Wednesday, June 30, 2010

aku mahu bebas..

Sebotol minyak 2T berharga RM5.5o dan RM5 untuk petrol motosikalku. Aku hulur RM11 kepada budak kashier stesen minyak petronas itu.

"Bang, boleh isi minyak RM5.50 tak? Bagi cukup RM11 ni?" kata budak itu.

"Kenapa mesti aku ikut kata orang lain hanya untuk mengisi minyak motor aku sendiri? Mana kebebasan?" tanya aku. Budak itu tersengih kerang. Cepat-cepat aku bergurau dengan dia supaya dia tak salah anggap aku bersungut kepadanya.

"Untuk menentukan arah kita sendiri pun kadang-kadang ada pihak lain yang campur tangan demi kepentingan mereka dik."
Aku tak pasti budak remaja (lepasan tingkatan lima barangkali ) itu faham atau tidak.

Mengapa jadi begini? Aku mahu bebas, menghirup udara segar, teguh tanpa ada pengeruhnya.
menikmati dingin sungai seperti dewa air..
dan bercumbu dengan sang cahaya di puncak kamaliah..

jangan kacau aku...

10 comments:

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

bergembiralah w.cup pun cuti... gua tak doa sama lu bro

benludin said...

pi la berkelah ke lata jarum...

aku said...

lu bikin gua sayu bro..

WanBeruas said...

Salam..aku setuju sangat dengan ayat kamu nih..Kalo dengar cakap orang penyudahnya kita akan telanjang..kerana memang itu yang mereka mahu..dan gambar paling bawah cukup menyentuh hati...

AloyCaricature said...

lawa gambar pokok diatas tu.mana ko curik haa?

kulupSakah said...

bini gua fotografer heebat bro..gua tacap sikit je

Anonymous said...

aku suka gambar yg bawah sekali tu... tak ternilai.

Resume Writing said...

CV Writing:This is really my very first time here, great looking blog and also I exposed so many interesting things inside your blog particularly its discussion. From all the remarks in your articles and it appears such as this is often a very popular website. Keep up the truly wonderful work. I be fond of your blog,

Term Papers said...

Absolutely beautiful, amazing pictures. Well done.

Term Papers said...

Marvelous place, really exciting one. Beautiful overview. Thank you for the great job done.