Thursday, October 17, 2013

Tuhan berdiam saja?

Tuhan masih berdiam. Ketika mereka berebut siapa pemilik nama alif lam lam ha, Yang Empunya Diri tidak menzahirkan apa petanda. Dan apabila keputusan mahkamah menyatakan Allah hanya milik umat Islam, Yang Maha Berkuasa diam juga. Penyokong 'kalimah Allah hanya untuk orang Islam' bersyukur di atas keputusan ini yang memberi tanda Allah merestui perjuangan mereka lantas memberi kemenangan. Tetapi kemudiannya apabila respon marah memuncak di Sabah dan Sarawak, kerajaan mengumumkan keputusan ini hanya untuk Semenanjung. Pejuang nama Allah diam....seperti Empunya Diri.

Lihatlah kebodohan umat Melayu sehingga tara ini berpolitik. Menjadi bahan ketawa satu dunia. Dari yang bingung sehingga mengaku terpelajar dan bergelar bijak pandai~ keliru. Hanya kerana ditipu politikus.

Apa yang hendak direbut dan dimilikperibadikan kalimah Allah? Agama langit seperti Islam, Kristian dan Yahudi memang mengakui menyembah Tuhan yang sama. Yang berbeza persembahan. Ritual. Agama sikh juga. Sehingga bentuk rumah ibadat pun hampir sama. Maknanya asal usulnya kepercayaan adalah tuhan yang sama; Al Ilah.

Jika kita berkisar soal politik selalunya akan timbul hujah-hujah bodoh, mual dan langsung tidak membina sama ada kefahaman ilmu mahu pun tahap kepercayaan (iman). Dan itulah yang dimahukan oleh penipu-penipu yang memaut kuasa menggunakan agama. Mahu kebodohan terus diangkat. Sebaliknya jenayah rasuah atau penyelewengan yang ditegah Allah langsung tidak dipedulikan.

Allah yang mana direbutkan? Nama? Dari huruf alif, lam ,lam, ha itukah? Jika dibuang huruf, tidak dibunyikan suara bagaimana hendak menikmati Allah? Ingat bagaimana peristiwa Bilal bin Rabah disiksa supaya tinggalkan agama. Dihempapkan bebanan berat di dada di tengah panas gurun, Bilal bertahan dengan terus melaungkan "Ahad! Ahad!" atau ertinya Yang Maha Esa. Mengapa tidak menyebut kalimah Allah? Kerana kalimah itu hanya menyebut sebuah nama. Sebuah nama tidak cukup untuk menjelaskan akan sesuatu. Menyebut mengenali kawan kita bernama Ali contohnya hanya sekadar menyebut nama Ali tidak cukup. Mesti dibayangkan rupa Ali, sifat, tabiat, perangai, apa bagai semuanya barulah sempurna. Laungan "Ahad" oleh Bilal cukup menggambarkan ketauhidan menyeluruh merangkumi nama (asma), dzat, sifat dan afaal. Bukan sekadar kalimah.

Yang hari ini direbutkan apa? Sekadar nama? Bagaimana dengan dzat? Sifat dan afaal? Sudah kenal rata-rata? Atau ikut-ikut latah orang politik yang memang mahu memperbodohkan lebih-lebih lagi jika kita mengaku pandai. Sedarlah! perebutan nama ini hanya isu politik. Jangan terlibat dengan kebodohan. Orang politik sudah lama hilang malu, kejujuran atau rasional. Dijebaknya kita sekali.

 Allah suruh mengenalnya pada permulaan agama 'awaluddin makrifatullah'. Hal berebut nama ini tak timbul jika makrifat akan hakiki. Sebab itu awal 'bismillah' maksudnya dengan 'nama' allah kerana asal wujudnya insan dari kalimah itu. Ahli sufi apabila sampai ke maqam kamil mukkamil - menyebut nama pun bagi mereka adalah syirik kerana telah menyekutukan. Maha Suci bagi mereka tidak boleh dikotorkan atau disamakan walaupun dengan huruf dan suara. Sifat 20 kena dalami sedalam-dalamnya. Tiada satu pun tuhan menyerupai makhluk. Kalau makhluk ada nama apakah Tuhan juga sama? Di sinilah perlu faham wujud dan maujud, dan pecahan sifat 20 kepada empat bahagian Nafsiyyah, Salbiyyah, Ma'ani dan Maknawiah.

