Thursday, October 9, 2008

hey Melayu!! betulke kau melayu?

salinan ini kepunyaan seorang veteran pencinta sejarah/warisan dari koleksi peribadinya. Beliau mempunyai banyak dokumen sejarah dan sanggup berdebat tentang melayu, umno,merdeka dan institusi raja-raja.

hari ni aku maleh menulis..tunggulah esok2..jemu juga ngadap blog2..overdose dengan isu2 Ketuanan Melayu ni dan politik mentaliti dunia ketiga..

tapi bila doctor46 dan anonymous sibuk cerita pasal kemelayuan (kemaluan?) yang hendak ditegakkannya (walaupun dah lemah kebatinannya) maka aku selitkan di sini definisi "Melayu" oleh Rahim Kajai yang pernah disiarkan Berita Harian 8 november 1989- oleh Kamarudin Musa dipetik dari rencana "Ruangan Rabu"..

check adakah anda Melayu?


"kuno, pasif dan iri hati
malas pula boleh dibeli
suka berpolitik"
mabuk, amuk dan merajuk!
itukah cogan kata kita
yang diwaris dari pak tua!

- lagu/lirik M.Nasir "biarkan luncai terjun dengan labu-labunya"( album "SOLO" 1989)
.aku nak rileks malam ni nonton dvd haram "Righteous Kill" lakonan pujaanku Robert DeNiro dan Al Pacino

6 comments:

mountdweller said...

Perangai itulah saya cuba ubah di kelas-kelas motivasi rekreasi saya yang melibatkan golongan belia dan beliawanis kita. tapi nampaknya terlalu jumud.

kulatlapok said...

SALAM KULUP...

Akupun rasa Kemalayuan akupun mungkin juga ada mix lah.... tapi yang pastinya aku bukan DKK

The Dark Knight said...

Salam Kulup..

Melayu???? kdg-kdg malu nak mengaku melayu.. kenapa? tgk la pemimpin melayu kita... ???? aku plak melayu + siam... Melayu wajib islam? Islam wajib Melayu? Islam untuk semua.. dan kita tak pasti berapa ramai Melayu yg dah tak islam!!!! baik perjuangkan ISLAM dari perjuangkan MELAYU!!!

kulatlapok said...

salam The Dark Night:

Memang botol kata kau tu... eh botol ke betul..?? kdg-kdg malu nak mengaku melayu.. dan kita tak pasti berapa ramai Melayu yg dah tak islam!!!! Kalau kita nak buktikan memang ramai yg begitu.. kalau tak caya jom gi kat night2 club di Ibu Kota, ada yg melayu dah lebih macam Mat Salleh, jantan betina semuanya meneguk ayaq setan. Yang betina pakaian diluar nampak baik je bila dah masuk dalam club ..nah kau fuhhh boleh mengoncang iman tu... Apa ada pada Melayunya jika agamanya tidak dijunjung.... baik perjuangkan ISLAM dari perjuangkan MELAYU!!! Takbir!!!!

najwan halimi said...

bro,

saya ada album M Nasir Solo tu! cover album M Nasir rambut panjang depang tangan, haha!

paling layan, Seloka Jegela Melayu! hehe!

OfficeBoyTingkat4 said...

jiran aku, mak dia mamak, pak dia pun mamak pure.kulit hitam mcm arang.mak pak dia ckp bahasa ibunda diorang kalau kat rumah masa hidup mereka.

dia kawin dengan perempuan melayu, tapi dia selamba je mengaku dia tu melayu.