Cara memesan buku SURAT UNTUK ANAK

Cara memesan buku SURAT UNTUK ANAK
dapatkan!

Friday, July 29, 2011

antara aku dan Dino


entah dari mana dia datang aku tak tau. tau-tau dia muncul depan kedai kami. keletahnya bijak dan manja, tubuhnya besar dan bersih, belangnya seperti harimau. tetapi misainya digunting~ kata kawanku, kalau kucing dibuang tuannya, misai akan digunting untuk mencegah kucing itu pulang semula. ada loceng di lehernya. kami bukan pencinta kucing, tapi entah kenapa aku dan Sham terpikat dengannya.
"kalau esok dia ada lagi, kita bawa balik," kata Sham.

Esok dia tetap ada. Kami bawa dia balik. Aku namakan dia Dino. Kenapa Dino? Nanti aku ceritakan. Di lorong belakang rumah kami sebenarnya banyak kucing liar. Ada juga kucing yang bertuan. Sejak kehadiran Dino, aku selalu dengar kucing-kucing ini bergaduh dengan dia. Aku selalu risau dan akan turun meninjau apabila mendengar bunyi pergaduhan. Ya! Kucing-kucing lorong memang samseng. Aku selalu melihat samseng ini berdepan dengan Dino dan membuat bising mengajak Dino bergaduh. Anehnya Dino hanya diam dan bermuka manis. Tetapi tidak juga tunduk. Dia menegakkan badannya dan tubuhnya yang besar tinggi itu meletakkan musuhnya kelihatan kecil.

Dino tidak garang, dia hanya diam tegak dan tidak tunduk. Aku rasa kami dengan Dino 'sejiwa' dengan sikap itu.
Selamat datang ke dalam keluarga kami Dino!

Wednesday, July 27, 2011

salut untuk anak jantan!

Foto ini akan kekal menjadi sejarah. Anak muda yang berani bertentang mata menyuarakan pendapat di hadapan penguasa yang zalim. Inilah anak muda yang sayangkan negara. Adat pendekar, berpakaian pendekar di gelanggang musuh, bukan menjadi musang berbulu ayam. Masuk kandang orang pakai macam musuh sebab penakut. Ini jantan. Kuning adalah musuh mereka dan pendekar mencabar musuh dengan warna yang mereka takut. Ini berani!
Tabik spring untuk kawan-kawan aku sejak era reformasi. Dibeduk, dilokap, disingkir dari Universiti tapi hari ini tetap berdiri. Bukan kemasyhuran yang dicari.
Salut untuk
Zaki Yamani - yang makin berisi badan tetapi akal tak pernah kosong
Zulfikar - nama pun sama dengan nama pedang Rasulullah s.a.w "pedang dua mata". Kawan yang menggantikan 'kerusi' aku di Kajang.
Rozan - Mat skema rambut berminyak dan berpakaian tak pernah kedut, sentiasa bergosok. Smart tapi hati waja.
juga anak muda lain yang turut ditahan.

Anak muda penggoncang dunia!


Friday, July 22, 2011

selamat hari lahir PM Najib

hari ni 23 julai Selamat Hari Lahir PM Najib. Moga sehat sejahtera.
tapi kami LAWAN TETAP LAWAN

kirim salam sama isteri. Cincin yang lari cukai tu masih simpan ke? Masa chegubardbuat report apasal tetiba sistem di jabatan kastam 'down' dua jam?
kih kih kih!

Selamat hari lahir! Kirim salam kat William Bourdon, lawyer perancis yang handle kes scorpene tu. kenapa halang dia masuk Malaysia? Takut pecah lobang? hahaha! ini zaman fb dan tweeter. paper online pun banyak . bukan zaman telegram, rtm, tv3 dan utusan.
pecacai bangang bolehlah kencing....

Allah selamatkan kesihatanmu!

Monday, July 18, 2011

untuk budak bangang!

entry ini untuk kawan-kawan umnoku yang bodoh macam kuali burger: sibuk korang kata PR ikut Ambiga kafir, Najib jumpa pope kapir minta nasihat tentang permasalahan dunia tu kira camana lak? apsal senyap?

Sunday, July 17, 2011

Dr Lo'lo...

beberapa tahun dulu, di rumah terbuka hari raya Dato Seri Anwar Ibrahim di Bukit Segambut, ketika kami sekeluarga sedang berjalan masuk- dia mahu pulang. Dia mengejar kami dan mahu bergambar dengan kami. Kami terkejut. Kami orang kecil, sepatutnya kami yang nak bergambar dengan dia, tapi terbalik. Dia sudah pergi hari ini. Dia arwah Dr Lo'lo.




Saturday, July 16, 2011

mencari Melayu

hari ini ahad hingga khamis aku akan berada di melaka. mencari melayu. mencari kesultanan melayu yang hilang. mencari pencipta slogan " 'ta' melayu hilang di dunia" sedangkan dia sendiri hilang. mungkin ke alam sufi.

kalau kenal aku dan terserempak di sana, sila belanja aku asam pedas.

Friday, July 15, 2011

suratan atau kebetulan?

lalala..
sila tengok gambar di atas sambil 'Suratan atau kebetulan' Kenny remy martin jadi lagu latarnya.

Thursday, July 14, 2011

dubuk

idea asal: Sham

gambar A
gambar B


samakan? dua-dua dubuk sedang membaham.

Wednesday, July 13, 2011

bahalolisme yang melampau.

Umno - pemimpin dan pengikutnya macam demam cempera. serba tak kena. berhujah dari sudut apa pun kantoi. kebangangan yang melampau-lampau, kebodohan yang melantun-lantun.

hujah bodoh yang biasa dilabunkan - Puak kafir tunggang islam dalam PR. Guan Eng kafir, Ambiga kapirlahh..
Tapi... kapir MCA yang sebat duit pkfz, kafir estet presiden mic sebat saham maika takde ape..
berhujah lagi - Anwar pandai sandiwaralah..Anwar disokong Yahudilah...
weii! Dah ada TV dan suratkhabar pun tak boleh lawan Anwar sorang tu ke??? Apa yg menteri penerangan buat? kahkahkah!
Haa..kerugian demo hari tu berjuta2lahhh...pelancong larilahh!
aikkk? kerugian rm500juta duit rakyat sebab bayar komisyen kapal selam kat kroni takde ape? cuba baca suratkhabar perancis, kat sana dah jalan dah kes ni.
apa? hanya utusan je yang betul? suratkhabar lain semua dengki kat malaysia? aljazeera dengki, BBC dengki, CNN dengki..
rtm je yg baguih..
kahkah!

ingatlah:
menjadi bodoh tak salah, yang salah menunjukkan kebodohan dan berfikir yang orang lain pun bodoh sama macam diri kamu.
*mujurlah aku cerdik

Tuesday, July 12, 2011

mangkuk-mangkuk hayun.

Perhimpunan bersih 2.0 yang berjaya membuatkan penyokong parti rasuah sasau dan cuba menafikannya dengan mengubah alih isu ke arah lain. hujah bangang mereka gagal termasuklah ulama dan profesor bahalol yang mencari nasi dengan membodek dan menyembah perasuah gagal meyakinkan rakyat.
Lalu keluarlah ayat-ayat Quran dari mulut busuk mereka tentang buruknya orang Islam memilih pemimpin kafir. tu nak sindir Ambigalah tu.
tu jelah yang otak udang depa boleh fikirkan?

apa yang kamu faham tentang 'kafir'?
berapa jenis kafir?
apakah orang Islam takde yang 'kafir'?

Ayat tu menyuruh memilih pemimpin mukmin.
apa beza muslim dengan mukmin?
mukmin tak membohong, merasuah, merogol, meraba dan takut bini.
tu jelah, malas nak cerita banyak. cuma hayati info di bawah:-
taukah anda proses pembesaran seekor chimpanzee sama dengan seorang bayi sehinggalah berumur dua tahun. selepas tu bayi jadi manusia biasa dan chimpanzee jadi chimpanzee. kecualilah beberapa profesor dan ulama terus menjadi chimpanzee sehingga hari ini
penyokong rasuah pulak dari kecik sampai mampus adalah monyet dogol.kih kih

Sunday, July 10, 2011

BERSIH2.0: Catatan mamat penakut...

aku sekeluarga masuk kota KL ketika orang muslim sedang makan pisang di masjid sebelum khutbah. hujan lebat tapi perjalanan lancar menuju hotel kelas kambing jalan chow kit. turut menuju ke arah yang sama ummu asiah dan suami, abang bad dan anas.
check in. tak puas hati kedudukan bilik yang tidak menghadap jalan, kami meminta tukar ke bilik lain. Dapat. Seorang lelaki bermisai menyapa menyatakan dia juga menginap di hotel itu. Aku mengambil sikap tidak melayan sangat orang yang tak dikenali.
Sekitar jam 3 petang kami keluar ke Pertama mencari makan tengah hari. Jalan sangat lengang tetapi di kompleks membeli-belah masih ramai. Orang masih bekerja.
Balik ke hotel, Sham dapati dompetnya tertinggal di rumah. Arghhh!!! Aku dah tak mahu keluar semula kerana malas bertembung kesesakan jalan semula waktu nak masuk KL nanti. Aku dapatkan LRT, kemudian berebut-rebut naik komuter yang penuh sesak dan naik teksi. Ambil barang dan dengan teksi yang sama aku ke stesen komuter semula. Dari dalam teksi, radio mereka menyatakan jalan di Cheras dan mana-mana nak masuk KL sesak teruk kerana road-block. Pemandu teksi merungut.
"Padan muka 91 orang tu tak boleh masuk KL. Gatal sangat nak buat demo. Buat susah je...patutke demo ni?" tanya drebar teksi tu.
Aku menggunakan kesempatan itu membelasah habis tentang kepincangan pilihanraya dan dia akhirnya mengaku.
"Betul, kawan saya budak Melaka kata dia diupah rm500 dulu mengundi di Kelantan dan balik semula ke KL mengundi lagi."
"itulah sebabnya kami berdemo" jawab aku.
Aku menaiki komuter. Punyalah jakun dah lama tak naik komuter aku termasuk koc wanita. Patutlah semua perempuan je...aku sorang je ada punai. Ceh!
Sampai stesen berikutnya aku masuk gerabak belakang. Hihiii..nasib baik aku tak dicabul.
Aku membeli makan malam untuk Sham dan keluarga Ummu Asiah. Jalan terus lengang. Ada beberapa kumpulan di sana-sini. kami pandang-memandang mungkin sukar mengagak kawan atau lawan.
Aku sudah letih sebab bersesak-sesak tadi. Lepas makan aku tidur dengan anak-anak. Sham dan keluarga Ummu Asiah ke bangunan Pas. SB penuh di tepi-tepi jalan. Laptop terus aku on untuk meninjau perkembangan di fb dan twitter.
Isham Rais sms - SB geledah hotel-hotel untuk cek nama-nama yang disyaki. waspada! Sial! Aku juga nampak di twitter, Chegubard punya status: SB cari dia tapi tersalah bilik. Chegubard tulis lain tapi masuk bilik lain. "jumpa kamu besok di Bersih" bakar Chegubard di statusnya. Budak-budak Srikandi Keadilan yang buat program di Hotel Brisdale juga khabarnya diganggu polis.
Mampus! Ummu Asiah dan kami menjadi paranoid. Psikologi terganggu walhal bukan tak biasa keadaan begini. Baju kuning menjadi beban, mahu dibuang atau disorok?
Receptionist mengaku SB telah datang meminta senarai nama penyewa sebentar tadi. Kemudian malam itu tidur kami tak lena sebab terdengar suara orang borak-borak di luar bilik.

......................................

