Monday, October 7, 2013

isu OKU: respon awam jika ia disensasi dan respon jika tidak didramatikkan

Mari lihat berita yang dimuatnaikkan pada hari semalam yang setakat ditulis di sini sudah lebih 200 komen


OKU terpaksa merangkak ke pejabat pengarah JKM

Seorang lelaki OKU yang mewakili satu NGO terpaksa bersusah payah menaiki tangga pejabat Jabatan Kebajikan Masyakat (JKM) di Kulim hari ini untuk menyerahkan memorandumnya kepada pengarah jabatan tersebut.
MP Padang Serai N Surendran berkata, seramai 50 anggota Persatuan OKU Setia Daerah Kulim pada awalnya berhimpun di luar jabatan tersebut sebagai bantahan berhubung bantuan kebajian pada kira-kira jam 1.30 petang.

Bagaimanapun, pengarah JKM Kulim Rohana Yusof enggan menerima memorandum tersebut dan tidak berganjak dari pejabat tersebut di tingkat satu, kompleks bangunan majlis perbandaran.

Katanya, selepas menunggu lebih satu jam di bawah pancaran matahari terik, salah seorang anggota persatuan tersebut. Gnana Pragasan, yang tidak boleh berjalan, bertindak menaiki tangga tersebut untuk menyerahkan sendiri memorandum tersebut kepada Rohana.

Gnana, 53, dengan memorandum di mulutnya, menggunakan tangannya untuk memanjat tangga dan mengetuk pintu pengarah tersebut sehinggalah pegawai itu keluar untuk menerima memorandumnya.

Surendran berkata kejadian itu menunjukkan bahawa jabatan berkenaan tidak sensitif kepada warga kurang upaya dan warga emas di negara ini.

[Baca berita penuh]


sementara isu yang ini hanya 17 komen walaupun sudah empat hari dimuatnaik iaitu 3 Oktober

NGO tuntut sekolah khas pesakit kelumpuhan otak
12:36PM Okt 3 2013
Sebuah NGO berkaitan penyakit kelumpuhan otak besar atau cerebral palsy (CP) mendakwa kanak-kanak kelainan upaya itu dinafikan hak untuk pendidikan apabila tiada sekolah khas disediakan untuk golongan "OKU terlantar itu".
Pertubuhan Harapan Anak Cerebral Palsy (Hope2Walk), dalam memorandumnya kepada timbalan perdana menteri berkata, berbeza dengan negara lain, di Malaysia golongan ini tidak layak memasuki sekolah dan rawatan hospital juga cukup singkat.

"Rawatan fisioterapi dan latihan cara kerja dibuat di hospital seminggu sekali selama sejam. Bolehkah anak ini mempelajari semua itu dalam waktu sesingkat itu?

"Bayangkan, bolehkah anak normal menguasai kemahiran membaca jika hanya datang sekolah sekali seminggu selama satu jam? Apatah lagi anak CP, khususnya yang terlantar," memorandum kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin dipetik.

Memorandum enam halaman itu diserahkan oleh Timbalan Pengerusi Hope2Walk, Mohd Affandi Ramli di lobi Parlimen di ibunegara semalam.

Kartunis itu malah hadir bersama isteri dan anak perempuannya yang turut mengalami nasib sama.

Hope2Walk juga berkata, penafian hak bersekolah itu juga "amatlah kejam" dan tindakan perlu diambil dengan mengetepikan permainan politik demi pembelaan terhadap golongan itu.

"Mahukan kita melihat Malaysia menjadi negara pembunuh nombor satu bagi kanak-kanak CP (dengan membiarkan mereka)?" menurut memorandum itu lagi, sambil menjelaskan sebab utama kematian apabila potensi diri semakin merosot.

