Wednesday, November 6, 2013

Menyembah agamawan

Disiplin mengaji ilmu apatah lagi ilmu agama yang menyentuh kerohanian sangat dititikberatkan. Tertibnya pun tidak boleh dinafikan wajib diikuti. Ia untuk kesedapan memperolehi ilmu yang akan membuahkan nikmat bagi membina tembok keyakinan yang hakiki. Ia bukan mudah dan tidak kecil dugaannya. Perjalanannya sangat sukar bak mendaki lembah licin.

Sejak zaman-berzaman kita akan terbaca bagaimana tokoh-tokoh ilmuwan tersohor dunia berguru melalui tingkat-tingkat disiplin. Perjalanan mereka panjang. Perguruan mereka lama. Ujian besar. Para sahabat sendiri berbeza-beza tingkat pemahaman mereka. Pembawaan Abu Bakr, Omar, Uthman dan Ali masing-masing berlainan malah adakalanya kelihatan bercanggah tetapi tidak pula salah, meskipun guru mereka satu yakni Rasulullah.

Rantai ilmu terus bersambung apabila ilmu diwarisi turun temurun. Berbaiah dengan berjazam di mana guru berjabat tangan memberi restu seikhlasnya sementara murid memohon penuh rendah diri. Duduk lutut bertemu lutut sebagaimana dikisahkan sirah ketika Jibril menerangkan apa itu Islam, Iman dan Ehsan.

Hari ini kelihatan semuanya mudah. Kita menganggap adat itu remeh dan tidak penting. Dalam hikayat Hang Tuah sendiri diceritakan bagaimana konsep perguruan yang berkat berjalan. Sang Adi Putra mengajar lima sekawan secara khusus dengan pemantauan rapi. Berjazam dan memberi ijazah. Guru tahu siapa lulus cemerlang atau sebaliknya kerana kenal rapat dengan murid. Bukan seperti sekarang peperiksaan, tugasan atau tesis pun plagiat, keluar mendabik dada mengajar orang. Jika ditanya tentang bab yang tidak dia arif, tetap juga menjawab walaupun main hentam kerana maklumlah ada sijil. Ulama besar dahulu jika mereka tidak arif, mereka jawab dalam bentuk cadangan dan pilihan sepert " Saya lebih suka begini....." atau "saya cadangkan ia mungkin lebih afdhal begini....". Itu jawaban ulama yang hasilkan kitab agung, bukan siri video kuliah seperti agamawan yang silap sikit terus haram itu, sesat ini.

Zaman ini tidak lagi diamalkan begini. Menghadiri ceramah dan program kuliah mendengar pidato ustaz dianggap sudah duduk penuh di dalam pengajian ilmu. Atau menonton di you tube sudah seperti menghadiri kelas pengajian. Menuntut mesti interaktif, bertemu mata. Akhirnya hanya terhibur dengan lawak jenaka berbentuk agama. Tak ubah seperti menonton komedi berdiri. Apa yang dibawa pulang untuk diamalkan? Ah! Lupakan.

Akhirnya kita memilih peribadi. Jika ada dua masjid mengadakan program ceramah agama, nescaya penceramah yang popular dan penuh sifat humor akan bersesakan. Yang serius dan kurang popular kurang sambutan. Ukuran apa yang kita guna?

Dan kita menyanjung gila mereka. Jangan dikritik pasti kita membela kerana mereka sempurna. Jika ustaz ini kadangkala menggunakan metafora yang secara tidak sengaja (sepatutnya seorang guru mesti peka dan faham kaedah berdakwah) mempersendakan individu atau golongan tertentu seperti orang cacat atau fizikal gemuk misalnya, tidak mengapa. Lupakan itu dan ambillah ilmunya.

Cuba kita bertanya kembali apa yang kita cari? Sosok atau ilmu? sedih juga apabila ada agamawan yang punya pengaruh besar tetapi gagal memainkan peranan mengangkat fikrah pengikutnya ke suatu tahap agar boleh berfikir secara kritis dan kreatif. Hanya bawa isu-isu rendah dan di takuk lama. Sudah satu dekad lebih alaf 21 cerita poligami, mandi wajib, solat sah atau tidak yang sepatutnya sudah selesai di peringkat sekolah masih dibawa. Bagaimana dan bila hendak sampai kepada bab makrifatullah? Ada yang main selamat. Ketika kemelut politik dan kerosakan sedang dilakukan oleh pemerintah seperti rasuah, pembaziran, peracunan fikiran, adu domba dan fitnah, agamawan cari makan ini mengunci mulut depan pengikutnya. Inilah tanggungjawab yang perlu dilunaskan.

