Sunday, October 12, 2008

selamatkan Malaysia dari di 'bomC4' Najib!

Kemaraan Najib semakin ketara untuk menduduki kerusi PM yang telah diairliurbasikan Dolah selama 5 tahun. Mac 2009 dinantikan dengan penuh debar. Rosmah sedang sibuk berlatih berjalan di depan cermin seperti Aziz sattar (Ali Baba Bujang Lapok ) berlatih berjalan seperti orang kaya. Kelihatan tiada saingan yang yakin menang untuk mencabar kedudukan Najib sebagai presiden United Malaon Notorius organisation. Muhyiddin Yassin dikatakan saingan yang hebat dan mampu menggugat tetapi kedudukan 50-50 mungkin membuatkan muhyiddin ketar mencabar..takut2 kalau kalah langsung tak dapat apa-apa sedangkan ramai meramalkan wak sembab ini langsung tiada masalah untuk memenangi kerusi nombor 2...lebih baik pilih jalan selamat!

Najib adalah 'disaster' jika dia dibiarkan naik..kalau Anwar atau pakatan rakyat tidak berbuat sesuatu dan merelakan suami Rosmah ini menjadi orang nombor 1 Malaysia maka perjuangan reformasi akan terpelanting 10 tahun ke belakang semula..lebih menakutkan perjuangan ini silap-silap akan dilenyapkan seperti tulang temulang Altantuya!

Budak Pekan yang mempunyai stok undi pos yang banyak dari kem tentera Panching, Kuantan bagi memastikan kemenangannya dalam setiap PRU ini akan menggunakan segala instrumen kerajaan untuk menyekat kemaraan rakyat. Bik Mama akan terus mengagih2kan khazanah negara kepada penjilat lemak pinggulnya sambil menarik telinga Najib yang sekali-sekala menjeling2 artis cun!.. Bayangkan dalam keadaan menjadi orang no 2 pun dia boleh berbuat demikian apatah lagi jika menjadi no 1..siapakah Melayu dalam UMNO yang berani menghalang nafsu rakus cakar rimau Bik Mama? Pencinta ketuanan Melayu perlu melihat dan membuka mata betul-betul kerosakan yang pernah dilakukan olehnya..jangan sampai datuk Shah Rukh Khan yang bangkit menyeru Melayu berjuang menumbangkan Najib sambil menari dan menyanyi miming lagu "perjuangan Hindustani"!

Pakatan Rakyat, pejuang reformasi dan rakyat yang cintakan kemakmuran harus bersedia dari sekarang menghunus senjata dan menyusun gerak menghalang kaki-kaki cekam Najib memijak permaidani masuk ke mahligai PM..GERAK semulaa!!!

p/s sebut gerak teringat Gerak Ezam..mana dia budak tu sekarang?

Saturday, October 11, 2008

AL FATIHAH! bapa HISHAMUDDIN RAIS meninggal dunia..

aktivis reformasi NASIR ISA mengirim sms seperti tajuk di atas..patutlah semalam 'tukar tiub' tak update sekerap selalu..AL FATIHAH!

Friday, October 10, 2008

PAK LAH- PM paling bijak!!

Pak Lah dah umum enggan bertanding jawatan Presiden dan bersedia untuk peralihan kuasa pada Mac 2009 nanti...memang berjiwa besar dan memahami suara akar umbi..

hey!! nanti dulu!! Pak Lah PM lah bukan JKKK..dia PM paling bijak daripada PM sebelumnya. (ini kenyataan ikhlas aku)..cuba lihat 'kebijaksanaan' pak mertua Khairy ni..

Masa Mahathir nak undur dan umumkan Dollah penggantinya dulu, rakyat malah Umno/BN sendiri tidak percaya ia akan berlaku tetapi Dollah dengan bijaknya mengaturkan majlis perpisahan Mahathir di setiap negeri dan berbagai kementerian..nak tak nak Mahathir kena undur juga takut2 dikatakan diktator seperti yang pernah peraun ni lakukan pada Musa, Ghafar dan Anwar..bijak kan?
Mahathir fikir dia boleh kontrol Dolah tapi silap..KJ sudah taruk kayu palang pada Che Death...

