Monday, March 25, 2013

merapu dan bodo


Mula-mula baca ini


Permit teksi individu: PM letak syarat merapu umpan pemandu

KUALA LUMPUR 25 MAC: Pemberian lesen individu dengan pelbagai syarat kepada pemandu teksi bukti Perdana Menteri tidak ikhlas, bertujuan untuk mengumpan golongan itu menjelang pilihan raya, kata Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli.
Dalam majlis Pemberian Lesen Teksi Individu di Putrajaya semalam, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan 1,000 penerima lesen teksi individu akan menerima geran bernilai RM5,000 tiap seorang bagi pembelian Proton Exora.
Kata Najib, semua pemandu teksi yang menerima lesen tersebut wajib membeli kenderaan jenis MPV itu untuk digunakan sebagai teksi.

kemudian baca ini

Pengurangan cukai 50% pada OKU di S’gor

SHAH ALAM 21 Mac: Kerajaan Selangor mengurangkan 50 peratus bayaran cukai taksiran kepada Orang Kelainan Upaya (OKU) yang memiliki rumah di seluruh Selangor berkuatkuasa serta merta, mulai semalam.
Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, pengurangan itu bertujuan meringankan beban OKU berdepan kos sara hidup yang semakin mahal dan bagi mengiktiraf sumbangan mereka kepada pembangunan negeri.
“Bagaimanapun, pengurangan ini hanya tertakluk kepada OKU yang mendiami rumah tersebut.
“Jika rumah itu disewakan kepada pihak lain,  mereka tidak layak menikmati pengurangan ini,” kata Khalid, lapor Malaysiakini.
Dalam kenyataannya semalam, menteri besar yakin, diskaun itu tidak akan menjejaskan pendapatan pihak berkuasa tempatan (PBT).

Apabila BN buat, pemimpin dan penyokong BN kata bagus manakala pemimpin dan penyokong PR kata merapu, Apabila PR buat, penyokong mereka kata bagus dan pemimpin BN serta penyokong mereka kutuk.
Yang nyata kedua-dua pelan ini bodo!! masih berbentuk populis dan tidak menyelesaikan ke akar umbi. pelan ini bersifat reaksionari. yang difikirkan hanya duit duit duit! bukti populis?


Selangor beri peruntukan RM10 juta buat wira negara terkorban


KUALA LUMPUR 5 MAC: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, kerajaan nageri akan memberi peruntukan dana khas RM10 juta kepada angota polis yang terkorban ketika mempertahankan negara di Sabah.
Katanya, dana tersebut bagi mengiktiraf jasa dan sumbangan anggota-anggota tersebut yang telah mempertahan kedaulatan negara dengan nyawa mereka.
“Dana ini bukan sahaja untuk membantu polis dan tentera yang terkorban dari Selangor, tetapi juga semua mereka yang kehilangan nyawa dalam kedua-dua insiden itu,” katanya, dipetik Bernama.
Bagaimanapun katanya, perbincangan lanjut berhubung perkara itu akan dibawa ke mesyuarat exco esok.

ini populis! ada tetiba duit untuk isu ini. jika ada, bagaimana nasib balu dan keluarga, anak yatim, OKU di Selangor? Ada intensif kilat macam rm10 juta ni dak?
Penyokong BN dan PR sampai bila hendak jadi penyokong bodo yang hanya sokooooong aje! tak progresif! taksub! bila kita kritik, kita jadi musuh. bila kita beri cadangan, dalam isu OKU contohnya - penyokong PR berkata kepada kami - insyaallah, sabar! nanti dah tawan Putrajaya kita laksanakan.
Penyokong pula lebih-lebih sedangkan 5 tahun bersuara dengan mereka, langsung tak menunjukkan muka berminat. tak pernah nak berbincang.ego! berlagak pandai.

mari fikir! 

mengapa perlu paksa pemandu teksi beli kereta lain untuk mendapat bantuan?

dan...

berapa ramai OKU mampu beli rumah sendiri?

ini semua taktik supaya publisiti di media dilihat berimej baik!

porahh! keyakinan aku semakin menipis!
nota:
sewaktu Annisa meninggal dunia ada yang tanya tidak hendak tuntut RM2500 kah untuk program Skim Mesra Usia Emas dan OKU ? Aku jawab, Annisa dah tiada. Dia tak perlukan duit.



No comments: