Friday, July 29, 2011

antara aku dan Dino


entah dari mana dia datang aku tak tau. tau-tau dia muncul depan kedai kami. keletahnya bijak dan manja, tubuhnya besar dan bersih, belangnya seperti harimau. tetapi misainya digunting~ kata kawanku, kalau kucing dibuang tuannya, misai akan digunting untuk mencegah kucing itu pulang semula. ada loceng di lehernya. kami bukan pencinta kucing, tapi entah kenapa aku dan Sham terpikat dengannya.
"kalau esok dia ada lagi, kita bawa balik," kata Sham.

Esok dia tetap ada. Kami bawa dia balik. Aku namakan dia Dino. Kenapa Dino? Nanti aku ceritakan. Di lorong belakang rumah kami sebenarnya banyak kucing liar. Ada juga kucing yang bertuan. Sejak kehadiran Dino, aku selalu dengar kucing-kucing ini bergaduh dengan dia. Aku selalu risau dan akan turun meninjau apabila mendengar bunyi pergaduhan. Ya! Kucing-kucing lorong memang samseng. Aku selalu melihat samseng ini berdepan dengan Dino dan membuat bising mengajak Dino bergaduh. Anehnya Dino hanya diam dan bermuka manis. Tetapi tidak juga tunduk. Dia menegakkan badannya dan tubuhnya yang besar tinggi itu meletakkan musuhnya kelihatan kecil.

Dino tidak garang, dia hanya diam tegak dan tidak tunduk. Aku rasa kami dengan Dino 'sejiwa' dengan sikap itu.
Selamat datang ke dalam keluarga kami Dino!

8 comments:

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

gua harap dino berani berhujah dengan baik. jika berhujah pun dino ada nama. gua salut dino tak bising bising ..kata orang barang baik tak perlu kata kata indah

Anonymous said...

tapi aku musykil laa napa brader bagi nama macam playboy anak si menteri rogol amah tu??hahaha

kulupSakah said...

brutal,
penghujah tanpa nama tu 'pecacai' namanya.

anon,
akan aku ceritakan satu hari nanti haha

Anonymous said...

kulupSakah said...

brutal,
penghujah tanpa nama tu 'pecacai' namanya.


Betul kata Si Kulup ' pecacai ' ~~ PECACAI DAPigs Kafir Harbi .. menunggu masa utk menelan hidup2

Anonymous said...

Masuk hospital .. semua sakit ... bala dan musibah akibat mulut yg sentiasa penuh dgn sampah sarap.

Anonymous said...

Semalam aku baca blog2 Pro Pakatan Reput pu**mak .. Depa ni semua orang yang mengaku Islam ..

Semalam riuh rendah kononnya seorang PATI dapat taraf warganegara dalam masa 4 jam. Apa lagi .. blog2 pro pakatan reput pon bukan main nak rak .. macam perang dunia ketiga ... kecoh satu dunia mengutuk kerajaan ... kalau nak tahu .. sila baca apa yg si bengap bengong blogger2 pakatan reput tulis di blog mereka. Aku pon malas dah nak hurai panjang lebar..

Dalam bulan puasa pon nak menipu .. isk isk isk ..Macam ni org Islam .. Blogers pro umno mula dedahkan penipuan mkini.
bukan setakat dedah.
malah semuanya terus dibogelkan kerana menipu rakyat hidup2 .. kan dah kantoi !!


Berita lanjut ::
http://gerakan-anti-pkr.blogspot.com/2011/08/kantoi-of-year-mkini-sahkan-azmin-ali.html

Kakzakie Purvit said...

Walau misai telah digunting tidak semestinya "Dino" tidak punya deria bau. Dia ada hidung. Kakak percaya 'Dino" akan bangun menentang juga satu hari nanti kalau selalu sangat diasak kucing jalanan yg selalu mencabar itu...

Anonymous said...

selalunya kucing jalanan adalah kucing sampah masyarakat. Brkeliaran d lorong2 gelap tanpa tujuan kerana mengalami masalah mental yg amat kritikal. Kurang didikan dan hanya mampu utk brtindak dlm kelompok ramai tnpa tahu maksud dn tujuan .. main redahh je .. maklom lah kucing tak ada AKAL.
Kucing yg berkurap lagi lah asik nak menyondol tk kira lelaki atau ppuan. Adakala brgaduh sesama sendiri kerana berebut nk jadi ketua. kucing ini sebenarnya bukan di aniaya atau terbiar tetapi kucing ini dalah dari spesis haiwan yg sering membuang najis merata2 tempat dan menyusahkan yg lain.