2-3 hari sudah bila Dolah kata nak undur dan enggan bertanding bermakna keputusan yang dibuatnya bukanlah pada hari itu juga..Sebenarnya dia telah membuat keputusan sebelum dia bagi jawatan Menteri Kewangan kepada Najib lagi..persoalannya kenapa tiba2 jawatan Menteri Pertahanan dan Menteri Kewangan bertukar tangan tanpa ada agenda tersembunyi? spy mat Comot dan MSK pasti sedang membelek2 X-Filesnya..

apa2pun pemilihan nanti biarlah betul dan pemimpinnya betul2 Melayu seperti yang mereka kehendaki agar ketuanan AGAMA Melayu mereka terus dapat dipertahankan..jangan sampai ada tikus, musang, cerpelai yang menyamar jadi Melayu..mencetak rompak identiti kulit mereka menjadi Melayu, mengaku pejuang...

gambar di bawah dipetik dari akhbar lama, Mahathir di majlis doa selamat Kesatuan India Muslim (KIMMA)..mereka mengiktiraf peraun ni kaum mereka tapi cuba Melayu seperti doctor46 nak join KIMMA,bolehkah? jangan harap!! sebab hang bukan India Muslim..hang Melayu!! takde darah mamak...tapi ehh?? Mahathir boleh jadi Presiden parti melayu dan meng'haprak'kan bangsa Melayu dan mengutuk Melayu mudah lupa? pokemon sepokemon pokemonluu!!..kemidian membawa segerombolan kaum sekapalnya menerajui United Mamak Nation Organisation?..

aku bukan racist dan sedikit pun tak heran dengan parti Melayu ni sebab yang ditanya Allah esok apakah yang kau lakukan untuk menegakkan hukumKu dan agamaKu di atas muka bumi ni? Dia tak tanya apakah amal ibadat yang kulakukan untuk melayuku??..
aku bangkitkan ini sebab puak2 Umno yang sebok dengan Ketuanan Melayu mereka tuu!!!

Amma Ba'du!!




Thursday, October 9, 2008

hey Melayu!! betulke kau melayu?

salinan ini kepunyaan seorang veteran pencinta sejarah/warisan dari koleksi peribadinya. Beliau mempunyai banyak dokumen sejarah dan sanggup berdebat tentang melayu, umno,merdeka dan institusi raja-raja.

hari ni aku maleh menulis..tunggulah esok2..jemu juga ngadap blog2..overdose dengan isu2 Ketuanan Melayu ni dan politik mentaliti dunia ketiga..

tapi bila doctor46 dan anonymous sibuk cerita pasal kemelayuan (kemaluan?) yang hendak ditegakkannya (walaupun dah lemah kebatinannya) maka aku selitkan di sini definisi "Melayu" oleh Rahim Kajai yang pernah disiarkan Berita Harian 8 november 1989- oleh Kamarudin Musa dipetik dari rencana "Ruangan Rabu"..

check adakah anda Melayu?


"kuno, pasif dan iri hati
malas pula boleh dibeli
suka berpolitik"
mabuk, amuk dan merajuk!
itukah cogan kata kita
yang diwaris dari pak tua!

- lagu/lirik M.Nasir "biarkan luncai terjun dengan labu-labunya"( album "SOLO" 1989)
.aku nak rileks malam ni nonton dvd haram "Righteous Kill" lakonan pujaanku Robert DeNiro dan Al Pacino

Wednesday, October 8, 2008

Malaysia sudah jadi Syarikat Sdn Bhd!

Pengumuman Bapa Mertua Khairy untuk tidak bertanding jawatan presiden UMNO tidak memberi apa-apa manfaat kepada rakyat terbanyak malah telah menjadikan Malaysia sebuah negara makbapak mereka punya sendirian berhad!!
Mereka langsung tak peduli suara rakyat ketika jerih menahan gelombang kenaikan harga barang, ekonomi meleset dan perniagaan merosot..

Yang difikirkan perut bercacing kerawit mereka perlu diisi dengan kontrak, saham serta tender harus terus dibolot bergilir-gilir seperti dubuk merogol bergilir-gilir anak kandung mereka..Kau sudah tak diperlukan..cukup dah giliran kau mentedarah! biar aku pulak!! kau duduk diam2..sesekali kau bisinglah kutuk aku (macam Mahadey yang mencetakrompak kemamakannya menjadi bangsa Melayu) tapi itu semua takde hal punye..yang penting kita sudah kenyang!!

dubuk-dubuk ini akan berpura-pura berpakaian kemas dan bersopan menipu rakyat khususnya melayu purba cro-magnon yang masih berfikiran ala orangutan! (berbanggalah kita bahawa perkataan "orangutan" juga dipinjam oleh orang putih ke dalam bahasa mereka kerana mereka tak maju dan tiada perkataan itu dalam bahasa mereka..seperti perkataan2 lain yang mereka ciplak dari kita seperti 'situasi', 'teknologi' dan macam2 lagi)..

