Sunday, July 10, 2011

BERSIH2.0: Catatan mamat penakut...

aku sekeluarga masuk kota KL ketika orang muslim sedang makan pisang di masjid sebelum khutbah. hujan lebat tapi perjalanan lancar menuju hotel kelas kambing jalan chow kit. turut menuju ke arah yang sama ummu asiah dan suami, abang bad dan anas.
check in. tak puas hati kedudukan bilik yang tidak menghadap jalan, kami meminta tukar ke bilik lain. Dapat. Seorang lelaki bermisai menyapa menyatakan dia juga menginap di hotel itu. Aku mengambil sikap tidak melayan sangat orang yang tak dikenali.
Sekitar jam 3 petang kami keluar ke Pertama mencari makan tengah hari. Jalan sangat lengang tetapi di kompleks membeli-belah masih ramai. Orang masih bekerja.
Balik ke hotel, Sham dapati dompetnya tertinggal di rumah. Arghhh!!! Aku dah tak mahu keluar semula kerana malas bertembung kesesakan jalan semula waktu nak masuk KL nanti. Aku dapatkan LRT, kemudian berebut-rebut naik komuter yang penuh sesak dan naik teksi. Ambil barang dan dengan teksi yang sama aku ke stesen komuter semula. Dari dalam teksi, radio mereka menyatakan jalan di Cheras dan mana-mana nak masuk KL sesak teruk kerana road-block. Pemandu teksi merungut.
"Padan muka 91 orang tu tak boleh masuk KL. Gatal sangat nak buat demo. Buat susah je...patutke demo ni?" tanya drebar teksi tu.
Aku menggunakan kesempatan itu membelasah habis tentang kepincangan pilihanraya dan dia akhirnya mengaku.
"Betul, kawan saya budak Melaka kata dia diupah rm500 dulu mengundi di Kelantan dan balik semula ke KL mengundi lagi."
"itulah sebabnya kami berdemo" jawab aku.
Aku menaiki komuter. Punyalah jakun dah lama tak naik komuter aku termasuk koc wanita. Patutlah semua perempuan je...aku sorang je ada punai. Ceh!
Sampai stesen berikutnya aku masuk gerabak belakang. Hihiii..nasib baik aku tak dicabul.
Aku membeli makan malam untuk Sham dan keluarga Ummu Asiah. Jalan terus lengang. Ada beberapa kumpulan di sana-sini. kami pandang-memandang mungkin sukar mengagak kawan atau lawan.
Aku sudah letih sebab bersesak-sesak tadi. Lepas makan aku tidur dengan anak-anak. Sham dan keluarga Ummu Asiah ke bangunan Pas. SB penuh di tepi-tepi jalan. Laptop terus aku on untuk meninjau perkembangan di fb dan twitter.
Isham Rais sms - SB geledah hotel-hotel untuk cek nama-nama yang disyaki. waspada! Sial! Aku juga nampak di twitter, Chegubard punya status: SB cari dia tapi tersalah bilik. Chegubard tulis lain tapi masuk bilik lain. "jumpa kamu besok di Bersih" bakar Chegubard di statusnya. Budak-budak Srikandi Keadilan yang buat program di Hotel Brisdale juga khabarnya diganggu polis.
Mampus! Ummu Asiah dan kami menjadi paranoid. Psikologi terganggu walhal bukan tak biasa keadaan begini. Baju kuning menjadi beban, mahu dibuang atau disorok?
Receptionist mengaku SB telah datang meminta senarai nama penyewa sebentar tadi. Kemudian malam itu tidur kami tak lena sebab terdengar suara orang borak-borak di luar bilik.

......................................

