Aku 17 tahun waktu berhijrah ke Kuala Lumpur mencari kerja. Disember 1990 dua minggu selepas tamat SPM. Kuala Lumpur tidak asing bagi aku sebab kami sekeluarga selalu menziarahi pak cik-pakcikku di kota ini. Bentong ke KL hanya 69 kilometer dan tambang bas hanya RM2.80 sahaja. Tinggal menumpang di rumah sepupu di Wangsa Maju aku keluar rumah seawal jam enam pagi menaiki bas ke Petaling Jaya bekerja sebagai mekanik. Lewat sedikit akan tersangkut kesesakan yang teruk di Jalan Genting-Klang ke Jalan Pahang. Tapi kebanyakan warga kota memilih bas sebagai kenderaan awam kerana ia cukup efisien waktu itu. Dari Gombak, Ulu Klang dan Setapak ada bas Len Seng, dari Kuala Selangor, Sungai Buloh ada bas merah Selangor, bas Sri Jaya menuju Shah Alam, Tong Foong daerah Cheras, bas Foo Hup dari Seremban menuju KL melalui Mantin, Beranang, Semenyih dan Kajang. Belum kira bas mini lagi. Sangat banyak. Bas Kampung Pandan nombor 25 sahaja hampir setiap satu minit ada. Ke Bangsar, ke Petaling Jaya hendak ke pusat Bandaraya mahu pun ke Chow Kit sangat cepat. Dua kali bas sahaja. Tambang bas mini cuma 50 sen. Bas besar yang lain maksimum 70-80 sen. Yang rugged, yang kemas, yang biasa dan yang popular seperti artis pun boleh berkongsi tempat duduk dengan kita dalam bas mini. Tidur ternganga di dalam bas sewaktu pergi atau balik sangat seronok. Bersesak berhimpit itu biasa.
Acara paling meriah hujung minggu ialah Pasar Malam di Jalan Tunku Abdul Rahman tempat pasangan kekasih mahu pun keluarga atau mat solo mencuci mata. Bayangkan jalan utama nadi kotaraya itu boleh ditutup beri laluan untuk pasar malam. Panjang pasar malam dari Sogo ke panggung Coliseum. Sogo pun belum ada lagi. Panggung wayang banyak. Odeon, Rex, Capital dan macam-macam. Belum lagi ada cineplex. Mat rock, thrash, mat underground pot tingkat atas Central Market. Pertengahan 80an aku selalu dengar cerita Jalan Masjid India, Pasar Budaya meriah dengan acara bacapuisi bawah tiang lampu oleh angkatan seniman. Tahun 90an hanya ada sesekali di pentas belakang Central Market. Terisi juga hujung minggu. Band-band rock jamming di studio Do Re Mi, Pertama Complex. Pekena sup Jalan Dorai depan Kompleks Wilayah sebelah Kompleks Campbell, main roller blade di Galactica Semua House. Meriah! Seniman Jalanan di luar Central Market mengubat lelah menghibur kami warga kota yang penat bekerja. Lorong katak dekat CM gerai makan yang enak. Nasi campur lauk ikan cuma RM1.80. Ayam sekitar RM2.50. Teh tarik atau milo ais tak sampai seringgit. Bawa RM3 sudah cukup untuk melepak di KL.
Hari ini teruk. Bas tidak lagi penuh. Kalau ada pun jika kita naik, silap-silap kita dijeling seperti warga asing oleh penumpang-penumpang di dalam yang kebanyakannya orang luar. Sistem tren memang banyak. Berselirat landasan di perut kota tetapi tambang mahal. Komuter KTM lembab dan tak boleh dipercayai dari segi ketepatan masa. Nak makan apa RM3? Central Market hari ini jual barangan kraf dari luar negara. Betul-betul Pasar Budaya jadi pasar jual budaya. Entah apa pasal entah! Panggung wayang sudah diganti cineplex di dalam mall. Acara bacapuisi di kaki lima atau busking sudah tiada. Pelukis-pelukis di CM tersudut. Semua warga terkejar-kejar masa. Laju aje berjalan tidak menoleh-noleh. Benteng di belakang Selangor Mansion dulunya pot makan terbesar di KL, sudah tiada. Fesyen, baju, plastik, gajet, apa lagi entah semakin menguasai. Hendak percayakan orang sekeliling pun susah hari ini.
Dan dosa paling besar kerajaan pada warga kota Kuala Lumpur hari ini pada pandangan aku adalah menghapuskan bas-bas mini sekaligus membunuh sistem pengangkutan awam di kotaraya. Atas alasan menyeragamkan sistem dan demi kelancaran kononnya, syarikat kroni mengambil alih tugas bas-bas mini ini dengan memakaikan cantik-cantik pemandunya. Tambang 90 sen mesti dibayar di dalam mesin yang tidak reti memulangkan baki jika anda bayar RM1. Dan syarikat kroni ini akhirnya tersungkur gagal! Kesannya terus merebak ke hari ini. Warga kotakurang meyakini sistem pengangkutan awam. Lebih suka masuk bandar dengan kereta sendiri. Jalan semakin sesak dan sendat sehingga menyemputkan nafas.
