Saturday, November 16, 2013

Kembalikan Kuala Lumpur seperti 20 tahun lalu.

Aku 17 tahun waktu berhijrah ke Kuala Lumpur mencari kerja. Disember 1990 dua minggu selepas tamat SPM. Kuala Lumpur tidak asing bagi aku sebab kami sekeluarga selalu menziarahi pak cik-pakcikku di kota ini. Bentong ke KL hanya 69 kilometer dan tambang bas hanya RM2.80 sahaja. Tinggal menumpang di rumah sepupu di Wangsa Maju aku keluar rumah seawal jam enam pagi menaiki bas ke Petaling Jaya bekerja sebagai mekanik. Lewat sedikit akan tersangkut kesesakan yang teruk di Jalan Genting-Klang ke Jalan Pahang. Tapi kebanyakan warga kota memilih bas sebagai kenderaan awam kerana ia cukup efisien waktu itu. Dari Gombak, Ulu Klang dan Setapak ada bas Len Seng, dari Kuala Selangor, Sungai Buloh ada bas merah Selangor, bas Sri Jaya menuju Shah Alam, Tong Foong daerah Cheras, bas Foo Hup dari Seremban menuju KL melalui Mantin, Beranang, Semenyih dan Kajang. Belum kira bas mini lagi. Sangat banyak. Bas Kampung Pandan nombor 25 sahaja hampir setiap satu minit ada. Ke Bangsar, ke Petaling Jaya hendak ke pusat Bandaraya mahu pun ke Chow Kit sangat cepat. Dua kali bas sahaja. Tambang bas mini cuma 50 sen. Bas besar yang lain maksimum 70-80 sen. Yang rugged, yang kemas, yang biasa dan yang popular seperti artis pun boleh berkongsi tempat duduk dengan kita dalam bas mini. Tidur ternganga di dalam bas sewaktu pergi atau balik sangat seronok. Bersesak berhimpit itu biasa.

Acara paling meriah hujung minggu ialah Pasar Malam di Jalan Tunku Abdul Rahman tempat pasangan kekasih mahu pun keluarga atau mat solo mencuci mata. Bayangkan jalan utama nadi kotaraya itu boleh ditutup beri laluan untuk pasar malam. Panjang pasar malam dari Sogo ke panggung Coliseum. Sogo pun belum ada lagi. Panggung wayang banyak. Odeon, Rex, Capital dan macam-macam. Belum lagi ada cineplex. Mat rock, thrash, mat underground pot tingkat atas Central Market. Pertengahan 80an aku selalu dengar cerita Jalan Masjid India, Pasar Budaya meriah dengan acara bacapuisi bawah tiang lampu oleh angkatan seniman. Tahun 90an hanya ada sesekali di pentas belakang Central Market. Terisi juga hujung minggu. Band-band rock jamming di studio Do Re Mi, Pertama Complex. Pekena sup Jalan Dorai depan Kompleks Wilayah sebelah Kompleks Campbell, main roller blade di Galactica Semua House. Meriah! Seniman Jalanan di luar Central Market mengubat lelah menghibur kami warga kota yang penat bekerja. Lorong katak dekat CM gerai makan yang enak. Nasi campur lauk ikan cuma RM1.80. Ayam sekitar RM2.50. Teh tarik atau milo ais tak sampai seringgit. Bawa RM3 sudah cukup untuk melepak di KL.

Hari ini teruk. Bas tidak lagi penuh. Kalau ada pun jika kita naik, silap-silap kita dijeling seperti warga asing oleh penumpang-penumpang di dalam yang kebanyakannya orang luar. Sistem tren memang banyak. Berselirat landasan di perut kota tetapi tambang mahal. Komuter KTM lembab dan tak boleh dipercayai dari segi ketepatan masa. Nak makan apa RM3? Central Market hari ini jual barangan kraf dari luar negara. Betul-betul Pasar Budaya jadi pasar jual budaya. Entah apa pasal entah! Panggung wayang sudah diganti cineplex di dalam mall. Acara bacapuisi di kaki lima atau busking sudah tiada. Pelukis-pelukis di CM tersudut. Semua warga terkejar-kejar masa. Laju aje berjalan tidak menoleh-noleh. Benteng di belakang Selangor Mansion dulunya pot makan terbesar di KL, sudah tiada. Fesyen, baju, plastik, gajet, apa lagi entah semakin menguasai. Hendak percayakan orang sekeliling pun susah hari ini.