Pagi Sabtu kami turun bersarapan. Jalan amat-amat lengang. Kami bergambar baring-baring di jalan. Abang Bad ambil kesempatan mengambil foto-foto senario ini.
"Pimpinan Pas sms suruh kita check out sebab dikhuatiri polis akan tangkap rambang di hotel-hotel." kata Ummu Asiah. Macam David Banner kami lari, check out menyusuri Jalan Raja Laut mencari ruang ke Brickfields.
Twitter rakan-rakan semacam kami tak percaya. Kata Zulhabri "2000-3000 sudah keluar di KTM. "
"Ye ke? Macam takde orang je..." Maju junction dibanjiri polis. Ketika itu berita Salahuddin Ayub dan Mahfuz ditangkap sudah keluar. Kawan-kawan yang tak datang sibuk sms dan telefon. Aku tak mau jawab. Datanglah woi! Buat hapa sms je? habislah kredit aku.
Lani, Amat, Intan,Pilin, Abang Rizal dan 2-3 orang lagi kawan dari kampung telefon mereka sudah di Taman Melewar dan akan memandu merempuh KL Sentral. Anak-anak muda dari geng Rimbabara Kajang yang tak pernah turun berdemo juga menelefon ondaway.
Kami sampai ke Brickfields. Orang punyalah ramai. KL Sentral macam sarang lebah.Polis sudah siap buat pondok di stesen minyak sementara crowd di stesen itu adalah orang-orang yang telah ditangkap. Aku melihat suasana tidak kondusif untuk Annisa dan An-Nur. Mereka menggila dan tangkap rambang. Tear gas dan water cannon boleh mencederakan anak-anak aku. Aku berundur dan hanya Sham saja merempuh KL bersama keluarga Ummu Asiah. Mereka menghantar laporan-laporan terkini untuk aku siarkan di fb dan twitter.
Aku bersama rakan-rakan akhbar Suara Keadilan- Nizam dan Fadli mengapdet berita-berita semasa. Ramai mengikutinya di fb dan twitter aku. Ada juga berita tak boleh pakai seperti Sidiqin ditangkap. Buat marah Tukartiub je kah kah!
Anwar dibedil, Hj.Hadi ditangkap, Azmin dan Khalid Jaafar kantoi, Fuziah Salleh pun sama. Izzah dan Dr.Dzul ditangkap tapi mereka blah sebab polis yang menangkap dok biaar je..
Sham dan Ummu Asiah beberapa kali ditahan polis tetapi mujur mereka dibebaskan. Orang tak putus-putus datang entah dari mana. Keretapi, LRT memuntahkan rakyat yang cintakan keadilan. Mereka dihambat, dipukul, ditembak, ditangkap - mereka berundur tetapi membentuk kumpulan lagi dan terus mara. Stadium Merdeka dipasang kawad. Gila!
Tembok kaum sudah runtuh, rakyat Malaysia tak kira apa bangsa bergabung menjadi satu kaum- kaum TERTINDAS yang bangkit melawan kum LANUN!
India Sentul dan Brickfields, Melayu Keramat dan Kerinchi, cina Petaling Street dan Jinjang sudah bersatu menyanyikan lagu rakyat. Lagu damai!
Kau orang lihatlah gambar ini di internet. Ia sejarah! Ia akan dikenang sampai bila-bila.
Aku gagal masuk ke dalam medan baru - dataran Maybank. Dataran Maybank ini sudah dilupakan kerana sewaktu era reformasi 98 di sinilah juga medan berkumpul dan hari ini tempat ini mencatat sejarah lagi.
Sham dan Ummu Asiah sampai sini. Mereka menghantar foto kepada aku. Puspa pun hantar dari sudut dia. Yap Weng Keong telefon melaporkan dari tempatnya. Melihat foto bulu roma aku meremang, dada aku bergoncang. Lautan rakyat! Lautan Rakyat! Aku dengar adik aku Najwan ditembak gas, Awang Lamun, adik tiri Sham ditangkap di KL Sentral dan Amat Tebu kawan kampungku membaca puisi demokrasi di Dayabumi dan menunjukkan punainya ke arah FRU. Tapi zip tak buka le...
Aku tak dapat masuk kerana aku menjaga Annisa dan An-Nur~ Dua puteriku yang menjadi mangsa kekejaman pemimpin rakus hari ini. Aku harap Tuhan faham...

23 comments:

Anonymous said...

pandai sungguh agenda dia .. buat kacau bilau nak elak 16 july.
Hanya pecacai bodoh mcm hang jaa yg kena tipu.. Pk lah kalau ada akal .. jgn letak kat pungkok..