Kembalikan Kuala Lumpur seperti dulu! Aku rindu KL 20 tahun dulu!
12 comments:
Teringat 1988-1990 rumah bujangku bersama2 5 orang childhood friends dari kampung, Ipoh, betul2 destinasi penghujung Bas Mini 20... penuh kenangan & nostalgia.
Hari ini aku pasti anak sulungku yg belajar di Lembah Kelang takkan dapat merasai suasana itu lagi..
Aku rindu Bas Mini & era '80an!
..aku dah malas nak masuk KL..sume dah tak macam dulu dulu..sesak segala macam...traffic,nafas..identiti??? Sume dah hilang...:0(
Bhai...
Memang terbaeklah zaman tu... bapak aku cakap masa tu, kalau nak terer area KL nie, naiklah bas mini...
D'ayo
Itu kata kita. Kita satu umur ketika itu.
Apa kata org baru, yang baru hidup di KL ketika ini?
Apa kata pula mak ayah kita, umur sekitar 60-an dan 70-an ketika itu.
Masa 80-an, aku melihat, ayah ku mengeluh akan KL ketika waktu 80-an dan 90-an, tidak seperti 60-an dan 70-an.
Maka, ianya berulang kepada kita, yg asyik mengeluh akan keadaan.
Dan mengeluh itu, adalah satu juga kehidupan... ye tak?
Saya setuju dengan pandangan Ronasina. Hanya Bas Mini yang dapat menyediakan pengangkutan yang paling efisien di KL kerana bilangannya yang banyak serta cepat
Saya bersetuju dengan komen KulupSakah dengan dosa paling besar kerajaan menghapuskan bas-bas mini sekaligus membunuh sistem pengangkutan awam di kotaraya. Malahan sudah 17 tahun berlalu, kerajaan tetap berdegil dengan pendirian tersebut.
mmg betul kita mngeluh akn keadaa... tetapi bas mini lah pengangkutan plg campion skali kek mlysia ni..... hehe.... dah mcm naik motor aku d
buatnya...
kg aku pun dah berubah sgt.... dah mcm masuk restoran... sana sini tmpt mkn..dgn parkingnye takdak... . itu lah die kg mak aku iaitu kg baru.... 38tahun membesar d kl.... lg lah org mcm aku ni rindu suasana dolu2.. hehe
kg aku pun dah berubah sgt.... dah mcm masuk restoran... sana sini tmpt mkn..dgn parkingnye takdak... . itu lah die kg mak aku iaitu kg baru.... 38tahun membesar d kl.... lg lah org mcm aku ni rindu suasana dolu2.. hehe
mmg betul kita mngeluh akn keadaa... tetapi bas mini lah pengangkutan plg campion skali kek mlysia ni..... hehe.... dah mcm naik motor aku d
buatnya...
Zaman dah berubah sistem pon kena ubah kena ikut percepatan masa dan suasana kota bandraya dan budaya sosio ekonomi org kita...takpela bas mini dah kira sejarah bagi org lama aje yg pernah merasai hiruk piruk kota dgn wang singgit kita dah boleh pegi melepak town dan pulang ke rumah dgn tambang hanya 50sen sehala kalau nak rasa mcmana dok dlm tin sadin pada waktu pagi dan petang office hour akan rasai dengan konduktor bas selalunya akan kata ha rapat2 ke belakang belakang lagi yer.. penumpang pon akan akur berhimpit2lah ke belakang dgn bau yg mcm2 ada tapi kondukter boleh selit bagi tiket lagi walau pon dah padat mcm tin sadin nasib baik dulu bangla belom masuk malaysia lagi kalau tak ampon tak sanggup woo..apa yg d nyataka oleh penulis yg dia tak sabar2 bila dah habis spm jer 2 minggu lepas tu d merantau ke kL sebab nak cari kerja pada usia 17 pada tahun 1990 memang masa tu bagi siapa yg seusia dan golongan remaja masatu kuala lumpur is so happening bagi muda mudi pada waktu itu ikon muzik fesyen dan style rambut menjadi ikutan dan gaya sampaikan mereka mempunyai kod yg hanya gaya itu sahaja yg boleh menjadi klik kumpulan mereka spt budak2 bros budak diskang budak hippies dan mcm2 klik juga geng2 yg berebut kawasan
..juga tempat2 utk mereka enjoy dan beriadah juga ada dan ia diluluskan oleh kerajaan bayangkan untuk golongan remaja yg usia dlm 15 dah boleh enjoy yg mana ada couple sure ke tempat yg ala2 disco tapi bermain rollerblade juga couple2 yg pandai dance boleh tunjukan skil memang seronok gila..mungkin masa tu muda mudi masih sopan dan hormat akan org tua jadi tempat2 roller spt galactica skyfire spinning wheel juga studio teadance spt piccadilly studio 30 dan juga battle of the band dan funky takde masalah pada waktu itu tapi yg pasti zaman dah berubah ia tak akan wujud lagi d masa kini atau pon akan datang kerana mungkin skang muda mudi lebih advance dan pandai buat silap mata yg munkin kerajaan dah takut nak luluskan aktiviti spt itu...
Post a Comment