aku ke apartment kawan aku tadi di Cheras, ada urusan. Sewaktu hendak keluar dari apartment tersebut aku ternampak pak cik guard (lingkungan 60an) yang mengawal pintu keluar-masuk di situ bertugas sambil tangannya memegang Harakah.
"Pak cik baca Harakah?"
"Lama dah aih..sejak pilihanraya 2008 haritu"
"Dulu pakcik ameno ke?"
"Eheh! Yelee..dulu keroje gomen lagi memangle..ate caghi makan..tapi memang dulu pak cik bendahari."
"Habeh? Kenapa tukor ni?"
"Hisy! Tak kuase pak cik nyokong dah..yang bebenornye pak cik baru sebulan dua ni je keluor umno..tadi tu muhong je..pak cik tak boleh terime bile najib pangge apa ke nama tu? apko..apko..haa! tu zionis jahat tu bunoh orang islam je kerojenye..pak cik memang tak boleh tahan dah!"
"habeh selama ni pak cik percaya? kes anwar liwat tu camana?"
"tulee dulu bodo bebenor aku..nye bantai percaya..lepaih kes apko ni aku renong balik..isy! iyele nampak bebenor jahatnye ameno ni..hiiii..nyesal aku ngundi dari tahun 69 lagi.."
"ni nak buat judi halal ni cama...."
"ptuihhhh! kamu jangan sebut! memang cilake punye idea..tak berakei..bahalol!"
"bahalolisme pun pak cik tau?"
"amende tu?"
"hihi..takde.."
isteri dia datang. isterinya bekerja sebagai tukang sapu di apartment itu. aku bertanya mak cik tu keadaan politik dan aku terkejut dengan pengetahuan dia. yelah, walaupun pengetahuannya gitu je standardnya tapi dia hanya berhujah dari segi halal haram dalam agama aje. itu dah cukup. pak cik ni aku anggap berjaya mendidik isterinya, tak macam sesetengah ahli tegar pas atau pkr yang aku kenal..bini pun masih umno..sampai hari ni tak beranii tarbiyyah..bodoh penakut bini!
mak cik tu buat aku terkejut bila dia kata, "anak2 mak cik, mak cik pesan kalu ngundi penyokong judi halal -kamu bukan anak aku!"
..mak!
5 comments:
Setuju benar dengan situasi pemimpin PAS & PKR yang masih gagal tarbiyah keluarga mereka menolak UMNO.
Ramai budak muda yang sosial menyokong UMNO kerana UMNO menyokong kegiatan sosial mereka..
apalah bro,gua baru nak memohon bukak cawangan judi dan rumah pelacuran kat kampung gua
kah kah keh keh
pakcik itu mula menghasut anak-anaknya membenci ketuanan Melayu!
What an amazing post that I have ever come through. It gives the information that I was really searching for the past week and I am really satisfied with this post. Need more like this. Thank you.
Term papers
n3 ni sepatutnya dititip dengan, "... cerita ini hanya rekaan penulis semata mata, tiada kena mengena dengan ahli/penyokong mana mana parti yang sudah hidup dan masih mati....", apara lu bro, balik balik cerita yang lebih kurang sama seperti penceramah cakap dalam ceramah kelompok atau umum. lu tak mau cerita ka tentang ahli/ penyokong tegar pas yang dah mula muak dengan gelagat sebilangan ydp/ajk kawasan,ketua kampong pr dan jkkk yang sebok dengan projek tah hapa sehingga mengabaikan tugas..... melebong dikedai kopi dari pagi sampai petang. gerak kerja parti hampeh.. esok nak pilihanraya baru sebok nak ziarah dan masuk kandang kambing merayu supaya undi pakatan... sama la macam amno, apa ada beza?? amno lagi baik pasal duit banyak dan gerak kerja kebajikan berterusan. kalaupon pas tak ada duit, datang ziarah bawa air lior pon dah cukup syukur orang yang menerima kedatangan mereka... ini usahkan pimpinan negeri/kawasan, cawangan pon yilek pochik. yang depa dok pulun kalau ada ribut dan hujan lebat..... tengok kalau ada projek ganti bumbung!!!!! kalau camni jangan harap nak tambah ahli/ penyokong... yang ada pon salah gaya boleh kapot!!!!!! nanti tuanpunya n3 mesti kata: penyokong tu bukan ikhlas dan bukan berjuang untuk Islam!... abis tu yang berebut jawatan sampai sanggup bermusuh sesama ahli kerana jawatan tu ikhlas la ye??? kita tunggu pru 13. sapa ikhlas BERJUANG, sapa ikhlas BERUANG!!!!!
Post a Comment