Di bank sewaktu keluar dari bilik mesin ATM -
"Encik, derma untuk rumah anak yatim encik,"..
"Yang ni nak minta sumbangan untuk pembinaan masjid.."
Di restoran sewaktu sedang makan -
"Bang, 5 minit ye? Tak nak beli tak pe tapi boleh tengok..ni buku dari syarikat kami yang bla..bla..bla.."
Kemudian datang seorang buta yang ditemani kawannya meminta duit.
Di perkarangan masjid -
'Ya Syeikh! Sadakah syeikh, Kashmir kashmir..Jihad!"
"Bang, ni ada kepok bang, adik mai dari Pattani ni, cari duit sikit.."
Di medan parkir kereta -
"Bang, ni ada pencuci cermin terbaru, offer hari ni bang.."
Kemudian datang mat pet minta duit jaga parkir..
Berapa baki duit gaji kau setelah semua bil kau dah jelaskan, minyak -tol - belanja dapur - sekolah anak - itu ini dan termasuk yang di atas?
aku respek kalau kau boleh mengelak dari mereka dengan keras hati.
5 comments:
huh....!!! kekadang gua pun tak mampu mengelak
bab atas tu boleh dielak kalau dah terkena spt cikgu smk koyan nih..
http://al-lanari.blogspot.com/2010/04/kuala-lanar-kenangan-102.html
tak tahulah saya... tapi saya sedekah je, kena tipu tu, jangan kira sangat... mana tahu, kalau sebab 'kena tipu' tu, pahala sedekah kita tadi di'up'kan...
tapi kalau kompum tahu kena tipu, tindakan 'Pengembara Silam' adalah tepat...
malaysia mmg dah nak hancur.. kekayaan tak seimbang..... aku rasa aku faham apa yg lks nak sampaikan..
Great post, I always follow your blog since it is full of persuasive information about various things
Essays Writing
Post a Comment