Thursday, June 24, 2010

Jangan ketawa, HARAM!

Sewaktu menunggang motosikal balik ke rumah, sms dari kartunis Zunar menceroboh henfon aku menyatakan "Buku iFunny Malaysia - koleksinya terbitan MalaysiaKini dan buku-buku karya kami Perak Darul Kartun serta Isu Dalam Kartun (ke semuanya vol 1-3) telah diharamkan.
Aku nampak berita kaki di Buletin Utama tv3 berita yang sama. Alasannya - Kandungan tidak sesuai, boleh mengelirukan orang awam dan boleh mengancam ketenteraman negara.
Aku tidak mahu berhujah banyak, cuma kalau korang boleh tunjukkan mana yang boleh mengganggu ketenteraman rakyat aku bersedia melihatnya.

Hey KJ!!! Sila laungkan dalam Parlimen tentang kebebasan media..


antara karya aku ialah permainan monokrony di atas..

Gedung Kartun , majalah sulung telah diharamkan September tahun lepas sekaligus memecah rekod dunia majalah kartun pertama dirampas kerajaan di cakerawala ini.

cuba lihat majalah terbaru di bawah ni:-
dengan majalah ni:-

yang mana lebih mempengaruhi jantan mencari "sabun di bilik mandi, sabuunnnn!"

10 comments:

benludin said...

majalah dibawah sekali tu membuatkan sabun naik harga

C++ said...

Bhai KulupSakah...

Err.. berapa kali mau haram kan nih... gilo ker aper...

Boleh buat Class Action Suit nih lawan Kerajaan Malaysia... tapi bukan di Mahkamah Malaysia la...

Maybe di Zimbabwee kot... hahaha

kulupSakah said...

ben,
aku ingat don songkok bisa sangatlahh

c++,
aku rasa nak pindah zimbabwe ni

Love Perak said...

huhu takpa bro kulupsakah.. lagi diharamkan... lagi laku... lagi rakyat beli.. hehe sabar je la ngan kerajaan kita ni... rosmah bebal la tu korang kutuk die banyak sangat.. hahaha

author faethal said...

Salam Bro KS,
Baik-baik..
Kang dengan Kafe lu skali kerajaan haramkan...
Lu minta tolong KJ pun takde beza,
Sebab..
"KJ tak berkesan"

Unknown said...

layan cepat sebelum diharamkan...

http://tempurungpecah.blogspot.com/2010/06/bila-tiada-duit-dan-kerja.html

mosabit said...

ini barulah haramjadah....

kah kah kah kah kah kah ...

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

AKU IKUT PINDAH

daLyaanoon said...

"Encik, saya nak mohon lesen gelak!"

jeril said...

mintak kebenaran pinjam gambar monokrony. memamg best