Monday, May 17, 2010

apabila ditanya kepada mat bahalol..

apabila ditanya oleh Sang Pencipta di hari pengadilan nanti "Apakah yang kamu lakukan untuk menegakkan hukum dan agamaKu?"

jawab Mat Bahalol : Menghalalkan judi demi nak elak judi haram.

Bertanya lagi Sang Pencipta "siapakah saudaramu?"

Mat Bahalol menjawab: "Saudaraku telah aku copkan dia seorang peliwat walaupun tiada saksi walaupun tanpa menggunakan hukum anjuranmu kerana hukum Qazaf anjuranmu sangat lemah- manusia boleh berselindung di sebalik undang2 bangangmu, maka itu kami lebih percaya kepada sumpah laknat."

Soal Sang Pencipta: "Pernahkah terlintas dalam hatimu walau sekelumit pun niat untuk menegakkan undang2 Islam di negaramu?"

Mat Bahalol yakin menjawab: "Tak sesuai kerana negara kami berbilang kaum. Undang2 penjajah lebih memberi keadilan kepada semua manusia tak kira agama. Kamu hanya pandai mencipta manusia tetapi bodoh dalam mencipta undang2 yang sempurna."

Soal Sang Pencipta seterusnya: "sebenarnya apa agamamu?"

Mat Bahalol : "Yang penting bangsaku. Aku tak pedulik akan perjuangan menegakkan agama. Aku mahu Melayu saja."

Sang Pencipta bertanya: "Marobbuka?"

Mat Bahalol : Aku menyembah kepada Tuhan yang memberikanku rezeki, projek dan kontrak. Itu Tuhanku. Mengengkari Tuhan Yang Esa itu akan mendapat azab yang sangat buruk. Tak boleh cari makan. Yang aku sembah, yang aku bodek adalah Tuhan yang itulah..yang berkuasa di bumiku. Dialah yang Maha "Perkasa". Tuhan inilah yang menghalalkan judi, zina dan arak di negara kami. Kami takkan berpaling dariNya. Tuhan inilah yang menghalalkan rasuah. Tuhan inilah yang menghalalkan fitnah dan adu domba. Tiada Tuhan yang lain selainNya. Nama dan kalimah Allah yang kami pertahankan hanya topeng saja. Hakikatnya kami adalah pencinta rasuah, judi, pembohongan dan penyelewengan.

Sesiapa yang taat kepadanya akan mendapat untung laba manakala yang engkar akan dapat bala. Diseksa dalam tahanan. Digantung tugas dan dipecat.

Mat Bahalol terus mengalunkan zikirnya "wangwangwangwang.."

apdet terkini: 5:15 petang (isnin) ketika menaip apedet ini aku nampak ada 3 komen tapi puas aku cuba tengok tak dapat, ia tertulis 0 komen..kenapa yek? banyak kali try dah ni..

10 comments:

Hashim said...

Salam Tuan

mamat ni memilih untuk jadi bahalol...tolong hormati pilihan simamat ni....

C++ said...

Berat.... berat seksaannya...

Anonymous said...

naik bulu roma membacanya,ngeri weh..

abgBro said...

kpd yg brkenaan...bertaubatlah sblom nyawa smpai ke halkum...

moses said...

aku tak halalkan duit haram yg aku bagi kat ko.....!!!!!

azmie said...

ni namanya skim piramid dosa. yg dok atas bagi duit haram kat 2 kaki dia. dua kaki ni bagi makan dua org anak kat rumah. setiap anak bagi pulak kat 2 lagi anak cucu...dan seterusnya, sampai hampir penuh dunia ni dgn org yg besar dgn duit haram. tu yg dunia susah nak aman.

Anonymous said...

marobbuka? jawab sibahalol pukullah mana suka,aku ada pekasa datang membela,bn[bantuan nazak]sedang menabur budiku berpeti peti.

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

sapa pandai buat kertas kerja kit ganti rumah ping

orang lekio said...

salam.

setuju sesetuju-tujunya.

daniel john said...

I would like to say this is an excellent blog that I have ever come across. Very informative. Please write more so that we can get more details.

College Research Papers