CP adalah sejenis kecacatan yang dikesan pada bayi apabila pengendalian otot gagal atau tidak berfungsi, kaku, lumpuh serta gangguan fungsi saraf.
Mengapa ini terjadi? 
Mengapa tiba-tiba respon pelayar internet melonjak? Apakah kesedaran terhadap isu  OKU benar-benar tinggi? Atau nilai berita yang dibawa berunsur 'politik sensasi' oleh orang politik maka peminat politik galak mengomen? Atau melihat susah-payah OKU yang terpaksa merangkak itu menjadikannya panas? Berapa ramai yang tanya apa isi memorandum yang dibawa oleh Gnana Pragasan? Berapa ramai yang benar-benar hendak tahu isi memorandum tersebut selain mengutuk pihak JKM dan struktur bangunan yang menyusahkan? ini memorandumnya

apa yang ditulis di sini bukan soal JKM sahaja tetapi soal dasar dan sistem. Struktur yang susah bukan salah JKM tetapi dasar! OKU yang merangkak terpaksa merangkak juga jika ke hendak naik ke pasar raya atau ke pusat ibadah sekali pun? Dasar dan pelan yang tidak punya kesedaran terhadap OKU-lah menyebabkan semua ini berlaku. Salahkan JKM sahaja tidak cukup. Orang buta tetap tidak nampak dan terpaksa mendaki tangga. Anak aku terpaksa aku cempung untuk naik tangga. Gilalah aku kalau marahkan bangunan tersebut.
Ramai marahkan pengarah JKM. Itu satu hal. Tetapi bagaimana jika aku katakan ada ahli politik yang anda suka, dari PR lah yang menunjukkan muka tak berminat, melencong tak mahu berjumpa semasa kami ajak berbincang tentang Cerebral Palsy? Tidakkah kami juga yang kena kutuk sebagaimana kami dihentam teruk sewaktu mengkritik Manifesto PRU oleh Pakatan Rakyat sebelum PRU13 tempoh hari? Sebab itu beberapa kali kami cuba buat pertemuan tapi acuh tak acuh.
Berbalik soal perbandingan dua berita tadi mengapa kita selalu bersifat reaksionari? Aku percaya kita hanya marah kerana politik tetapi tidak pun mahu bergerak membantu orang-orang seperti Gnana atau An-Nur menikmati hak sewajarnya.
*Barangkali jika kami sekeluarga berbaring atas tar di parlimen tempoh hari pasti akan jadi sensasi! tapi bukan itu matlamatnya!!! 

6 comments:

Anonymous said...

kah kah kah... tulah Kulup org dah nasihatkan baik PR atau BN semua sama xyahlah nak buang masa dgn diorg...last2 kita habuk pun tarak.. hingga bisnes cafe bro , kerjaya bro sebagai cikgu semua hilang dek kerana ketaksuban bro menyokong politik..

Anonymous said...

aku rasa dia berenti cikgu sebab nak jaga anak dia, bukannya sbb politik punn

Anonymous said...

1. Tidakkah sesiapa didalam kabinet/organisasi kerajaan yang berjawatan dan berGAJI tinggi nampak peri pentingnya isu yg ada, yang melibatkan rakyat Malaysia yang mempunyai had-had kehidupan seperti yang dirasai oleh ramai OKU.
2. Tidak bolehkah SESIAPA didalam kabinet/organisasi kerajaan yang berjawatan dan bergaji TINGGI, terfikir untuk masukkan aspek penting ini didalam projek yang amat terkenal ie PERMATA. Tidak bolehkah 2-3 JUTA RINGGIT MALAYSIA digunakan untuk itu.
3. MALANGnya .. tidak ada, ATAU ada, tetapi... malangnya suara tidak kedengaran.
SAYANG seribu kali sayang...

amier said...

keep writing on this issue.i will do mmy best in my part

Ronasina said...

Terima kasih di atas sokongan mahu pun kutukan. Jika BN dan PR sama maka ini lebih menguatkan semangat aku untuk terus membangkitkan hak An-Nur.
Kehilangan harta atau apa saja adalah persediaan untuk mengosongkan diri sebelum memakai kain putih di liang lahad.

Anonymous said...

nampaknya undang-undang baru juga perlu digubal dan diwujudkan bagi menjamin hak OKU yg sekian lama dipinggirkan.