Wednesday, November 27, 2013

Kenaikan Gaji dan Elaun Adun Selangor melukakan rakyat.

Kenaikan 'melampau' gaji dan elaun Adun-Adun Selangor dilihat seperti menghina dan menabur garam di kaki rakyat yang luka bernanah. (rujuk carta di bawah)


Ia mengundang rasa marah rakyat dan kebanyakan penyokong Pakatan Rakyat sendiri. Kebanyakannya tidak membantah akan kenaikan itu kerana akur dengan beban kerja apatah lagi amalan beri wang tunai memang sudah sebati dengan budaya politik Malaysia tidak kira Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat. Tetapi kenaikan sehingga lebih 200% dilihat sangat melampau apatah lagi rakyat hari ini telah dibebani dengan berbagai kenaikan harga barangan termasuklah cukai GST yang akan muncul tahun mendatang. Ironinya beberapa minggu lalu ahli parlimen Pakatan Rakyat telah mencadangkan agar elaun menteri dipotong sebagai cara merasai kesusahan rakyat sehingga mengundang kemarahan luar biasa ahli parlimen Barisan Nasional tetapi di peringkat negeri Selangor kenaikan ini seperti tidak peka pula dengan apa yang berlaku hari ini.
Tokoh politik yang disegani yang juga bekas Timbalan Presiden PKR, Dr Syed Husin Ali di laman twitternya juga turut meluahkan rasa pelik malah kenyataannya penuh sinis menganggap kenaikan ini 'seolah-olah menghina'.
Sementara itu penyokong tegar Pakatan Rakyat pula menggunakan alasan kenaikan yang tinggi ini wajar bagi membendung gejala rasuah menular kepada wakil-wakil rakyat ini nanti. Hujah ini disangkal pula penyokong Pakatan Rakyat yang lain dengan alasan jika duit banyak rasuah boleh juga berlaku dengan menyogok wang di dalam pemilihan parti demi mengekalkan kedudukan. Bukankah lebih baik peruntukan itu disalurkan kepada pejabat Adun untuk melicinkan lagi kerja-kerja membantu rakyat? gaji dan elaun adalah hak peribadi. Tidak perlu menggunakan duit gaji sendiri dan untuk 'belanja' rakyat minum atau beri hadiah kenduri kahwin. Sistem tuntutan (claim) misalnya boleh ditambah peruntukan. Yang buat kerja lebih boleh buat tuntutan. Hari ini jika ada YB tidak bekerja pun, gaji dan elaunnya tetap mewah.
Spekulasi juga bermain menyatakan ini adalah mainan politik Khalid Ibrahim untuk menutup mulut Adun-Adun Pakatan Rakyat yang dikatakan tidak berpuas hati dan ingin membuat usul tidak percaya terhadap pentadbirannya.

Seperti politik Umno dan Barisan Nasional, pemimpin-pemimpin parti dari Pakatan Rakyat masih membisu, barangkali menunggu kenyataan dari Anwar Ibrahim sama ada senada atau tidak. Anwar Ibrahim sudah memberi komen yang kenaikan ini sangat tinggi.  (link di sini:- http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article/anwar-mb-must-explain-why-selangor-salary-hikes-a-bit-high?utm_source=twitterfeed&utm_medium=twitter)

Sayap pemuda tiga parti Pakatan Rakyat iaitu Dewan Pemuda Pas, Angkatan Muda Keadilan dan DAPSY (DAP) juga masih tidak mengeluarkan kenyataan rasmi sama ada menyokong atau sebaliknya.

Isu ini juga sedang panas dimainkan Umno dan Barisan Nasional sehingga menenggelamkan isu GST dan kenaikan harga barang.

Inilah harga yang terpaksa ditempuhi rakyat. Mengundi memilih wakil-wakil yang akan menyusahkan mereka kembali. Makna politik di Malaysia.

4 comments:

alba said...

Agaknya mereka ni semua (ADUN/MP)di pilih rakyat untuk mewakili mereka, jaga kepentingan mereka yaani rakyat., bukan jaga kepentingan sendiri saja..! Kalau macam ni punya perangai....TAK lama lagi LINGKUP..! Sama saja macam yang dok ada ni..! Sedih betui perangai Khalid Brahim nih...

Anonymous said...

Apa masalahnya.
Gaji dan elaun naik peruntukan utk pembangunan hang tak kira pulak.
Hang bandingkan kerajaan negeri BN dgn Pakatan dlm peruntukan pembangunan negeri. Selangon duit sendiri tau. Takde pinjam dgn pusat.
Ada income kena spending la. Org susah bukan masalah selangor saja, amerika congo rusia new zealand pong asa org susah jugak.
Hang ingat jika gaji tak naik org miskin selangor bole lenyap?
Zakat selangor kutipan paling tinggi dlm malaya bro. Tapi melayu islam masih susah jugak.
Sendiri ingat la bro. Pendapat aku khalid buat pekara yg wajar. Biaq malu sama hj jib ah gor. Gaji state chief minister lagi mahal dari prime minister.

Anonymous said...

saya setuju dengan kenaikan ini. Selepas ni, kalau tak ada sidang adun akan sentiasa ada kat pejabat adun.
jangan libatkan diri dalam apa-apa perniagaan dah lepas ni.

Anonymous said...

kena kat kita..kenaikan ok..kalau kat pihak lain ko..yg dipersoalkan bukan kenaikan tapi jumlahnya..Yb2 tu buat kerja lawat kawasan bukan free..semuanya di bayar..peruntukan kawasan ada..

hujjah rasuah lagilah melalut..hujjah duit sendiri hahahaha