Dan sejarah menyaksikan sang guru yang hebat selalunya hidup sederhana serta pengikutnya pun tidaklah ramai tetapi berkualiti sehingga karya limpahan ilmunya menggegar dunia.

4 comments:

C++ said...

Bhai Fendi @ PapaRON 95...

Hahaha... satu kupasan yang lama dah gua nak buat... tapi elok gak lu yang buat.... Hahaha....

Sudah lari ooo dari cara menuntut ilmu... sudah jauh... sekarang dah ader perencah sana sini...

Ini bukan Israiliyat... tapi Melayiat ... hancuss... kuliah ilmu penuh hilai tawa... pening...

Anonymous said...

Kita trpenjara oleh minda..oleh minda yg egois..oleh tembok2 dinding tebal yg tlh ditanam kdlm minda kita oleh nenek moyang ustaz2 guru2 sifu2 prof2 ulamak2 yg slalu kita anggap 'benar' & kita sja @ klompok kita sja yg 'benar'..yg sbnr2 'benar'!

Sgt sukar & hampir TAK mungkin kita dpt menerima hakikat bhw KEBENARAN itu sbnr2nya 'merata' dipelusuk dunia disetiap kaum disetiap bangsa disetiap zaman & disetiap masa sentiasa ada disekeliling kita..DAN KITA LUPA BHW SBENAR2 SMUTLAK2 KBNARAN ITU ADALAH MILIK"NYA", ia tidak terikat dgn FAHAMAN 'bobrok' yg tlh brkarat tebal yg maseh kita anggap 'SUCI' yg tlh "dTANAMKAN" oleh idola2 kita sprt yg diatas itu sejak sekian lama..

Kita slalu mendengar bhw sbnr2 KBNARAN itu hanya hanya & hanya dbawa oleh nabi2 & wali2"NYA" shj.. Persoalannya pernahkah kita berjumpa dgn nabi2"NYA" itu? Tentu skali jwapannya TAK mungkin krn sume nabi2 tlh pon diwafatkan"NYA"! Ttpi ttpi ttpi WAJIB diingat slps kwafatan nabi SAW masih ada wali2 "NYA" yg hadir kedunia ini utk mnjlskan sbnr2 OBOR KBNARAN yg baginda SAW tlh tinggalkan..

Persoalan HAKIKI disini, adakah kita pernah berazam utk mencari & "KENAL" sape kah wali2"NYA" itu yg maseh hidup bersama2 kita didunia pd hari ini??

INGAT..ego/FAHAMAN..egois..egoistik yg tlh tebal berkarat ddlm minda kita itu..ego/FAHAMAN itu akan slalu MENOLAK MENOLAK MENOLAK sbnr2 sbnr2 sbnr7 KBNARAN w.pon sbnr2 KBNARAN itu hadir nyata didepan mata..sprt ahlul2Kitab Yahudi MENOLAK khadiran baginda w.pon nyata didepan mata mrk!!

Klu ego/FAHAMAN(tembok tebal) ahlul2Kitab Yahudi pernah MENOLAK kehadiran nabi..kita juga mungkin pernah MENOLAK khadiran wali"NYA" krn TEMBOK TEBAL itu tanpa kita sndiri menyedarinya..

"Lahaulawala quwata illa biLLAH".. smoga zikir ini dpt menemukan kita semula dgn wali2 ALLAH..

Anonymous said...

Kembalilah kepada Salafi bukan kepada Sufi atau aliran falsafah,akal kalam dlm mencapai makrifatullah,yg terperangkap dgn talbis iblis yg menyihir perasaan sehingga amal-amal dan ilmu yang salah dihias cantik! !Agama bukan anggapan,Agama itu keyakinan

Anonymous said...

jordan shoes
kd 12 shoes
bape hoodie
kd shoes
yeezy outlet
off white t shirt
air jordan travis scott
off white x jordan 1
supreme
jordans shoes