Monday, October 6, 2008

Dewa Sri Anwar tidak sebesar "tuhan-tuhan" lain yang sedang kita sembah!

MESTI BACA- tapi panjang sikit!

Terlanjur keluar isu dewa Anwar tercogok kat Batu Caves ni membuka ruang untuk aku berbicara dengan lebih luas lagi!
- isu replika Anwar tu mudah saja... pertama pergi tengok sendiri dulu, replika patung ke, poster ke atau arca ke...
kedua- tanya siapa yang banyak keluar modal..yang Hindukah atau orang Islam..kalau Hindu biarlah pakar2 agama Hindu menjawabnya..kalau orang Islam maka kita harus ada pendirian terhadapnya..bagi tokoh2 yang dikagumi rakyat, perkara begini selalu terjadi...Siddhauta Gautama Buddha diangkat dan dipuja seperti tuhan kerana penganut itu terpesona dengan kezuhudannya..kita juga pernah melihat pendewaan terhadap Ayah Pin, Ustaz Ashaari dipuja pengikut Arqam (ni pun satu hal yang boleh dihujahkan kesahihannya), malah Dr mahathir pun pernah dianggap maksum dan khalifah ke5 oleh Shafie Apdal...

Sebagai muslim aku memilih TIDAK BERSETUJU dengan cara berlebihan begitu..asas syariat juga melarang disimpan atau dibuat patung,gambar,ukiran atau lukisan dan sebagainya apatah lagi dibuat besar2 begitu..sebab itu tiada dijumpai gambar,ukiran arca atau lukisan Rasulullah SAW walaupun pakar seni tampak sudah wujud pada zaman Baginda..dikhuatiri akan dipuja manusia..sedangkan sekarang pun ada yang memuja dan menyembah huruf2 Mim Ha Mim Dal atau Alif Lam Lam Ha..
lagipun kalau berlebih2an orang pun meluat..aku sokong Anwar dengan agenda reformasinya tetapi bukan mendewakannya..

ia mesti diturunkan TAPI.... bukan replika Anwar saja..ia menjadi hangat kerana ia replika "Anwar"..kita juga pernah lihat gambar besar Dolah dan Najib di Bangunan DBKL (besar betul..macam Tok Pekong), kita biasa tengok gambar besar Maya Karin selaku model syarikat telekomunikasi atau Mawi dengan mee segeranya, juga iklan Fara Fauzana dengan nescafe..gambar di billboard ni cukup besar..tiada kecoh isu penyembahan kerana mereka bukan ANWAR..tapi ia tetap salah!!
-kita pernah marah bila Umno/BN mengeluarkan kenyataan khurafat mengatakan hanya BN saja yang mampu perintah Malaysia dengan baik tapi pimpinan kita juga selalu bernada serupa apabila mengatakan hanya Anwar saja yang mampu membawa Malaysia ke arah kesejahteraan..masyaAllah!.... Allah boleh saja mengangkat sesiapa dan bangsa apa sekalipun untuk menerajui Malaysia jika Dia berkehendakkan begitu!

Cuma aku ingin belabun sedikit dengan Mufti Perlis Ustaz Asri ni bahawa jangan sekadar bercerita tentang penyembahan dan pendewaan dalam bentuk patung saja.. "tuhan-tuhan' yang disembah manusia bukan lagi dalam bentuk patung seperti Al manat, Aluzza atau Allata tetapi harTA, kereTA, waniTA dan takhTA..
"menyembah " bermaksud tunduk/patuh/takut/taat dan "Tuhan" bermaksud yang berkuasa ke atas sesuatu seperti hidup-mati,rezeki,jodoh dll..
menurut Ustaz Ismail Kamus jikalau seseorang itu membodek bossnya dengan harapan perbuatannya itu akan meyebabkan bossnya memberikan rezeki kenaikan pangkat. ia boleh menyebabkan syirik dan begitu juga jikalau kita takut berkata benar kerana dikhuatiri periuk nasi terjejas boleh mendatangkan syirik kerana bertuhankan makhluk dan tidak yakin dengan rezeki yang datangnya dari Allah!

inilah 'berhala' dan 'penyembahan' yang tidak disedari kita..penyembahan ketika berhadapan dengan sultan atau raja juga harus dijelaskan dengan sejelas2nya oleh Tuan Mufti apakah salah dan ada unsur-unsur penyembahan dan pendewaan kepada selain Allah? kalimah "Sembah patik harap diampun" apakah ada unsur2 pendewaan di situ?

juga pernah disentuh Hamka tentang perkataan "Duli" Yang "Maha" Mulia..apakah ada unsur2 syirik dan boleh memesongkan akidah? Duli bermaksud bawah tapak kaki atau ada yang mengatakan debu di tapak kaki...maksudnya kita pacal ini lebih hina dari debu di bawah tapak kaki sultan? Sultan terlalu suci hingga sanggup "mencemar" duli turun bertemu rakyat jelata?
perkatan "Maha" (bukan Mahathir) hanya layak untuk Allah yang Maha Esa..tetapi cuba lihat ada 'makhluk' lain yang sama taraf "Maha" dengan Allah pada lirik lagu negeri Pahang:-

Ya Allah yang Maha Kuasa
lanjutkan usia
Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia
dirgahayu, Darul makmur
aman dan bahagia sentiasa
Ya Allah selamatkan
Ke bawah Duli Raja Kami..

(cikgu Bahasa Melayu aku berbangsa India pernah memberitahu aku perkara ni dan aku terus tak berselera menyanyikannya selepas itu)..aku sekolah di Pahang dan menetap di Selangor..juga lihat lagu negeri Selangor:-

Duli Yang Maha Mulia
selamat di atas takhta
Allah lanjutkan usia Tuanku
rakyat pohon restu
Bawah Duli Tuanku
bahagia selama-lamanya
aman dan sentosa
duli yang Maha Mulia!

* tulisan berwarna merah lirik di atas menggambarkan betapa hinanya rakyat di bawah mohon restu di bawah tapak kaki Tuanku yang seperti Tuhan..Allah tiada perkataan "Maha" pada lirik ini...

kita tahu "malaikat tidak masuk ke rumah jika kita menyimpan patung" atau jangan simpan anjing di dalam rumah kerana malaikat tidak masuk!
- kita kena faham apa maksud "rumah", "malaikat"."patung" dan "anjing"..ini kiasan..

rumah bermaksud tempat berdiam, tempat selamat..dalam konteks tasauf "hati" adalah rumah atau kerajaan pada tubuh sesorang insan, kalau hati itu baik maka baiklah keseluruhan sistem badannya baik jasmani mahu pun rohani..

malaikat bermaksud-roh atau nur (kerana asalnya daripada cahaya-nur)

patung (berhala)- unsur2 yang membuatkan kita 'asyik' dan 'lalai' dengannya..seperti wang, harta, kedudukan dsb

anjing- sifat2 bengis

maka itu maksud "malaikat tidak masuk rumah jika ada patung" boleh diterjemah sebagai nur/cahaya/hidayah tidak akan masuk ke dalam hati jika ada unsur2 yang melalaikan yang kita puja seperti harta, pangkat dan wang..paling menakutkan bila kita menganggap 'anak' kitalah harta yang paling disayangi sampai naik leka akan kehebatan kita melahirkan anak2 yang comel dan pandai...jangan sampai Allah marah kerana kita leka lalu diambilnya sekaligus..seperti dalam quran "Janganlah anak kamu dan harta kamu melalaikan kamu,"(aku bukan ustaz 4 sanawi cuma rajin berborak dgn kawan pak nawi)..

atau ayat kedua "jangan simpan anjing (sifat2 bengis) di dalam rumah (hati) nanti malaikat (nur/hidayah) tidak masuk"...kalau malaikat tak masuk rumah macamna nak mati? Izrail tak mau masuk? kena faham kiasan...

Dato Mufti disarankan banyakkan memberi penjelasan tentang pemesongan akidah melalui penyembahan terhadap makhluk..kerana khuatirkan rezeki tertutup, kita mematuhi arahan ketua yang zalim...sewaktu Dato mufti menjadi panel dalam forum sambutan 100 hari pakatan rakyat di kelantan bersama Prof Aziz Bari dan YB Saifuddin Nasution, dato ada mengatakan yang kedatangan dato sebagai panel pun ada risikonya!
lalu dibidas sinis oleh Saifuddin dengan meyatakan :jawatan mufti itu kurniaan Allah dan apalah risikonya..kalau dipecat pun boleh jadi pensyarah semula....laa..takkan takut juga dengan risiko tu? mengatakan kebenaran milik Allah pastilah dilindungi Allah..takkan dia nak menganiaya kekasihNya?

..maafkan patik "capal" yang hina!

14 comments:

Mogen Ali Rico said...

perghh!!!!mantap..padu..jitu!!!bro MSK mesti suka..

R@duan said...

Steady yop. Bior ngulen peghin dema yang baca post ni. Sapa makan cabe dia akan rasa pedas.

niche said...

salam tn kulup,

satu kupasan menyelongkar yg tersirat di sebalik yg tersurat yg hanya difahami insan yg mengenali, ttp tidak manusia haiwani.

smoga tn dirahmati...
mhn mf tn kulup!

ronasina said...

kalau nak dikartunkan macamana ekk?

kulupSakah said...

sepatutnya wak jono yang cakap bende nii..tapi dia maleh nak layan siasah dunia!!
aku terpaksalah tulih...

Desperado said...

Syabas Tuan Kulup...

Teman rasekan, kome la oang yang plaing layak memgang jawatan Mufti lepaih Dr. Asri bersara nanti...

Teruskan menulis!

Faizal said...

menarik juga bila membaca awal2nya. diakui ada kebenarannya. tapi bila baca hujung2 tengok macam ada sentimen peribadi.akhirnya nampak mcm entri ini bukan ditulis untuk menegakkan hujah tapi menembak mufti sebab beri pandangan mengusik sokongan berbentuk gambar besar DSAI.

kulupSakah said...

saudara faizal,
mula2 tadi pun aku dah kata aku nak kupas lebih luas..siapa pun boleh terkena dan sapa pun boleh disokong, satu segi aku sokong mufti dan marahkan pendewaan, satu segi aku sarankan agar mufti mendidik masyarakat agar bentuk pendewaan yg lain didedahkan..

agenda apa sangatlah yang nak aku sembunyikan, bukan leh kaya...
aku sedia melanyak dan dilanyak..terima kasih atas pandanganmu!

Pendidikan said...

Salam Kepada Yang Empunya Blog, & semua!
Sapa agaknya yang nak sembah gambo Anwar tu?
Entri yang sungguh bermanfaat.
Selamat Eid Mubarak, Maaf Zahir Batin.
Salam.

anakDolah said...

Salam Bro.

Dunia dah nak kiamat.X yah crite bnyk ler. Ulamak jadi Ular dlm Semak ini pulak Anwar...mcm2 boleh jadi Bro..tapi wa rasa gak pedas cabe lu tu...

hafiz said...

bro. bagi aku, kalau diaorang nak buat patung batu anwar ibrahim pun aku tak kisah. aku liberal. tapi, bila isu ini dimainkan oleh golongan hipomunafiq maka ia jadi isu besar. kalau nak buang replika itu, eloklah dibuangkan dulu pepatung lain seperti di sunway pyramid, sunway hotel tu. tugu negara juga wajib dimusnahkan. bodo la puak2 umno ni. diaorang memang da semakin biol. hmmmm heran-heran.

hafiz said...

ni. lagi cerita dewa. ramai lagi yang da jatuh kapiaq mendewa tuhankan umno. tanyela pak mat aji seman. dia kata, kalau takda umno, melayu makan ubi kayu. hahahahahaa

PKR bukan parti islam, ramai pendokongya jugak non muslim, apa masalahnye dengan replika gambar anwar tu??? apa masalahnya???? replika tu takkan menaikkan harga ikan kembong di pasar selayang. jugak takkan menaikkan harga minyak! yang menaikkan harga sume ni adalah umno! hahaha lagi sekali umno dimaki hamunkan! hahaha

bestla artikel ko ni bro!

pemikir lapuk said...

tkpa lah sebab depa tu tengah blatih untuk jadi pbkang...tk lah kekok nanti

Anonymous said...

macam2 hal bro..

tp lu nye post wajib tersebar sbg pandangan yg bernas..

lu kena sebarkn bro..
steady yeop.