Pagi Sabtu kami turun bersarapan. Jalan amat-amat lengang. Kami bergambar baring-baring di jalan. Abang Bad ambil kesempatan mengambil foto-foto senario ini.
"Pimpinan Pas sms suruh kita check out sebab dikhuatiri polis akan tangkap rambang di hotel-hotel." kata Ummu Asiah. Macam David Banner kami lari, check out menyusuri Jalan Raja Laut mencari ruang ke Brickfields.
Twitter rakan-rakan semacam kami tak percaya. Kata Zulhabri "2000-3000 sudah keluar di KTM. "
"Ye ke? Macam takde orang je..." Maju junction dibanjiri polis. Ketika itu berita Salahuddin Ayub dan Mahfuz ditangkap sudah keluar. Kawan-kawan yang tak datang sibuk sms dan telefon. Aku tak mau jawab. Datanglah woi! Buat hapa sms je? habislah kredit aku.
Lani, Amat, Intan,Pilin, Abang Rizal dan 2-3 orang lagi kawan dari kampung telefon mereka sudah di Taman Melewar dan akan memandu merempuh KL Sentral. Anak-anak muda dari geng Rimbabara Kajang yang tak pernah turun berdemo juga menelefon ondaway.
Kami sampai ke Brickfields. Orang punyalah ramai. KL Sentral macam sarang lebah.Polis sudah siap buat pondok di stesen minyak sementara crowd di stesen itu adalah orang-orang yang telah ditangkap. Aku melihat suasana tidak kondusif untuk Annisa dan An-Nur. Mereka menggila dan tangkap rambang. Tear gas dan water cannon boleh mencederakan anak-anak aku. Aku berundur dan hanya Sham saja merempuh KL bersama keluarga Ummu Asiah. Mereka menghantar laporan-laporan terkini untuk aku siarkan di fb dan twitter.
Aku bersama rakan-rakan akhbar Suara Keadilan- Nizam dan Fadli mengapdet berita-berita semasa. Ramai mengikutinya di fb dan twitter aku. Ada juga berita tak boleh pakai seperti Sidiqin ditangkap. Buat marah Tukartiub je kah kah!
Anwar dibedil, Hj.Hadi ditangkap, Azmin dan Khalid Jaafar kantoi, Fuziah Salleh pun sama. Izzah dan Dr.Dzul ditangkap tapi mereka blah sebab polis yang menangkap dok biaar je..
Sham dan Ummu Asiah beberapa kali ditahan polis tetapi mujur mereka dibebaskan. Orang tak putus-putus datang entah dari mana. Keretapi, LRT memuntahkan rakyat yang cintakan keadilan. Mereka dihambat, dipukul, ditembak, ditangkap - mereka berundur tetapi membentuk kumpulan lagi dan terus mara. Stadium Merdeka dipasang kawad. Gila!
Tembok kaum sudah runtuh, rakyat Malaysia tak kira apa bangsa bergabung menjadi satu kaum- kaum TERTINDAS yang bangkit melawan kum LANUN!
India Sentul dan Brickfields, Melayu Keramat dan Kerinchi, cina Petaling Street dan Jinjang sudah bersatu menyanyikan lagu rakyat. Lagu damai!
Kau orang lihatlah gambar ini di internet. Ia sejarah! Ia akan dikenang sampai bila-bila.
Aku gagal masuk ke dalam medan baru - dataran Maybank. Dataran Maybank ini sudah dilupakan kerana sewaktu era reformasi 98 di sinilah juga medan berkumpul dan hari ini tempat ini mencatat sejarah lagi.
Sham dan Ummu Asiah sampai sini. Mereka menghantar foto kepada aku. Puspa pun hantar dari sudut dia. Yap Weng Keong telefon melaporkan dari tempatnya. Melihat foto bulu roma aku meremang, dada aku bergoncang. Lautan rakyat! Lautan Rakyat! Aku dengar adik aku Najwan ditembak gas, Awang Lamun, adik tiri Sham ditangkap di KL Sentral dan Amat Tebu kawan kampungku membaca puisi demokrasi di Dayabumi dan menunjukkan punainya ke arah FRU. Tapi zip tak buka le...
Aku tak dapat masuk kerana aku menjaga Annisa dan An-Nur~ Dua puteriku yang menjadi mangsa kekejaman pemimpin rakus hari ini. Aku harap Tuhan faham...