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

gua sogo malam sabtu tu... madi di jamban ... semangat

kulupSakah said...

anonymous: kahkahkah!

brutal: tahniah! kitalah pejuang! Bukan budak pengomen kat atas tu kan? kan?

Men TheGreatEmperor said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Ada dua kaum saja di Malaysia. Kaum yg suka jubur dan kaum yang tak suka jubur..

Ayuh yang kena berjubur bangkit melawan kaki jubur ..

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

salam bro
yep
benda bab tak boleh berhujah ni..memang bagi kat puak puak tu (anon)

Cikli said...

gua berani gelak je sebab takleh berhujah kah kah kah

Anonymous said...

"anon July 12, 2011 4:47 AM
Ada dua kaum saja di Malaysia. Kaum yg suka jubur dan kaum yang tak suka jubur..

Ayuh yang kena berjubur bangkit melawan kaki jubur .."

rupa2nya kau kena jubor... alahai kesian.. pada muka koyak jubor ko. suka sangat berjubor

"aidono"

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...
This comment has been removed by the author.
b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

kalau anon atas sekali (July 12, 2011 12:24 AM ) boleh berhujah pasti berani letak nama atau blog..jangan salah paham cikli heee hee

Anonymous said...

Bro,

1.Ko ni fanatik betul.Apa yang ko marah sangat dengan kerajaan dan SPR tu sebenarnya sama je. Bila puak ko memerintah nanti pun 2x5 je samanya perangai.

2.Ini politik banyak busuk lak bro.Untuk orang yang fanatik mcm lu bolehlah.Untuk mcm aku ni dan mungkin ramai yang didalam golongan senyap tahu sebenarnya baik kerajaan BN mahupun korang yang dalam puak pembangkang samanya 'cibai' 2x5 menyusahkan orang tak kesudah.

3.kerajaan yang sekarang kita tahulah kesalahan dan kesilapan diorang.Dan kita juga tahu kebodohan dan ketamakan nak rebut kuasa yang korang perjuangkan.Bila dah berkuasa korang pun sama pukimak juga.

4.Siapa tak kenal pemimpin-pemimpin yang ada sekarang ni baik dalam kerajaan mahupun dalam pembangkang..semua sebab kuasa,pangkat, wang ringgit dan lain-lain..Yang nampak suci luaran macam ko,pak samad dan beberapa kerat tu.Tapi dalaman aku tak tahulah suci ketak..itu kerja tuhan je.

5.Yang aku bertambah benci dengan korang ni bila saling mempergunakan antara satu sama lain dan menyusahkan pulak orang lain yang tak terbabit semata-mata nak penuhi cita-cita politik korang. Lancau tok nenek korang lah.

6.Pi buatlah demontrasi kat zoo atau hutan belantara tu..pi bakar hutan ke, lonta bom molotov kotey kat haiwan-haiwan ke..menyusahkan orang.

7.Yang kerajaan pun satu..aku rasa elok serah je tampuk pemerintahan ni kat diorang..senang kita tengok bagus sangat ke..

8.Aku andaikan kalo pembangkang memerintah mungkin ko tutup blog ko ni.Mungkin ko dapat jadi B.guard Anwar,Chegu bard,Lim kit siang, dan lain-lain..jadi setiausaha akhbar atau majalah ke..penulis cerpen dan kartun harian di mana-mana arus perdana,huuhuu..huuu..cepat kaya...

9.Lu pun sama lah bro dengan puak2 UMNO tu..hati ko tu aku boleh rasa sampai dalam cuma tak nampak jee..Tapi sebab ko menderita banyak..jadi ko memberontak tak tentu pasal cari salah orang lain..Jahanam lah negara Malaysia ni dengan wujudnya puak macam korang yang utamakan politik tak sudah.

10.bab taktik PRU ni..bila korang berkuasa pun korang pusing macam keling juga.Korang tukar pengerusi SPR pastu dia pun sondol botot juga ikut tuan dia..sama 2x5..hhaaa...

