Saturday, November 17, 2018

Khitan, Khatan dan Langau



Saya nampak isu khatan anak perempuan ini lalu depan mata. Saya buat tak tahu saja. Malu nak campur. Takkanlah kita sibuk berkelintau dengan perkara perkara macam ni. Tapi sebab ada langau langau yang tak ada sangkut paut turut sibuk menghurung,  saya meluat.

Saya pernah ada dua anak perempuan. Istimewa pula tu. Saya cuak juga dulu bila isteri  kata nak khatankan mereka. Takut saya anak-anak saya yang kurang upaya itu kesakitan. Tapi isteri saya adalah ibu kedua mereka. Takkanlah dia bangang tak sayang anak anak saya. Dia ibu lagilah kuat cintanya kepada anak anak. Takkanlah dia bangang  sebagaimana saya bangang sebab tak faham bagaimana rupanya keadaan sunat perempuan tu. Bila selesai,  barulah saya faham dan saya tahu. Ia bukan potong habis terus. Jadi,  dalam bab sunat budak perempuan saya tak bangang lagi. Saya nampak dan saya dah tahu. Jika ada anak perempuan lagi,  saya ok sahaja untuk buat.

Juga dulu ada desakan untuk mengiktiraf jenayah jika ibubapa memakaikan tudung kepada anak perempuan bawah umur. Bagi peribadi saya,  jika saya ada anak perempuan bawah umur saya tidak memakaikan lagi tudung tetapi saya sangat sangat menghormati jika ada ibubapa yang memilih untuk memakaikan tudung sejak awal jika mereka percaya itu adalah didikan awal. Saya hormati sangat sangat. Yang marah,  tak perlulah sampai minta perkara ini diiktiraf sebagai jenayah. Anggaplah ini hak asasi mereka berkeluarga. Nanti bila besar,  anak anak ini akan memilih sendiri. Macam saya,  ibubapa saya cukup anti lelaki berambut panjang. Tak tahu kenapa. Semasa remaja saya sangat patuh kepada mereka. Hari ini, saya pilih berambut begini sebab saya suka.

Berbalik kepada  isu khitan anak perempuan,  soal ia tuntutan Islam ke,  budaya Arab ke,  budaya Melayu ke,  biarlah lingkungan-lingkungan ini yang berbicara. Yang tak ada kena mengena janganlah jadi langau. Seeloknya begitulah kalau kita menghormati kepercayaan antara satu sama lain. Isu tudung tadi pun,  seeloknya yang tak berkenaan usahlah jadi langau.

Ini pandangan peribadi sayalah. Di facebook  saya,  saya yang kawal. Maka jika ada langau yang menyibuk nyibuk pasal kepercayaan dan amalan orang lain yang dia tak terlibat tapi dia memperlekehkan,  menghinanya maka saya akan nyahkan dari senarai friend. Sebab saya sangat menghormati kepercayaan orang lain dan tidak akan menyibuk akan amalan mereka.  Dia nak halalkan punai dia sodok kunyit,  saya tidak campur. Budaya sial nombor 4 yang mereka percaya sehingga  menggantikan nombor  3A di papantanda jalan,  alamat rumah,  tingkat lif itu,  saya tidak ada masalah. Akidah saya tidak akan terpesong dengan kepercayaan yang tak ada kena mengena dengan kepercayaan saya.

Apa yang saya katakan di atas bukan untuk diheret ke medan yang lebih besar. Saya hanya bercakap untuk ruang facebook saya sendiri yang mana saya ingin mengatakan saya sangat menghormati budaya dan amalan kepercayaan orang lain tetapi sangat menyampah dengan mereka yang menjadi langau menyibuk dengan kepercayaan dan amalan saya. Itu sahaja. Bab berbeza pandangan politik dan isu lain,  saya ok.

2 comments:

Anonymous said...

Muthahir ini issue khatan hangat
Membicara issue yang bingit.
Dicetuskan oleh perlaku tentang
Perkara hak hak individu merentang
Sempadan manusiawi menilai secara batiniah seorang Muslims just because wama ana minal muslim..

Islam itu lahir dari om om suci
Islam itu lahir dari zat zat suci dan menyusucikan..
Islam itu melerai peradaban
Islam itu jalan mencontohi dan dicontohi.
Islam itu mengenal diperkenal
Islam jati diri
Islam itu mengajar yang dijajar
Islam itu lahiriah
Islam itu batiniah
Islam itu rohaniah
Islam itu insaniah
Dan lagi dan lagi
Maha luas menghampiri
Menguasai setiap jisim
Islam dan kebenaran
Kebenaran itu Islam
Tampa kebenaran tiada
Kaki dan tangan.

Sunat dan khatan
Wajib disunatkan
Dan harus sebagai
Seorang Muslim
Ini tegas dan telah disunahkan
Dan tidak mendatangkan kemudaratan
Bagi kanak kanak perempuan 2 atau 3
Bulan seusianya dan bagi seorang wanita jika ianya memudaratkan
Menjaga aib aibnya maka tidaklah diharuskan dan tiada unsur unsur paksaan ini adalah solution.

Islam dan kebersihan ini seiring
Dan setiap kemaluan lelaki dan wanita perlu dijaga dan berkeadaan
Sentiasa bersih walaupun dlm kedatangan haid dan nifas bagi wanita.
Pada dasarnya berkhatan menghindar
Individuals itu dari penyakit penyakit mendidik anak lelaki dan perempuan sentiasa bertanggungjawab pada nilainya kebersihan.

Amalan berkhatan adalah tuntutan agama bagi membendung gejala moral.
Kearah kesempurnaan agama dan Meluhurkan nafsu syawat menuju kesejahtraan hidup.

Patik tegaskan amalan berkhatan bukan satu amalan discriminasi terhadap kaum hawa.
Berkhatan juga bukan amalan jahilin
Menindas kaum hawa.
Amalan ini syariat dan disunahksn
Oleh nabi Muhammad as untuk kesejahtraan ummah...

Sunat berkhatan is awesome
Selamat menjambut maulidulrosul.


Sayed Noordin said...

ua sokong..perkara remeh..usah jadikan perang kepercayaan..banyak lagi hal penting untuk kejayaan umat islam..Selamat maulidul rasul..