isu ketuanan Melayu terus dilagukan untuk membodohkan katak2 yang kadang2 memakai kopiah hijau untuk terus berprasangka buruk terhadap bangsa lain yang akan meragut kekayaan Melayu yang memang kaya dan jaguh dalam semua segi..

walhal mereka mahu terus berkuasa lagi..lagi dan lagi demi Sdn. Bhd!!
..selamat tinggal Pak lah!(ye ke?).. kemaskan katil dan bantal berpetamu di Putrajaya! Pi jadi JKKK kat Kg. Kepala Butus lgi baik..terima kasih kerana mengajar aku erti Islam Hadhari yang suci murni bernori-Nori!

..meriam punggungku meletup menggegar angkasa tanda kemenangan kami!!

Monday, October 6, 2008

Dewa Sri Anwar tidak sebesar "tuhan-tuhan" lain yang sedang kita sembah!

MESTI BACA- tapi panjang sikit!

Terlanjur keluar isu dewa Anwar tercogok kat Batu Caves ni membuka ruang untuk aku berbicara dengan lebih luas lagi!
- isu replika Anwar tu mudah saja... pertama pergi tengok sendiri dulu, replika patung ke, poster ke atau arca ke...
kedua- tanya siapa yang banyak keluar modal..yang Hindukah atau orang Islam..kalau Hindu biarlah pakar2 agama Hindu menjawabnya..kalau orang Islam maka kita harus ada pendirian terhadapnya..bagi tokoh2 yang dikagumi rakyat, perkara begini selalu terjadi...Siddhauta Gautama Buddha diangkat dan dipuja seperti tuhan kerana penganut itu terpesona dengan kezuhudannya..kita juga pernah melihat pendewaan terhadap Ayah Pin, Ustaz Ashaari dipuja pengikut Arqam (ni pun satu hal yang boleh dihujahkan kesahihannya), malah Dr mahathir pun pernah dianggap maksum dan khalifah ke5 oleh Shafie Apdal...

Sebagai muslim aku memilih TIDAK BERSETUJU dengan cara berlebihan begitu..asas syariat juga melarang disimpan atau dibuat patung,gambar,ukiran atau lukisan dan sebagainya apatah lagi dibuat besar2 begitu..sebab itu tiada dijumpai gambar,ukiran arca atau lukisan Rasulullah SAW walaupun pakar seni tampak sudah wujud pada zaman Baginda..dikhuatiri akan dipuja manusia..sedangkan sekarang pun ada yang memuja dan menyembah huruf2 Mim Ha Mim Dal atau Alif Lam Lam Ha..
lagipun kalau berlebih2an orang pun meluat..aku sokong Anwar dengan agenda reformasinya tetapi bukan mendewakannya..

ia mesti diturunkan TAPI.... bukan replika Anwar saja..ia menjadi hangat kerana ia replika "Anwar"..kita juga pernah lihat gambar besar Dolah dan Najib di Bangunan DBKL (besar betul..macam Tok Pekong), kita biasa tengok gambar besar Maya Karin selaku model syarikat telekomunikasi atau Mawi dengan mee segeranya, juga iklan Fara Fauzana dengan nescafe..gambar di billboard ni cukup besar..tiada kecoh isu penyembahan kerana mereka bukan ANWAR..tapi ia tetap salah!!
-kita pernah marah bila Umno/BN mengeluarkan kenyataan khurafat mengatakan hanya BN saja yang mampu perintah Malaysia dengan baik tapi pimpinan kita juga selalu bernada serupa apabila mengatakan hanya Anwar saja yang mampu membawa Malaysia ke arah kesejahteraan..masyaAllah!.... Allah boleh saja mengangkat sesiapa dan bangsa apa sekalipun untuk menerajui Malaysia jika Dia berkehendakkan begitu!

