Thursday, March 21, 2013

Antara OKU dan kentang

secara psikologinya manusia yang berasa dirinya lebih baik akan tercabar apabila yang mereka rasakan lebih lemah daripada mereka mendapat kelebihan. Mereka rasa tergugat. Apabila aku ceritakan apa yang ditulis di bawah ini, ada kawan-kawan aku yang normal kurang bersetuju. "Takkanlah semua percuma..." komen mereka. Mereka ini yang selalu melaung-laungkan Negara Berkebajikan, Pendidikan Percuma, Kepedulian Rakyat tiba-tiba hilang kewarasan. Tiba-tiba guna hujah Umno "boleh muflis negara". Tiba-tiba lupa ayat-ayat suci 'memberi satu kebaikan Allah balas sepuluh', 'jika memakmurkan apa yang di bumi Allah turunkan nikmat dari langit' dan bermacam-macam ayat lagi. 

tulis Dr Zaahirah Mohammad dari UK : jiran sy ada oku, mmg everyday bus kecik dtg amik.. then kat nursery Annur,ada 2 special kids.. every day therapist dtg..hari yg diorng tak pegi nursery,therapist pegi rumah..kasut,peralatan mcm kerusi,frame dan lain lain yg harga beribu salah berbelas ribu semua percuma..sebenanya kerajaan mampu.. tak mampu bila tak pandai urus duit,then kroni songlap blum kira lg.. Klau duit Tu diurus dgn baik n amanah,mmg rakyat dpt manfaat..

Ummu naufal: Teringat msa kami di UK. Balqis didaftarkan sbgai kanak2 OKU. Beberapa minggu kmdian dtg org dr hospital ke rmh buat assessment dn laporan mengenai keadaan balqis. Kemdian dtg Fay Richardson, therapist balqis, ke rmh. Assess lagi dgn lebih dtail keperluan therapists dn juga equipment yg diperlukan oleh balqis. Appointments dibuatnya utk ukuran custom made splint dn kasut khasnya. Susu pediasure dn lampin diuruskan penghantaran ke rmh setiap bln. Appointment di buat di Great Ormond St Hosp utk kes jantungnya. Sekolah diuruskan bersama bas khas yg dtg mengambil dan menghantarnya. Sekolah lengkap dgn therapists n facilities seperti kolam renang indoor setiap 2kali seminggu digunakan. Lunch di sekolah diberi percuma. Malah smuanya percuma, termasuk operation jantungnya yg ketika itu iJN tiada specilist yg mampu melakukannya. Sepjg hmpr 2 bln balqis di GOSH, ada dr bhgn kebajikan dtg bertnykan keluarga di rmh, wang perbelanjaan, kerja mcm mana etc. Dia salurkan pula kami ke bhg yg memberi charity. Betapa hebatnya mereka berusaha membantu kami....dan kami ini bukanlah warganegara mrk. Malaysia sebenarnya mampu membantu tingkatkan kualiti kehidupan harian OKU dari segenap kategori.....kalau pemimpin2 kita celik hati mereka.

dari Akasia, seorang pengomen : Assalamualaikum...Aku punya adik OKU..alhamdulillah masih lg mampu berjalan dan kesekolah walaupun hospital adalah rumah kedua semenjak dia kecil sampai sekarang. jadi aku faham serba sedikit perihal 'pemberian kerajaan' pada golongan ini, faham serba sedikit akan penerimaan masyarakat sekeliling..aku setuju dengan tulisan tulisan saudara mengenai OKU. Pada aku kerajaan memang ketepikan warga OKU..jika di bandingkan dengan negara di mana aku menumpang tuah sekarang, aku sebak bila setiap hari melihat kenderaan khas sekolah yang ambil dan hantar seorang remaja lelaki yang tidak mampu gerak kan tangan dan kaki yang berkerusi roda. Tidak perlu ibu bapa yang menghantar kesekolah seperti mana anak cukup upaya yang lain..aku kagum dengan kerajaan negara ini yang menyediakan kenderaan khas untuk OKU cerdik pandai ketempat kerja..bukan kenderaan milik syarikat tetapi milik kerajaan.ya itu adil..orang lain yang bukan OKUada bus, metro, train dan tram untuk ketempat kerja dan warga OKU juga punya pengangkutan awam khas ke tempat kerja. Special pada OKU kerana hanya perlu membayar 50% -0% dari harga tiket.belum lagi dikira pemberian rumah percuma kepada golongan ini..aid medical untuk OKU..sekiranya perlu operation sekalipun, operation dahulu duit cerita kemudian..bukan seperti di Malaysia duit dahulu operation cerita kemudian..segala macam kemudahan untuk rakyat dari negara yang tiada hasil minyak seperti Malaysia..

Pendekatan gula-gula BN dan manifesto PR tidak menjurus kepada dasar dan fundamental.
Ketika Annisa meninggal dunia ada kawan bertanya tidak mahu tuntut Skim Mesra Usia Emas dan OKU ke yang akan beri RM2500?
aku jawab "Annisa tak perlukan duit sebab sudah meninggal dunia. "

Antara OKU dan kentang tak banyak beza. Boleh dimakan dan ditendang.

2 comments:

puspawangi said...

Ahlipolitik sama saja di malaysia, OKU adalah 'tiket' utkmeraih simpati dnamenunjukkan merak konon prihatin. PDK adalah satu program JKM tetapi disitu lah terhentinya...ibubapa yg dalam jawatankuasa pdk terpaksa bertungkus lumus utk mendapatkan dana bagi menjalankan pdk..seperti minta sedekah bila nak buat bangunan sendrii..o y akena usaha KALAU nak bngnn sendiri, kalau tak pdk duk lah kat mana2 baliraya ke dewan orang ramai tinggalan tahun 50 an..2008 Pk Lah umumkan bebrapa peruntukan utk membantu pdk TETAPI..banyak yg "dismpan" JKM dari yg turun ke pdk..saya telah hampir 13 tahun uruskan sebuah pdk di hulu selangor, setakat ini satu2nya pdk di hulu selangor yg ada bngnn sendiri..itupun terpaksa berusaha 'macm nak gila'..

akasia said...

Kenapa negara boleh muflis?muflis jika di beri kemudahan sama rata antara OKU dan tidak?kalau anak cukup upaya ke sekolah, anak kurang upaya wajib ada sekolah khas yang sesuai dengan keupayaan mereka.wajib ada semua kemudahan untuk membolehkan mereka kesekolah..ada kurikulum pendidikan yang sesuai dengan keupuyaan mereka..berapa peratus jumlah OKU di Malaysia?kalau duit yang ada di urus dengan cara yang betul, negara tak akan muflis. Di negara aku menumpang tuah ini langsung tidak muflis (pada masa sekarang) walaupun pelbagai kemudahan di berikan untuk OKU..kalau negara ini berani untuk memberi 1000 euro sebulan kepada keluarga yang punya 3 orang anak dan ke atas tanpa timbul isu negara akan muflis, kenapa rakyat Malaysia mahu timbulkan isu negara boleh muflis dengan duit minyak yang kita ada, duit cukai dan bermacam duit hasil yang lain hanya dengan memberi kemudahan yang memang OKU selayaknya dapat?