhadap Pencipta, sesama insan dan persekitaran. Ajarkan manusia berkomunikasi dengan baik dengan faktor-faktor tadi.
Maka itu tidak adalah insan yang curi parkir Orang Kelainan Upaya, memotong barisan ketika kesesakan lalu lintas, merokok dengan bebas sehingga mengganggu orang lain dan sebagainya. Amat malu jika masalah nak ucap terima kasih pun perlu dikempenkan, masyarakat penyayang harus didendangkan. Ia seperti tidak selesai lagi di peringkat asasnya.
Sistem pendidikan kita telah gagal! Ia perlu dikaji semula. Sangat perlu. Ada beberapa negara mengamalkan sistem yang baik sukatan pelajarannya seperti mengajar tentang kesedaran am. Ini perlu kita pelajari. Supaya kesedaran ditanam awal-awal dan dapat disemai secara semulajadi dan bukan dibuat-buat; agar peluang untuk kroni pembodek mengambil kesempatan mencari projek membikin kempen moral sambil tersenyum mengira untung.

Thursday, March 7, 2013
Bapa Saiful mohon maaf pada Anwar, dakwa anaknya dipergunakan
http://www.malaysiakini.com/news/223284
Bapa Saiful mohon maaf pada Anwar, dakwa anaknya dipergunakan
1:25PM Mac 8 2013 |
Bapa Saiful Bukhari hari ini memohon maaf kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dengan mendakwa bahawa anaknya telah dipergunakan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab, yang didakwanya termasuk seorang pegawai perdana menteri untuk memfitnah Anwar dalam kes Liwat II.
"Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak bersalah dan telah menjadi mangsa fitnah ini," kata Azlan Mohd Lazim dalam satu kenyataan yang dikeluarkan dalam satu sidang akhbar hari ini.
"Dengan ini saya memohon maaf kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan famili beliau. Beliau dan familinya telah banyak menderita dan sangsara akibat fitnah ini," tambahnya
Saiful, bekas pembantu Anwar adalah pengadu dalam kes liwat tersebut yang akhirnya menyaksikan ketua umum PKR itu dibebaskan daripada tuduhan itu tahun lepas.

akhirnya ke situ
gedebung gedebang
gedebuk gedabak ini akhirnya
membawa kita kepada "PRU boleh digantung di situ"
atau "anggota keselamatan boleh mengundi pos"
hey! hey!ketipang payung
kau masih duduk melengung?
terkini juga: POSTO! diharamkan jualannya di UPSI. kihkih!
Wednesday, March 6, 2013
jangan tolong mereka
Jangan tolong
Anak-anak oku ini
Ada yang tulang belakangnya bengkok
Sendi tertanggal
Tiub di hidung
Perut ditebuk
Jangan tolong mereka
Ibu ayah mereka perlu belanja ribu-ribu setiap bulan
Jangan tolong mereka
Ada yang berhenti kerja
Ada yang terganggu kerja
Ada yang tertekan hidup
Ada yang bapa atau ibunya lari
Ada yang bercerai-berai
Jangan tolong mereka
Tak perlu tolong mereka
Kalau mati mereka masuk syurga
Suruh mereka redha dan sabar
Jangan tolong
Tak perlu buat keputusan segera keluar dana juta-juta untuk mereka
Tak perlu
Mereka semua ke syurga
Macam Nur Qursiah
Macam Annisa
Macam Aiman
Macam beribu-ribu yang telah mati
Tak perlu tolong
Jangan tolong mereka
Tuesday, March 5, 2013
Lahad Datu simbol liang lahad umno
Kita sedih dengan terkorbannya pejuang kita. Pertempuran ini memakan nyawa anak watan Malaysia. Anak menjadi yatim, isteri jadi balu, ibu dan bapa kehilangan anak. Tiada keraguan di hati. Ia memilukan.
Tetapi jangan sesekali pernah cuba kita nafikan ini ada kaitannya dengan politik. Menjerit memaki Tian Chua tidak guna, kalau marah pun kepada Tian Chua ia sekadar memberi rasa sedap ketika menggaru kurap. Kurap tidak sembuh, malah makin celik dan makin membiak.
Krisisini buat kita langsung lupa tentang bila parlimen hendak dibubarkan, kita lunak apabila suruhanjaya siasat kad pengenalan palsu di Sabah ditangguhkan kerana krisis ini.
Terdesak dan nazak (singkatan najib razak) nya umno sudah semakin kritikal hari ini.
Kalau kita perhatikan jalur sejarah, 'takdir-takdir nasib baik dan kemujuran' akan datang menyelamatkan keadaan apabila umno terasak teruk.
13 Mei 69 - tragedi rusuhan yang menyelamatkan kembali umno setelah teruk dibelasah dalam PRU. Isu komunis, Memali, Sauk, tragedi 911 semuanya boleh menjadi loceng penyelamat untuk umno terus bangkit walaupun telur senak diterajang rakyat.
Ingat tak, ketika George Bush teruk popularitinya di Amerika dan ketika rakyatnya terus mengkritik, dan-dan itulah Osama Laden muncul di pita video mengugut akan melancarkan serangan.
Aku tidaklah mahu mengatakan ini sandiwara, cuma aku akan menyatakan bahawa senjata yang selalu umno gunakan untuk kekal berkuasa seperti memberi IC, manipulasi media, fitnah dan lain-lain lagi hari ini sudah mula makan tuan dan saat demi saat senjata ini - terbaharu di Lahad Datu - semakin terhunus mencucuk tengkuk umno untuk ditolak ke liang lahad.
Takbir!

