Friday, June 25, 2010

nasilemak masuk amco: sejauh mana asri bertahan.

aku tak tahu apa kayu ukur 'ulama' zaman ini. Ulama pewaris Nabi bagi pandangan kutu macam aku ialah seorang yang menguasai tiga cabang ilmu Islam iaitu Usul/Tauhid, Fiqh dan Tassawuf. Maksud aku 'menguasai' bukan setakat teori malah amalinya. Ini ulama, bagi aku. Tapi untuk melabelkan orang itu tak sampai tahap ulama atau tidak, ia bukan kerja aku. aku tak suka labelkan sesiapa saja sesat aqidah.

Tapi bila 40 penyamun..er...manusia lulusan agama masuk umco aku pelik. Sepelik kambing yang seronok mandi sungai atau pun sepelik harimau mengiau.
Tak masuk akal.
tapi jika 40 penyamiun..er..alamak..er..uladalamsemak..tu yakin parti itu benar perjuangannya sampai kepada Allah tak mengapa..
tugas pertama: keluar fatwa halal judi.
: pastu rambut kembang ala Rosmah halal.

topik serius

Sejauh mana Asri bertahan dalam hal ini. Aku seperti mengerti tekanan yang dialami Asri. Mereka terlalu agam dan sanggup buat apa saja demi survival politik mereka. Kemasukan ahli agama akan mengubah imej haprak umco.
Asri persis ulama zaman2 dahulu, dihadapkan dugaan berat. antara nyawa, perut dan aqidah.
Taqwa bukan pada cakap2 tapi taqwa di hati...
aku doakan asri istiqamah.

- attaqwa ha huna -> Qalbu

4 comments:

mz said...

bro-semua yg masuk adalah golongan muda yg dipanggil salaf dan Dicop wahabi oleh golongan ulama konservatif. mereka masuk umno sebab penarik dan penolak

faktor penarik- asal mereka adalah pendakwah bebas (dan aku pasti dlm pilihanraya mereka sokong pas).tp sebab dicop wahabi dan tak jadi ahli umno mereka dikenakan tindakan@tak bg tauliah oleh jabtan agama islam negeri selain perlis dan kelantan(sbb takyah tauliah).jadi utk teruskan dakwah dkt masjid direct kpd umum terpaksalah masuk umno. Tgk nanti jais mungkin akan bg tauliah.hehe

faktor Penolak- bukan shj di negeri bn selain perlis mereka dihalang , dinegeri PR juga dihalang.cth selangor-jais yg halang tp itu tak ada hal lagi.sebab sejarh masjid dekat selangor ni walaupun jasi halang kalau ajk masjid-atau surau masih panggil bg kuliah, masih lagi boleh jalan. Tp sejak akhir2 ini ajk masjid sendiri menolak dr memanggil mereka bg kuliah. Cth dkt surau aku dkt shah alam-semua yg dicop wahabi tidak lagi dipanggil bg kuliah selepas dpt ajk masjid bertukar tangan kepada golongan konservatif.. N

Kesimpulannya: tak masuk umno-mereka takleh bg kuliah. negeri pr atau ajk surau bawah pr pon tolak mereka-takde pilihan lain melainkan masuk umno-at least boleh bg kuliah kat surau lagi..kalau tak langsung tak boleh- sebab golongan konservatif dlm pas pon tolak mereka. dan yg rugi sebenarnya PAS dan PR juga..disebabkan sebilangan golongan konservatif pas.

Telok Bakong said...

bukan masalah konservatif ke ape bro..JAIS yg kawal bro

daLyaanoon said...

Hidup Melayu berdasarkan Quran Sunnah!

mz said...

teluk bakung,
memang JAIS yg kawal.. sebelum ni masa BN perintah pon JAIS kawal juga-siap tutup surau lagi..tp ustaz2 PAS masih boleh dtg ceramah kalau ajk panggil.

skerg isu dia Sejak AKHIR2 INI (thn ni), ajak masjid ahli pas sendiri memboikot ustaz2 yg dicop wahabi ni. Isu JAIS satu hal-Isu AJK ni lagi memarahkan keadaan.sebelum ni mereka yg ade tauliah boleh lagi bg kuliah-tp dgn AJK yg baru ni yg memang anti-wahabi langsung tak benarkan mereka ni berkuliah lagi walupun ade tauliah.. itu isu nye..

saya sama sekali tidak menyokong tindakan mereka tp as a strategist
thinker,saya rasa itu yg terbaik bg mereka setakat ini..saya bercakap dr segi strategis utk berdakwah..

mereka ini nampaknya ditekan oleh dua2 belah pihak, cth diselangor oleh JAIS @umno dan AJK2 surau@ahli PAS konservatif (saya pon org PAS but not konservatif-hehe;coz saya suka berlapang dada).. Cth dkt surau byk tempat

diselangor semasa zaman pemerintahan BN dulu, takde mereka ini disekat dr bg

kuliah-tp sejak akhir ini dibawah PR pula, langsung mereka dipulaukan oleh ajk2

surau yg baru.. sedih saya melihat isu ini...

Yg cerdik nampak dkt sini adalah najib-dia menerima semua org yg boleh berikan

kebaikan kepada UMNO@BN walaupun akan wujud pertentangan dr dalam umno sendiri.

Cth lain Perkasa pon najib ambil walaupun ramai dlm umno tak setuju dgn

perkasa.As long as boleh beri mileage kepada umno najib terima sajib..

brilliant political move bro.

Tak mcm Pas-bila bertentangan pendapat skit-bertengkar tak hingat-sama2 sendiri

bertengkar mcm kawan tuh lebih teruk dr umno.cth lain- golongan konservatif yg

tak boleh berbeza pendangan akan selalu kutuk tabligh ler dan sbgnya..

sedangkan semua pihak ini ingin sebarkan islam dengan cara mereka

sendiri-sepatutnya dibiarkan ini tidak asyik mengutuk pihak yg tak sama dgn

kita...sama gak dgn kes wahabi ni..

itu pandangan saya dlm kes ini..