Dan dosa paling besar kerajaan pada warga kota Kuala Lumpur hari ini pada pandangan aku adalah menghapuskan bas-bas mini sekaligus membunuh sistem pengangkutan awam di kotaraya. Atas alasan menyeragamkan sistem dan demi kelancaran kononnya, syarikat kroni mengambil alih tugas bas-bas mini ini dengan memakaikan cantik-cantik pemandunya. Tambang 90 sen mesti dibayar di dalam mesin yang tidak reti memulangkan baki jika anda bayar RM1. Dan syarikat kroni ini akhirnya tersungkur gagal! Kesannya terus merebak ke hari ini. Warga kotakurang meyakini sistem pengangkutan awam. Lebih suka masuk bandar dengan kereta sendiri. Jalan semakin sesak dan sendat sehingga menyemputkan nafas.

Kembalikan Kuala Lumpur seperti dulu! Aku rindu KL 20 tahun dulu!




11 comments:

Einaipohmali said...

Teringat 1988-1990 rumah bujangku bersama2 5 orang childhood friends dari kampung, Ipoh, betul2 destinasi penghujung Bas Mini 20... penuh kenangan & nostalgia.

Hari ini aku pasti anak sulungku yg belajar di Lembah Kelang takkan dapat merasai suasana itu lagi..

Aku rindu Bas Mini & era '80an!

Einaipohmali said...
This comment has been removed by the author.
WanBeruas said...

..aku dah malas nak masuk KL..sume dah tak macam dulu dulu..sesak segala macam...traffic,nafas..identiti??? Sume dah hilang...:0(

Anonymous said...

Bhai...

Memang terbaeklah zaman tu... bapak aku cakap masa tu, kalau nak terer area KL nie, naiklah bas mini...


D'ayo

Mazwandi Mustaffa said...

Itu kata kita. Kita satu umur ketika itu.

Apa kata org baru, yang baru hidup di KL ketika ini?

Apa kata pula mak ayah kita, umur sekitar 60-an dan 70-an ketika itu.

Masa 80-an, aku melihat, ayah ku mengeluh akan KL ketika waktu 80-an dan 90-an, tidak seperti 60-an dan 70-an.

Maka, ianya berulang kepada kita, yg asyik mengeluh akan keadaan.

Dan mengeluh itu, adalah satu juga kehidupan... ye tak?

Anonymous said...

Saya setuju dengan pandangan Ronasina. Hanya Bas Mini yang dapat menyediakan pengangkutan yang paling efisien di KL kerana bilangannya yang banyak serta cepat

Sebastian Yong said...

Saya bersetuju dengan komen KulupSakah dengan dosa paling besar kerajaan menghapuskan bas-bas mini sekaligus membunuh sistem pengangkutan awam di kotaraya. Malahan sudah 17 tahun berlalu, kerajaan tetap berdegil dengan pendirian tersebut.

huzaimi Mohd said...

mmg betul kita mngeluh akn keadaa... tetapi bas mini lah pengangkutan plg campion skali kek mlysia ni..... hehe.... dah mcm naik motor aku d
buatnya...

huzaimi Mohd said...

kg aku pun dah berubah sgt.... dah mcm masuk restoran... sana sini tmpt mkn..dgn parkingnye takdak... . itu lah die kg mak aku iaitu kg baru.... 38tahun membesar d kl.... lg lah org mcm aku ni rindu suasana dolu2.. hehe

huzaimi Mohd said...

kg aku pun dah berubah sgt.... dah mcm masuk restoran... sana sini tmpt mkn..dgn parkingnye takdak... . itu lah die kg mak aku iaitu kg baru.... 38tahun membesar d kl.... lg lah org mcm aku ni rindu suasana dolu2.. hehe

huzaimi Mohd said...

mmg betul kita mngeluh akn keadaa... tetapi bas mini lah pengangkutan plg campion skali kek mlysia ni..... hehe.... dah mcm naik motor aku d
buatnya...