Jangan fikir Allah akan bersuara jika kita fahami bersuara itu seperti tiba-tiba keluar bergema dari langit "Jangan mempermainkan aku!'. Hendak mencari Allah pun sudah tidak boleh di luar lagi. Ia di dalam. Kerana apabila mengetahui di dalam, maka luar dan dalam akan bersatu. Bagaimana bisa mencari dan mengharapkan Allah menjawab kerana:-

" Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu dan telah Ku-cukupkan kepadamu ni’mat-Ku, dan telah Ku-ridhai Islam itu jadi agamamu"

Al Maidah ayat 3

Semuanya sudah cukup dan ada di sini jawabannya. Di alam ini. Alam saghir dan alam kabir.

12 comments:

Anonymous said...

Jangan syok sorang bos...Allah mereka samakah?..persaolanya Allah mereke ada anak,..

nabi isa bahasa arab bukan?..yesus itu bahasa apa?..adakah sama keduanya?..
Bila dirosak nama sosok itu berhakikatkah lagi?.yesus anak yesus bapa yesus Allah..kamu sembah Allah yg mana.

selamat berbuat homework.

Anonymous said...

orait... cuma satu jer, Tuhan manusia alam semesta termasuk lah alien adalah Allah...ada masalah ker?

aku rasa masalah paling besar ialah mempertahankan nama kalimah Allah tapi menafikan hukum yg ditetapkan Allah itu sesuatu yang kelakar

sama sepeti orang yang berpuasa tapi tidak solat

yang paling penting sama sama lah kita mengajak mereka menyembah Allah yang satu,

kalau kita ada kerajaan yang lebih terbuka satu diskusi perlu diadakan..,susok seperti ahmad dedat dan zakir naik pasti terhasil di Malaysia ni...

di sini polemik kalimah Allah akan jadi lebih berfaedah dan ada maknanya..

Dan yang pasti aku tak perlu risau..aku tau siapa yang akan berjaya mempertahan kan hujah..

homework homework juga dakwah belakang kira ker sedara?...


Anonymous said...

Kalau nk cita pasal hukum kenegaraan dekat sini bukan tempatnya,..
jadi buta mata bila asyik nak berpolitik yg diorang nak ialah guna Nama Allah apa kena mengena dgn hukum dalam negara jagn meleret sampai ke solat tapi tak puasa bebagai..

inilah yg org islam sendiri tak paham agenda Dajjal mereka licik,.itu pasal kena buat homework buat kajian jagan semnberono je buat hujah,

Mereka tau peelembagaan negara ini tu pasal mereka test nak tengok org islam maseh sensitif atau tidak dengan Agama islam..
kalu nk cita hudud pi ckap dgn org politik sbb yg pertahankan kalimah diguna pakai oleh Dajjal kristian ia Ngo islam bukan Umno bukan Pas hatap maklum.

Anonymous said...

Tak der kena mengena?? Sila buat Homework sedara...

'Mereka tau peelembagaan negara ini tu pasal mereka test nak tengok org islam maseh sensitif atau tidak dengan Agama islam.'

orang islam yang tak mengiktiraf hudud adalah orang islam yang tak sensitif

orang islam yang berpuasa tapi tak solat adalah orang islam yang tak sensitif

hermmm homework itu perlu... sila lah buka Al Quran sebagai bahan mentelaah ye sedara

bukan buku kitab illuminati bagai tu...

kulupSakah said...

aku ceritakan soal kita dengan 'Allah'...
itu homework. isu politik ni menyampah aku!

Anonymous said...

Hahahaha...Kena ada hudud baru ok kalimah Allah lawak betul..geng politik ni.

HamPAS.

Anonymous said...

'Hahahaha...Kena ada hudud baru ok kalimah Allah lawak betul..geng politik ni'

apa benda ko merepek ni? boleh ulas secara ilmiah dak?

main gelak tak bersebab ni geng penyagak jer yang buat

Anonymous said...

Jilat jubur Dap dan Nuor berahim ajelah ye..puak2.lebai kulup PASPISPUS ni hahahaha

Ilmiah abah mu,depa nak pakai ALLAH untuk kegunaan dakyah umat islam lagi nk ilmiah sakai betul penganut Paspispus,.soal akidah bongok bukan furuq biul.

Hajihadiawang.

Anonymous said...

Yer betul yoep buang masa layan geng penganut Demokrasi aka Dajjal ni.

Anonymous said...

Hahahajahahhaajajaj....

hisyamgay.

Anonymous said...

Ilmiah stopa spenda kakakakkakakak.

Anonymous said...

Ha biasa guna ayat kotor tu la suka sangat tgk video lucah...

tak yah lah citer pasal akidah sedara... sedara sendiri pon dah jauh dari islam. Geli tau bila spesis abu jahal nak pertahankan agama...