Friday, November 2, 2018

Mengatasi rasa rendah diri

Aku antara orang yang rasa kurang yakin diri dulu. Rasa rendah diri yang cukup  punya rendah bukan main main sebab aku berbadan kecil.


Sejak sekolah rendah sampai tingkatan lima aku tergolong dalam kalangan budak bertubuh kecil. Muka pun macam budak. Ini membuat aku rasa susah nak ke depan walaupun badan kecil selalu kena duduk atau berdiri paling depan.

Tapi kawan sekelas sekolah rendah perlukan aku apabila bab mengaji sebab aku pandai mengaji. Dan aku terer main tayang (galah panjang). Main bolasepak ke hapa ke,  aku terkebelakang. Sekolah menengah pun macam tu. Cuma aku tak pernah teruk dibuli.

Nak mengorat pun malu. Lekeh betul aku. Pemalu pun tahap teruk. Bila masuk maktab,  aku rasa rupa aku yang macam budak budak buat aku rasa susah nak pergi. Maklumlah nak jadi cikgu muka kena matang. Cuma,  aku ada sedikit keberanian untuk tidak tunduk dengan 'ragging'.  Aku berani untuk tidak patuh bila ada yang cuba tarik aku ke tepi dan nak mempersendakan aku.

Pada masa yang sama aku diserang fobia bila aku sering diburu jantan jantan yang berselera dengan muka anak ikan aku. Ini satu lagi dilema. Ya,  kita berasa rendah diri kerana kita rasa kekurangan pada diri kita sedang orang lain kita nampak melebihi dari apa yang kita ada.

Tapi segalanya berubah bila kita dah kenal diri kita rata rata. Siapa kita,  hakikat kewujudan kita. Peranan kita. Bila dah berumahtangga dan berkeluarga, isteri dan anak anak bantu aku jadi orang yang lebih yakin. Yakin menempuh cabaran bersama. Mereka yang sentiasa menemani telah membantu aku jadi orang yang tidak lari.

Berani bukanlah bermakna redah atau langgar apa saja. Walaupun memang pada tahap usia tertentu kita akan ada masanya rasa gagah,  ghairah dan panas cepat marah,  itu bukanlah suatu yang hendak dibanggakan. Ada kalanya malu pula bila mengingatkan zaman panas dan gopoh. Tetapi berani dengan bertanggungjawab.

Rendah diri akan kecewakan kita. Nanti kena buli. Merendah diri tidak mengapa. Jangan rasa besar diri pulak ye tak? Semua kita tahu,  semua kita betul.

Tuhan jadikan setiap kita dengan sebuah bekal. Setiap kita ada bekal sendiri untuk digunakan dalam mengharungi hidup. Kita kena korek dan cungkil apa isi dalam bekal itu. Kadang kadang kita sangka kita boleh buat sesuatu tapi sebenarnya itu bukan bidang yang telah dibekalkan. Kita gagal. Tak mengapa kerana kita dalam proses mencari dan mengenalpasti. Sehinggalah kita berjumpa.

Hidup ini memang tentang cari dan jumpa,  dapat dan hilang. Sehingga kita sendiri pun akan 'hilang'. Yakinlah dengan arah yang kita akan hilang itu.

1 comment:

Anonymous said...

Solution
Tentang aku gwa saie
Sejak kechil termimpi
Mimpi tentang awan
Awan yang marah marah
Tentang awan tersenyum.

Merenong dijendala kamar
Melayani fikiran layang layang
Terawang plot samar
Termengu jiwa bayang

Mata sepit
Warnanya perang coklat
Rerumput perang
Hidup manchung
Sikit kembang
Kulit merah
Umpama darah
Dinihari memutih.

Seseorang budak peria
Berlari lari girang
Bermain bergaul gemilang
Ahpeng thanabalu latchami ada
Melayu lainnya
Ibu garang
Ayah tatang

Diawal sekolah sering disakat
Oleh rakan dan para guru kerana kulit ku merah merah telinga merah
Cool itu watak lestari ku
Disenanggi para sunti
Dan guru guru dara
Sering diwasangka
Oleh belia

Diakhir pengal sekolah
Cikgu cantik mulus mengutus pesan
Cikgu dipindahkan cikgu akan rindu kamu belajarlah menjadi insan
Lalu terlontar cikgu nanti sudah
Besar saya mahu kawin sama cikgu
Cikgu baik dan cantik..
Disaat kamu dewasa cikgu sudah tua
Saya tidak kisah cikgu
Kawanlah dgn sebaya kamu
Cikgu tidak layak untuk kamu
Tapi cikgu saya Bersungguh
Saya sayang cikgu
Hari hari rindu cikgu.
cikgu sayu raut Wajah
Buram air mata megalir nanti kita sering bertanya khabar..
Cikgu akan rindu kamu.

Beginilah aku gwa saie
Kanak kanak bermentaliti orang dewasa.

Duhai jiwa gengamlah hati
Agar Sentiasa berendah
Dan bertabah menghadapi
Insan insan berhidung tinggi

.... To be continue...