datuk seri lendir
dari blog tukartiub
RAJA JUDI BOLA
dengan
dengan
RAJA JUDI LENDIR
kah kah kah
Semalam disalah sebuah akhbar utama berbahasa Cina telah memaparkan ucap tahniah dari rakan-rakannya dari Barisan Nasional atas penganugerahan DARJAH KEBERSARAN SULTAN AHMAD SHAH PAHANG YANG AMAT DI MULIAKAN PERINGKAT PERTAMA (SSAP) yang membawa gelaran Dato' Sri. Siapa dia Dato Sri Koo Tee Yam? Jom terjah!!
"BEKAS" KETUA KONGSI GELAP ANTARA SEORANG YANG BERGELAR " FOUR HEAVENLY KINGS" OLEH MEDIA..., KINI BERGELAR DATO' SRI dipercayai terlibat dalam pelbagai kegiatan haram seperti pelacuran, kongsi gelap, perjudian, kelab malam dan Ah Long. Malah beliau juga dikatakan mempunyai sebuah kelab malam ala Las Vegas.
Beliau pernah ditahan di sebuah restoran di Bukit Bintang, Kuala Lumpur pada 26 Mac 2004 sebelum dipenjarakan di Simpang Renggam, Kluang, Johor 2 bulan kemudiannya dibawah Ordinan Darurat 1969 selama lebih kurang 17 bulan. Terlepas dari hukuman selepas proses rayuan di Mahkamah Persekutuan setelah campurtangan Ketua Polis Negara ketika itu Tan Sri Bakri Omar. PDRM membuat keputusan untuk membebaskan Tee Yam atas nasihat Peguam Negara serta alasan-alasan beliau tidak lagi menjadi ancaman kepada keamanan dan keselamatan awam dan negara.
Dari gambar yang diperolehi jelas terpampang peguam handal bergelar Datuk juga terlibat, berapalah bayarannya ya ?
JANGAN TIDAK PERCAYA!!!!...AHLI PERNIAGAAN YANG PERNAH MENJADI TAJUK UTAMA BERITA KERANA DITAHAN DI PENJARA SIMPANG RENGGAM DITUDUH ATAS PENGLIBATAN DALAM KEGIATAN PELACURAN, KONGSI GELAP, PERJUDIAN, KELAB MALAM DAN AH LONG, KINI BERGELAR DATO' SRI !!!!!!!
Daulat Tuanku !
politik pancutan inzal pra-matang PR
Baca ini dahulu:-
K'jaan S'gor tubuh dana RM10j untuk wira yang gugur
5:43PM Mac 5 2013 |
Kerajaan Selangor akan menubuhkan dana khas RM10 juta sebagai mengiktiraf jasa lapan anggota polis yang terkorban mempertahan kedaulatan negara ketika berdepan dengan penceroboh bersenjata di Lahad Datu dan Semporna, Sabah.
Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim berkata perkara itu akan dibincangkan lebih lanjut pada mesyuarat majlis exco negeri esok sebelum pengumuman rasmi mengenai butiran dana itu.
"Dana ini bukan sahaja untuk membantu polis dan tentera yang terkorban dari Selangor, tetapi juga semua mereka yang kehilangan nyawa dalam kedua-dua insiden itu," Khalid memberitahu Bernamaketika ditemui di Kompleks Mahkamah di Kuala Lumpur hari ini.
Beliau berkata melalui dana itu, kerajaan negeri juga akan meneliti cara bagaimana untuk membantu dari segi kewangan dan lain-lain keperluan anggota keluarga terdekat wira-wira negara ini.
"Kami (kerajaan Selangor) merasakan kebajikan anggota keluarga mereka perlu diberi perhatian memandangkan mereka terkorban mempertahan kedaulatan negara kita," katanya.
Dua anggota komando polis VAT 69 terbunuh dalam insiden tembak-menembak dengan penceroboh bersenjata di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah pada 1 Mac sementara enam lagi anggota polis terkorban dalam serangan hendap kumpulan bersenjata di Kampung Seri Jaya, Simunul, Semporna Sabtu lepas.
- Bernama