11.seluruh keturunan aku akan sumpah sesiapa yang terlibat dengan pencetus rusuhan dan mencabar keamanan yang ada.tak kiralah kerajaan apa pun yang berkuasa dan yang jadi pembangkang.Keturunan aku adalah pencita keamanan.bukan pengkejar kuasa,pangkat,harta politik macam korang..

12.Faham...kah..kah..kah...

anon tanpa nama-ikhtiar selagi bernyawa.

p/s-tak ada blog/twitter tak semestinya takut berhujah..tapi tak ada banyak masa melayan puak2 membuang masa mempergunakan medium elektronik menghancurkan negara,memporakperandakan keharmonian,mencetus rusuhan,menyusahkan orang,mengumpat sana sini,memecahbelahkan rakyat..banyaklah kesan negatifnya melainkan digunakan utnuk tujuan kebaikan.
macam blog ko ni lebih kepada pemberontakan hati yang telah dihitamkan oleh Allah untuk mencabar lumrah kehidupan manusia dijalan yang salah.Lebih baik ko join haron din, memberontak tapi fokus pada jalan Allah..silap-silap ramai yang tak sembahyang hari tu.mana berkatnya perjuangan korang bro??????bongok..

Johor Antique Strores said...

To July 12, 2011 8:30 PM
Bravo bro...tepat sekali..lu orang tengok obama,apa lancau cerita.belum dapat,puki punn bau wangi le,dah dapat kencing pun tak cebok..lu tengok mesir,sempadan ke gaza pun tutup lagi,ni gua baca pun nak berdemo lagi.jangan cerita pasal bersih le,lu dapat,lu buat sama juga.
Lu buat orang macam ni,orang akan buat yang sama pada lu orang.lu tengok indon,reformasi konon,hujung ujung diaorang kena balik..hahaha..bodoh!
Bro,selagi manusia ni punya nafsu dan x pakai otak,lu orang jangan mimpi le nak hapus rasuah ke,pilihanraya bersih ke,apa ke..
lu boleh jamin kalau pr naik bende bende ni terhapus?..mimpi le lu atas jalanraya tu.polis yang lu anjingkan tu le yang akan lu kudakan pulak.
lu jangan sembang lah kita akan demo lagi kalau PR buat bende yang sama dengan BN..itu jawapan mmg tahap pecah tetuban bro..
Bro,gua ikhlas nasihatkan lu lah bro,apa pun alasan lu,anak dan istri lu x payah le bawak sekali,cukup la diaorang support lu dari rumah.surh diaorang doa untuk lu banyak banyak.kenapa nak judikan nasib amanah tuhan pada kita.kan naya kalau apa apa terjadi kat diaorang..lu boleh nyalak salahkan polis ke apa ke suruhanjaya apa ke tp damage is done bro..yang sakit nanti lu jugak.Lu jangan cerita pasal itu jihad bro kalau lu tak tau usul jihad tu sendiri.
bro,lu jangan cerita harap tuhan paham lu la,lu ada paham tuhan ka?

Nama aku:
-aku-

Anonymous said...

Standard jawapan skema anon 8.30 & TeLaGi...UMNo/BN totok tapi nyamar neutral...kah kah kah...

Awang Nyok

kulupSakah said...

kah3...siann!

Anonymous said...

Buat lagi lah Bersih3.0 .. george soros sedia membantu .. orang2 bawah pecacai mcm sikulup ni tak tau apa .. dia menghalalkan semua cara.. di perbodohkan oleh ALJUBURI ..

Kali ini lebih lumayan.. RM400 dgn baju kuning selai. Boleh lah himpun 3 juta rakyat.

kulupSakah said...

yahooooooo, bestnya. dapat duit lagiii!!! boleh beli cincin rm24juta macam awek gemuk tu..

Anonymous said...

Bro & Awang Nyok,

1.Aku neutral pun boleh, dalam PR pun boleh, dalam UMNo pun boleh semua boleh..sebab 1 malaysia maaa..hee..heee..

