Apa yang kita buat bukan untuk orang lain? Kita berpakaian untuk menjaga mata orang lain? Kita pergi ke sesebuah majlis, untuk ambil hati pihak lain? Ada perkara yang kita kena terpaksa buat demi orang lain. Kita tak berlaku jujur? Hey... Nanti dulu.
Terpaksa sembahyang bila berkumpul beramai ramai supaya tak dilihat teruk? Atau masa tu kita di rumah bakal mertua. Takkan azan berkumandang kita buat buat pekak je ye tak? Paling gelabah bila bakal pak mertua suruh jadi imam. Mampuih! Mujur ada Surah Al Asr dan dan Qulhuwallahu Ahad. Buat modal jadi imam. Disuruh pula bacakan doa. Belasah je doa dalam Bahasa Melayu. Itu lebih mudah semua orang faham daripada berpuluh tahun hafal doa Arab tapi tak faham pun. Berpuluh tahun baca Yaasin setiap malam Jumaat tapi bila ditanya apa ceritanya surah tersebut kita terkelip terbangak.
Hidup perlukan orang lain. Hidup memang menuntut kita sesekali berpura pura. Wajah kita sendiri adalah topeng kulit yang melindungi isi, tulang, lemak, lendir dan tengkorak. Terkoyak sedikit kulit muka kita dah malu dilihat hodoh.
Tetapi yang mana satu diri sebenar diri? Bila tangan hilang, kaki dipotong, kulit muka disiat, kita masih lagi kita. Kita masih lagi dipanggil dengan nama kita. Jadi mana sebenarnya kita?
Err... Jika kita ada nama, siapa yang bubuh nama kita? Nama kita sendiri pun mak ayah bagi.
Ah! Melalut pulak. Atau.... Kau dapat apa yang aku cuba sampaikan?
No comments:
Post a Comment