Inilah yang selalu membuatkan aku rasa terhiris dan pedih dalam usaha menyuarakan hak dan keperluan warga OKU yang sekian lama tidak terbela.
Pertama: TOLONG JANGAN PERTIKAIKAN RASA SIMPATI TERHADAP GUGURNYA PERAJURIT NEGARA DI LAHAD DATU
Kedua: TAK PAYAHLAH TUDUH AKU AGEN UMNO BILA AKU MENGKRITIK PR. UMNO SUDAH TAHAP WAJIB DITUMBANGKAN. KEPADA SESIAPA YANG BERANGGAPAN BEGITU, SILA JUMPA AKU BERDEPAN-DEPAN. AKU SENTIASA BERADA DI BANYAK MAJLIS PR.
Bagi aku, keputusan segera ini bersifat mencari political mileage. Mengikut apa yang dibuat Umno. Ini politik ejakulasi separa matang. Bersifat reaksionari. Lihatlah betapa cepatnya keputusan dibuat.
Ketika kami membawa usul agar dijayakan program untuk OKU, jawaban yang selalu diterima "ia melibatkan dasar", "kita belum tawan Putrajaya", "dah dapat bantuan JKM?", "Sekolah OKU di PJ, di sinun kan ada?"
Pandai pula serahkan tugas itu kepada kerajaan dan agensi kerajaan.
tapi dalam isu ini, kerajaan PR laju sahaja mencampuri urusan kerajaan Persekutuan.
RM10 juta memang besar. Duit Selangor banyak. Warga OKU di Selangor masih terkial-kial mencari pekerjaan, menjual tisu, duit rawatan, tiada sekolah......
TAPI... tak bestlah kan? Tak popular!
Percayalah! jika tiada ehsan di hati dalam memperjuangkan insan tertindas, sukar diberkati Tuhan apatah lagi jika mahu mencapai kemenangan.
Saturday, March 2, 2013
jalan kaki
Aku suka jalan kaki dahulu. Pernah aku ceritakan pengalaman jalan kaki aku sewaktu umur 20an dulu (ini kerana waktu itu aku tak berduit) dari panggung Coliseum Jalan Tunku Abdul Rahman pulang ke Wangsa Maju seksyen 4 di tengah terik panas dan juga dari Ampang Park ke Bandar Tun Razak pada waktu tengah malam. Di Bentong juga aku kerap ke pekan 3 km hanya berjalan kaki.
Hari ini aku semakin manja. Berkereta walaupun hendak membeli goreng pisang 300 meter dari rumah. Aku rasa anda pun begitu. Ada juga aku lihat orang malas turun dari kereta dan memesan makanan dari dalam kereta sahaja. Baru-baru ini aku menegur seorang anak muda yang memesan sebungkus nasi lemak dengan membiarkan enjin kereta berekzos besarnya terus menderam. Perbualan aku dengan kawan agak terganggu. Ini di gerai nasi lemak depan Malaysiakini. Teguran aku dibalas dengan kasar dan anak muda ini berlalu sambil melepas geram memerah minyak agar bunyinya lebih bising. Kita bukan sahaja semakin malas malah semakin kurang ajar.
Kelembikan aku bermula beberapa tahun dahulu juga. Ini kerana kemalasan aku itu menggagalkan aku untuk mendaki Gua Hira' .Ia membuat peluang aku melihat besar dan luas mana gua itu atau kedudukan geografi mulut gua itu yang dikatakan menghadap Kaabah itu gagal.
Budaya jalan kaki ini masih kuat dan biasa diamalkan oleh orang China dan Korea kot? Waktu Wooyoung tinggal dengan kami dulu selalu juga aku hantar dia ke rumah kawannya di Ampang. Selalunya dia minta diberhentikan di hadapan Ampang Point. Suatu hari kami mahu menghantarnya betul-betul di kondo sewaan kawannya dan kami dapati ia sangat jauh dari Ampang Point yang mana aku tak sanggup berjalan kaki sejauh itu. Tapi kata dia, kami biasa jalan sejauh itu.
Mungkin juga kita malas berjalan kerana faktor keselamatan. Bayangkan jika anda berjalan kaki dari Bangsar hendak ke Brickfields. Pasti beberapa kali anda diancam maut dengan kereta yang laju menderu bukan? Ketika di Beijing laluan pejalan kaki sangat luas dan sangat selamat. Begitu juga laluan sikalnya. Taklah macam di Lebuhraya Persekutuan. Sempit, gelap dan membahayakan keselamatan.
Apa kata sesekali kita berjalan kaki? Macam pergi beraya ke segenap kampung masa kecil-kecil dahulu. Best kan?
(mengah...)

Subscribe to:
Posts (Atom)