Cuma aku ingin belabun sedikit dengan Mufti Perlis Ustaz Asri ni bahawa jangan sekadar bercerita tentang penyembahan dan pendewaan dalam bentuk patung saja.. "tuhan-tuhan' yang disembah manusia bukan lagi dalam bentuk patung seperti Al manat, Aluzza atau Allata tetapi harTA, kereTA, waniTA dan takhTA..
"menyembah " bermaksud tunduk/patuh/takut/taat dan "Tuhan" bermaksud yang berkuasa ke atas sesuatu seperti hidup-mati,rezeki,jodoh dll..
menurut Ustaz Ismail Kamus jikalau seseorang itu membodek bossnya dengan harapan perbuatannya itu akan meyebabkan bossnya memberikan rezeki kenaikan pangkat. ia boleh menyebabkan syirik dan begitu juga jikalau kita takut berkata benar kerana dikhuatiri periuk nasi terjejas boleh mendatangkan syirik kerana bertuhankan makhluk dan tidak yakin dengan rezeki yang datangnya dari Allah!

inilah 'berhala' dan 'penyembahan' yang tidak disedari kita..penyembahan ketika berhadapan dengan sultan atau raja juga harus dijelaskan dengan sejelas2nya oleh Tuan Mufti apakah salah dan ada unsur-unsur penyembahan dan pendewaan kepada selain Allah? kalimah "Sembah patik harap diampun" apakah ada unsur2 pendewaan di situ?

juga pernah disentuh Hamka tentang perkataan "Duli" Yang "Maha" Mulia..apakah ada unsur2 syirik dan boleh memesongkan akidah? Duli bermaksud bawah tapak kaki atau ada yang mengatakan debu di tapak kaki...maksudnya kita pacal ini lebih hina dari debu di bawah tapak kaki sultan? Sultan terlalu suci hingga sanggup "mencemar" duli turun bertemu rakyat jelata?
perkatan "Maha" (bukan Mahathir) hanya layak untuk Allah yang Maha Esa..tetapi cuba lihat ada 'makhluk' lain yang sama taraf "Maha" dengan Allah pada lirik lagu negeri Pahang:-

Ya Allah yang Maha Kuasa
lanjutkan usia
Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia
dirgahayu, Darul makmur
aman dan bahagia sentiasa
Ya Allah selamatkan
Ke bawah Duli Raja Kami..

(cikgu Bahasa Melayu aku berbangsa India pernah memberitahu aku perkara ni dan aku terus tak berselera menyanyikannya selepas itu)..aku sekolah di Pahang dan menetap di Selangor..juga lihat lagu negeri Selangor:-

Duli Yang Maha Mulia
selamat di atas takhta
Allah lanjutkan usia Tuanku
rakyat pohon restu
Bawah Duli Tuanku
bahagia selama-lamanya
aman dan sentosa
duli yang Maha Mulia!

* tulisan berwarna merah lirik di atas menggambarkan betapa hinanya rakyat di bawah mohon restu di bawah tapak kaki Tuanku yang seperti Tuhan..Allah tiada perkataan "Maha" pada lirik ini...

kita tahu "malaikat tidak masuk ke rumah jika kita menyimpan patung" atau jangan simpan anjing di dalam rumah kerana malaikat tidak masuk!
- kita kena faham apa maksud "rumah", "malaikat"."patung" dan "anjing"..ini kiasan..

rumah bermaksud tempat berdiam, tempat selamat..dalam konteks tasauf "hati" adalah rumah atau kerajaan pada tubuh sesorang insan, kalau hati itu baik maka baiklah keseluruhan sistem badannya baik jasmani mahu pun rohani..

malaikat bermaksud-roh atau nur (kerana asalnya daripada cahaya-nur)

patung (berhala)- unsur2 yang membuatkan kita 'asyik' dan 'lalai' dengannya..seperti wang, harta, kedudukan dsb

anjing- sifat2 bengis

maka itu maksud "malaikat tidak masuk rumah jika ada patung" boleh diterjemah sebagai nur/cahaya/hidayah tidak akan masuk ke dalam hati jika ada unsur2 yang melalaikan yang kita puja seperti harta, pangkat dan wang..paling menakutkan bila kita menganggap 'anak' kitalah harta yang paling disayangi sampai naik leka akan kehebatan kita melahirkan anak2 yang comel dan pandai...jangan sampai Allah marah kerana kita leka lalu diambilnya sekaligus..seperti dalam quran "Janganlah anak kamu dan harta kamu melalaikan kamu,"(aku bukan ustaz 4 sanawi cuma rajin berborak dgn kawan pak nawi)..

atau ayat kedua "jangan simpan anjing (sifat2 bengis) di dalam rumah (hati) nanti malaikat (nur/hidayah) tidak masuk"...kalau malaikat tak masuk rumah macamna nak mati? Izrail tak mau masuk? kena faham kiasan...

