Melihat perkembangan hari ini tentang apa yang berlaku, penipuan berulang-ulang-ulangkali Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) di dalam Pilihanraya Umum (PRU) bagi memastikan Barisan Nasional (BN) terus berkuasa, dapat dirasakan yang BN sudah menemui formula baru untuk terus kekal berkuasa pada PRU 14 nanti.
Ini pasti!
Mengapa aku berkata sedemikian?
Tamak haloba dan keangkuhan yang tersendiri parti-parti dalam Pakatan Rakyat telah meranapkan impian ke Putrajaya pada PRU 13 yang lalu. Tolak tepi penipuan SPR. Itu dah memang. Tapi taktik tipu sebegitu tidak boleh dipakai lagi apatah lagi taktik tersebut tidak berjaya sepenuhnya dilaksana 5 Mei yang lalu.
Formula apa yang BN dapat? Ya! Terus berkuasa tetapi memberikan kemenangan yang ala-ala hari ini. Supaya pemimpin PR yang menang berasa selesa dengan pangkat dan kedudukan. Hari ini rata-rata rakyat sudah benci dan mahu menumbangkan BN. Rakyat menunggu isyarat pimpinan harapan mereka dari PR untuk bertindak. Rakyat bersedia. Anehnya wakil-wakil rakyat dan pimpinan parti sudah berasa selesa sekarang. Mementingkan kedudukan sendiri dan parti. Suara rakyat sudah diketepikan. Nak ajak turun berhimpun pun sudah takut. Macam-macam alasan bodoh. Rakyat ajak boikot majlis angkat sumpah di Parlimen, tak berani sahut.
Mengapa takut? Bukankah rakyat jelas ditipu? Penipuan ini suatu jenayah dan pengkhianatan dan mengapa ada sikap apologetik? Apa tujuan anda menyertai parti politik? SPR perlu diberi tekanan. Dari dahulu berbagai usaha mengikut peraturan dibuat tetapi tak jalan. Penggal 2013 adalah penggal ujian kesetiaan pemimpin yang sering melaung-laung hak rakyat.
Terbaru apabila PSM ditolak dari menyertai PR. Simpatisan terhadap PSM tinggi apatah lagi kelihatan parti itu dibuli pada PRU13 kelmarin. Jika PSM mengatur strategi yang cermat tidak mustahil sokongan rakyat khususnya anak muda semakin meningkat. Hanya pengikut parti seperti Pas, PKR dan DAP saja yang berasakan PSM menyemak tetapi di luar parti tidak sama. Malah ramai anak-anak orang Pas generasi baru ini non partisan dan mendekati fahaman sosialis. Cuma bebanan berat PSM ialah untuk menghapuskan tanggapan parti itu parti kaum India dan mencari formula ampuh meyakinkan rakyat terbanyak apa makna 'sosialis'. Bayangkan jika berjaya? Harus diingat PSM bukan Pakatan Rakyat jadi tidak ada sebab untuk parti itu mengikut syarat satu lawan satu seperti PRU lalu. PSM boleh bertanding seberapa banyak kerusi. Silap-silap PRU akan datang lebih banyak pertembungan kerusi di antara Pakatan Rakyat sendiri. Silap-silap Pas dan PKR bergaduh. Bunga apinya pun sudah terpercik hari ini.
Dari Unity Government Pas-Umno, perbalahan kerusi Menteri Besar Selangor kem Azmin dan Khalid Ibrahim serta Anwar, pemimpin takut berjuang dan jaga periuk nasi sehinggalah sampai ke hari ini; jangan pelik rakyat akan muak dan akan menghumban pemimpin-pemimpin lembab ini kalaupun tidak memutuskan harapan kepada Pakatan Rakyat sendiri. Masa itu siapa untung?
6 comments:
Gua penyokong PR...tp gua dh x sokong lg...sbb pemimpin pr ngn umno lbg kurg je...gile pangkat...xpyh bt UG...perangai pn dh sama...jd gua ngn mbr gua dh pakat, PRU14...kami nk pg konvoi...bkn lg mengundi pr...say bye bye to pr
Bhai Fendi @ PapaRON 97...
Gua pon dah nampak kecelaruan dalam PR... dan perkara nih dari sehari ke sehari makin jelas.... rasanyer tak sampai PRU14.. PR dah bungkus....
Gua rasa aaaa... yang mana pro-rakyat mungkin akan bersama dengan PSM nanti.... dan gua tak terkecuali...
Ahli parlimen dan adun pr yg menang ingat rakyat sokong diaorg..padahal kitaorg rakyat ni nak tumbangkan bn semata2 itu yg undi calon2 pr. Aku nk khalid samad yg aku undi kt shah alam boikot angkat sumpah. Kitaorg da penat turun jalan raya nak naikan diorang..sekarang dengar cakap rakyat ni.
PRU14 aku dah takmau mengundi baik BN amhupun PR. Aku dah menyampah dengan kepimpinan PR khususnya PAS. Kenyataan pemimpin PAS seperti Harun Taib menyemak mata nak baca. Terbaharu SUA PAS mustafa Ali pulak enggan boikot sidang parlimen. Sampai bilapun SPR rasa mereka terus menang kalau sikap pemimpin PR macam ni. Keputusan aku nak tinggalkan PAS pada aku selama bekerja di markaz siang malam tak lebih membuang masa.
hahaha!
hidup rakyat!
hahahahaha...
PapaRon....
wa follow psm sbb perjuangan psm nampak lebih mulia dari Pas yg membelakangkan kehendak rakyat majoriti...
Post a Comment