Tuesday, March 19, 2013

cerita belakang-belakang Posto!


"Mengapa abang dan kakak yang buat Posto! ni? Sepatutnya bukan abang dan akak. Atau kalau abang yang buat pun, akak tak perlu. Akak jaga anak aje..." cetusan suara Faizal Riduan menyentak hati aku. Aku pun tak pernah terfikir benda ini sebelumnya.

Faizal, yang juga menulis di dalam Posto! ~ juga kerap mengacara majlis yang kami anjurkan ~ dan juga banyak memenangi hadiah penulisan berasa hairan ke manakah perginya mereka yang sepatutnya terus membuat bahan seperti ini. Bukan aku dan Sham. Sepatutnya, kata dia - orang lain yang tidaklah sekalut kami yang sentiasa berkelintau siang malam mencari duit. Dengan anak lagi begitu.

Entah!
Tidak aku pernah memikirkan apa-apa. Kami hasilkan Posto! dengan suatu keazaman sahaja - mesti buat sesuatu. Apatah lagi mengenali beberapa anak muda yang sangat-sangat berbakat tetapi tiada ruang untuk mereka mencurah idea, juga orang lama yang punya suara tetapi tidak berapa dihiraukan.

Mat Samankati? Kenal dia? Dialah yang merangsang minat aku untuk menulis blog. Sebelum blog ini dibina, aku kerap mengomen di blog dia. Selepas PRU 2008, kami bekerjasama apabila dia menubuhkan laman web Perak Blogger Network yang menghimpunkan ramai blogger. Antaranya Isa IKUT SUKA AKU, Dr Wahab Arbain, Topeng Perak, Manjungmari, Otai Manjung, Sam Ahmad dan di sini juga lahirnya Sya Reformis atau hari ini sebagai Ketua Srikandi Keadilan, Siti Aishah. Mat Samankati adalah 'loose cannon' dan menjadi meriam longgar sangat tidak disenangi kawan dan lawan kerana meriam longgar tidak ada 'fear and favor'. Mat Samankati pernah dipangkah laman-laman webnya kerana tulisannya yang hebat dan di dalam PKR juga karektornya dibunuh. Hari ini dia terus begini. Pengamatan politiknya tajam dan bernas. Orang macam dia, rugi dibiarkan. Oh ya! seperti kata Isham Rais, politisi memang tak membenarkan orang yang lebih cerdik dari dirinya menjadi rakan pasukan. Bahaya!

Adam Adli - anak muda yang celik minda. Mungkin faktor latar belakang keluarga dan pendedahan sejak kecil menjadikan dia seperti hari ini. Adam banyak membantu jualan Posto!. Mak-mak, ayah-ayah yang terpesona dengan kecomelannya akan membeli Posto!
"Meniaga Posto! lepaslah juga beli karpet alas lantai kereta" kata Adam. Ya! Ramai juga yang dapat duit hasil menjual Posto! buat bayar bil telefon, elektrik dan sebagainya.

Rosli Ibrahim - aktivis OKU Bangkit 2012 yang menghadapi masalah penglihatan tetapi akalnya celik dan tajam. Kita mungkin malu jika membandingkan berapa banyak buku yang telah kita baca berbanding dia atau berapa jauh dunia ini telah dijejaki berbanding dia. Rosli antara angkatan awal Universiti Bangsar Utama pimpinan Hishamuddin Rais ketika era reformasi bersama Fathi Aris Omar (editor Malaysiakini BM), Hasmi Hashim (Buddhi Hekayat) atau juga Rahmat Haron, Jonah dan lain-lain. Sebab itu apabila budak-budak baharu mengutuk dia (termasuk aku juga dikutuk) sebagai 'double OKU' dan agen Umno ketika kami muncul di Malaysiakini mengkritik Manifesto PR, aku ketawa terkentut-kentut. Budak-budak baru nak hidup kena lapkan hingus dahulu sebelum mengutuk dia.

Nashita M Noor dan Abang Bad - pasangan suami isteri yang terus tegar berjuang, masuk lokap, masuk mahkamah, sampai aku pun naik letih tengok kecekalan mereka. Naik-turun suhu perjuangan itu ada tetapi mereka terus mengayuh sambil membesarkan anak-anak. Adakalanya orang macam mereka tercampak dari kemasyhuran, dipotong orang lain, tetapi mereka tetap tak peduli. Begitu-begitulah!

Sidiqin, Wahyudi, Hafiz Zainuddin, Athina - Ini anak muda aset negara. Minda mereka, bakat mereka, idea mereka sepatutnya dihargai dan diangkat. Mungkin mereka tidak punya sosok tampan pakej selebriti politik, tetapi cuba baca tulisan dan bersembang dengan mereka. Silap-silap mereka bagi kau Knock Out (KO)

Lagi?
Hasni Abas, Lim Hong Siang, Najwan, Ustaz Wan Ji, Puspa, Afiq, Azlan Isa,

Nanti dulu...



No comments: