Thursday, May 19, 2011

bila aku mengamuk!

Sewaktu hendak ke bengkel untuk menampal tayar kereta yang berpaku, aku terlihat sekumpulan budak-budak sekolah menengah sekitar 15-17 tahun berkumpul sehingga berlaku kesesakan jalanraya. Aku hendak cepat tetapi ini sudah melengahkan. Oh! Bebudak sekolah nak bergaduh. Kelihatan ada pertengkaran mulut di situ. Ada pelajar bermotosikal. Ada juga terselit seorang dua pelajar perempuan. Aku geram! Orang dewasa yang lain hanya memerhati saja dari jauh tak berbuat apa-apa. Aku keluar.

"Apahal ni? Hah? Mahu jadi taiko? Blah semua blah!!" aku terus sergah mereka.

Ke semua mereka terdiam dan memerhatikan aku. Tidak ada jawapan dari mereka.

"Blah cepat! Jangan ganggu jalan. Jem ni!" kata aku lagi.

Tiba-tiba ada satu suara dari kumpulan mereka menyampuk, "Pak cik jangan masuk campur. Ini hal kami! Sukkkaahati kamilah!"

Aku berundur ke kereta. Meninjau sesuatu di dalam kereta. Ah! Takde....dengan tangan kosong aku kembali semula ke kumpulan mereka.

"sapa yang kurang ajar tadi? Siapa? Nak Mampuss? Dah besar? Aku nak korang blah dari sini sekarang. Cepaattt!!" jerit aku. Aku terlupa kalaulah ada seorang budak perempuan menjentik hidung aku yang baru dibedah tu pasti akan berdarah.

Ya! Menjadik....mereka perlahan-lahan beredar. Yang bermotosikal sedikit memprotes, memerah tali minyak menderum-derum, tapi tak berani memandang. Akhirnya kawasan itu kosong.
Aku masuk ke dalam kereta meneruskan perjalanan.

Ada dua perkara yang membuat aku sangat marah:-

1- jalan jem
2- dia panggil aku 'pak cik'

yang lain aku tak kesah sangat

12 comments:

Anonymous said...

phew..

pakcik...ops, atuk memang hebat
(Jgn marah, nanti kena jual)

OrangGilak said...

HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAH. Erk. Hurm. "jentik hidung pasti berdarah" *ingat*

.drakula. said...

kah2...kool...

TheSniper said...

hih hih! pakcik takpe lagi. Aku masa raya deme panggil aku Tok Su(cucu sedara dah 15 orang) . Yang paling aku marah setiap kali pegang gitar tong deme suruh aku main lagu 60-an! ok! aku bagi deme 'highway Star'! 60-an gak!

mamai said...

hahahahaha bro gua baca tadi dah suspen dah...sekali lu mmg buat lawak la, gua tak leh berhenti ketawa

Cikli said...

patutlah gedek! senyum hari ni, dia dah tahu cerita ni.

ISA said...

Salam Pak Cik;

Hidung dah ok ke...???

Marhaenonymous said...

kehkehkeh..!!patut laa mengamuk sakan..

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

pakcik hanya sesuai untuk gedek

kulupSakah said...

3) marah dgn komen korang

solo mum said...

ermmmmm.... kira ok la tu

Anonymous said...

Pernah terjadi , hampir serupa senarionya pada aku. Kebaikannya terhalang perkara yang lebih buruk, sedangkan mereka masih kurang tamayyiz. Buruknya, sikap tidak peduli (atau tidak berani)orang dewasa...bagaimana kalau yang terbabit itu adalah anak mereka?

Kalaulah negara berperang, mana pergi orang dewasa gamaknya?