Dato Mufti disarankan banyakkan memberi penjelasan tentang pemesongan akidah melalui penyembahan terhadap makhluk..kerana khuatirkan rezeki tertutup, kita mematuhi arahan ketua yang zalim...sewaktu Dato mufti menjadi panel dalam forum sambutan 100 hari pakatan rakyat di kelantan bersama Prof Aziz Bari dan YB Saifuddin Nasution, dato ada mengatakan yang kedatangan dato sebagai panel pun ada risikonya!
lalu dibidas sinis oleh Saifuddin dengan meyatakan :jawatan mufti itu kurniaan Allah dan apalah risikonya..kalau dipecat pun boleh jadi pensyarah semula....laa..takkan takut juga dengan risiko tu? mengatakan kebenaran milik Allah pastilah dilindungi Allah..takkan dia nak menganiaya kekasihNya?

..maafkan patik "capal" yang hina!

Sunday, October 5, 2008

yang BABI di Hari Raya!

seperti Syawal sebelumnya, aku akan cuba menikmati hari raya dengan penuh nikmat..dan memang nikmat tahun ini.. berjumpa sanak saudara dan sahabat lama apatah lagi berjumpa geng2 blogger mat comot, aloha, zul dll.....cuma kesibukan aktiviti (chewah!) tak dapat menemukan aku dgn bro matsaman....takpe bro! there're always have a next time!
cuma yang BABI dan 'kamikup'nya ialah:-

1. KHUTBAH YANG MACAM KUNYIT HIDUP!
khutbah raya di masjid kampung aku hampeh! khatib muda segak berjambang itu mensia-siakan 'pakej' kewarakannya apabila membebel ala budak 7 tahun baca buku teks perihal Raya yang dipenuhi dengan program hiburan di tv..yg ni dari kecik lagi aku dah dengar! kdg2 kesian memikirkan khatib ni yg hanya mampu membebel sebelum pekena ketupat lemang..sebelum mabuk oren..bini aku yg bersemangat ke masjid terus membaca doa tidur ketika khutbah..kata org kalau lapar kita susah nak tidur..aku yg laparkan lontong terus ngantuk..bukit mana lagi kita nak menyalak?

2. SANTA CLAUSE ASTRO DI HARI RAYA
sambil sibuk mengangkat gelas tertengok rancangan raya astro tah rancangan apa tah..bila si Amy Mastura berrambut palsu putih dan sorang pengacara muda lelaki pergi dari rumah ke rumah..si lelaki menolak kereta sorong dan Amy yang duduk di dalamnya berkata "ni Santa Clause raya"!...woi!! mangkuk! woi Menteri Penerangan! woi Astro! jangan liwat hari raya kami yang suci dengan unsur2 lain!! POKEMONNN!!
(bila lagi bebudak PAS yg belasah Carburetor Dung tu nak bedal Ustaz Akil Hayy yang berlakon dakwah di Astro milik Ananda)

3. SAIFUL LIWAT TERUS BERJUANG
Syeikh Saiful Al-Liwati sakit? menurut sumber mamat ni sakit dan berubat dengan tabib di utara! Betulke? sila baca blog cucu mat kilau!..betul ke tidak, dia ni memang cibai!! blognya di'update' dan mendapat liputan berita tv3suku...apa punya tuur stesen tv kita...

4. replika Anwar di Batu Caves membahayakan aqidah?
yang ni aku akan tulis kejap lagi..tunggu!!

5. Hindraf serang rumah terbuka PM!
ramai marah-marah tak patut betul penyokong Hindraf bikin hal di rumah terbuka PM! Ada yang kata biadab dan tak menghormati kemuliaan Syawal dan umat Islam...mereka harus menghormati Syawal..Heyy!!! Mangkuk!! bagaimana dengan keluarga mereka yang ditahan tanpa bicara? tak biadabkah? Terkurung di hari Raya oleh mereka yang kelihatan bersopan di hari raya.. Hey? jangan kerana kita syok mentedarah lemang maka kita melupakan mereka di dalam? RPK dipisahkan dan beraya di Kemunting oleh mereka..tak biadabkah?? Kalau tiada ISA tiada siapa yang akan biadab!!! lihat entry aku tentang keluarga fatma beraya di Indon! Kesian woii!!

*"what makes people think the same thing?" pertanyaan mat saman kati yang bukan saja banyak menulis dan berfikir perkara yang sama denganku, malah nama kami dan anak kami pun SAMA?