2.yang penting tak buat kerja bodoh angkut anak bini sedamara pi buat demontrasi.tak ada hasil dan kebaikan langsung melainkan untuk segelintir politikus je.guna akal lah tak akan anak2x yang tak sedar apa tu pun ko angkut juga.tak kan ko nak tengok anak2x bro kulup ni bila besar nanti pun dia buat demontrasi gak sebab dah biasa dari kecil.dah ada pengalaman.mana tau masa tu giliran puak korang pulak meminpin negara,masa tu anak bro kulup pulak lawan guna demontrasi.tak nak bersurai tangkap masuk ISA..heee...heee..dunia jadi terbalik plak..

3.Awang nyiok syok je sepakat dengan bro kulup.nasib anak dia ko peduli apa ye tak??bagi nasihat bila tiba demontrasi suruh bawak anak pi makan angin ke,pi taman ke, pi buat terapi ke,bawak pi umrah/haji ke mohon pertolongan dengan lebih dekat pada Allah,bawak pi balik kampung buat kenduri dengan tok nenek ke..banyak lagi benda berfaedah.

4.ada ke bawak pi demontrasi.adoyai...lembap betul pemikiran korang.yang syok bila ramai2x tu dah tentulah pemimpin atasan dan penganjur.dia bukan tau nasib korang pun.paling totok pun datang ziarah bagi seratus dua jee.heeee..hee.yang meninggal kat demontrasi itu hari lagi lah tak dapat apa..mati katak jee..

5.Bila nak cerita kat orang bapak kamu mana? bapak saya mati masa buat demontrasi bersih 2.0 menuntut PRU yang bersih lagi adil..kaahhh..kaahhh.kaaahhh..

6.Tak pernahnya kerajaan ni bersihnya baik kerajaan UMNO mahupun kerajaan PR dinegeri-negeri.Nak adil lagilah jauuuhhh..Parti keadilan pun tak boleh adil,suami isteri 1,2,3& 4 lagi lah susah nak adil, orang ada anak 1,2-10 lagi mampus nak jadi adil..

7.cerita pasal bersih??lagilah apa yang bersihnya sebab muka yang buat demontrasi tu pun belum tentu bersihnya.yang tak mandi wajib,berak kencing tak basuh..(mana bersihnya)??

8.Hujah standard bro kulup..."kah..kah..kah..kesian"..maklumlah penulis katakan..kesian kat diri ko tu dan keluarga dulu.barulah kesian kat orang lain.

9.Aku yang mati tu aku tak kesian pun..yang dah mati tu nak buat macam mana..dah mati.cuma cara mati tu sebab perjuangkan agenda Ambiga India yang pernah menggugat agama islam..ishhh..minta dijauhkan..yang kes bawak anak2x ni.apa nak jadi???

anon tanpa nama-ikhtiar selagi bernyawa.

Anonymous said...

Guan mmg atas pagar awang nyok..gua undi PKR masa PRU12.sbbnya gua nyampah ngan Dato Shahril..lembab..Lu check le sendiri parlimen mana tu..
tapi,lu lu punya hal lah..gua ikut suka gua lah..ada masa gua undi Bn,ada masa gua undi Pas..gua ikut sapa ok.gua ikut le sapa yang ramah..mana boleh totok bro...tertiarap le..tapi sendiri mau ingat le,yang ramah tamah tu pun x sempurna..

-telagi-

Anonymous said...

Anonymous kulupSakah said...

yahooooooo, bestnya. dapat duit lagiii!!! boleh beli cincin rm24juta macam awek gemuk tu..

Kulup oh kulup bingai .. kenapa lah hg terlalu bodoh sangat ...

Baca sat artikel dibawah ...

http://www.papagomo.com/2011/07/syabas-chegubard-atas-pendedahan-cincin.html

kulupSakah said...

kesian pecacai ni, blog sendiri takde, dok nyelit kat sini..kah3..

Anonymous said...

kulupSakah said...

kesian pecacai ni, blog sendiri takde, dok nyelit kat sini..kah3..

kenape .. aku punya selit tak geli ke ... kalu mcm tu bagi lah kat Aljuburi .. kah3..

kulupSakah said...

kepala kau asik ingat jubur je kan? kah3...

Anonymous said...

msti lah ..kau pon suka jugak kan ..