Friday, July 8, 2011

mari bersih KL

terkini 12.50pm - Sham, ummu asiah-suami dan anak ditahan polis tetapi dilepaskan. terus masuk ke medan juang! setakat ni 400 lebih dah ditahan. lebih banyak dari semua patriot + perkasa

terkini 12.00pm dari zulhab..

hey mambang kuning mambang perkasa mambang patriot...

row row row your boat...

the reincarnation of gautama buddha

malam 8 julai - KL

10mlm- makan di sebuah gerai di pinggir KL seorang diri. sekumpulan lelaki 40-50an dari timur tersenyum memandang aku. aku diam saja. kemudian datang lagi sekumpulan anak muda. mereka bersalam-salaman. sehaluan agaknya.
"awal sampai?" sapa seorang lelaki bermisai kepadaku sambil tersenyum. Aku mengangguk. "Tengok mamat tu. SB dia tu. Awal-awal lagi dia perli saya." kata lelaki itu. Aku tak jawab. Don't talk to stranger. Aku melangkah dan tak sampai beberapa meter, aku terserempak kawan sekolah rendahku. Dia kata dia bertugas memantau esok. Aku juga tidak banyak bercakap. Sekadar berbual biasa-biasa saja.
Aku mengunyah sirih yang sudah diadun oleh aci penjual sirih di tepi jalan. Bahang malam terasa.

Wednesday, July 6, 2011

HIKAYAT PENYAKIT KUNING


HIKAYAT PENYAKIT KUNING
oleh Ronasina

Alkisah bermula cerita di sebuah negeri bernama Malassiasia. Rakyatnya hidup berbilang bangsa, sengsara berduka di bawah konsep 1Merana. Kais pagi nak makan senja, kais malam nak bayar hutang keliling kepala. Tidak seperti Menteri Perdana, hidup mewah di dalam istana, beg tangan isterinya saja segudang banyaknya. Berbagai warna berbagai jenama, harganya sudah tentulah teramat istimewa. Tidak mengapa, beban cukai dihempapkan ke jemala rakyat jelata.
Inilah ceritera baru nak bermula, kisah Menteri Perdana yang gundah gulana. Entah apa petaka penyakit ganjil mula melanda. Tidaklah tahu bagaimana punca, bak kilat virus datang menyerang tubuhnya.

Menteri Perdana jatuh gering,
segala dilihat semuanya kuning
masuk tandas nampak kuning
tengok dinding warna kuning
kucing melintas berbulu kuning
sarapan telur setengah masak nampak kuning
pendek kata semua kuning
tidak ada yang tidak kuning
semuanya kuning belaka

Dalam keadaan gering yang semakin parah, Menteri Perdana tetap tak mahu kalah, depan pegawai dia tunjuk gagah, seolah-olah tiada masalah. Mesyuarat bersidang seperti biasa, untuk mengetahui perkembangan semasa, segala menteri melapor berita, untuk pengetahuan sang Menteri Perdana.

"Wahai Menteri Pertanian dan Tumbuh-tumbuhan! Bagaimanakah keadaan projek pertanian kita?" Soal Menteri Perdana. Menteri Pertanian tersengih kerang, mata yang layu tetiba terang, mujur laporan sudah siap dibentang, betul salah cerita belakang.

"Inilah laporan projek pertanian kita wahai Menteri Perdana yang sangat kami kasihi lagi disayangi. Ke semuanya sedang menjadi-jadi. Padi sudah masak dan sawah sudah MENGUNING......."

"Arghhhh!!! Jangan sebut kuninggg!! Beta tak boleh dengar...tubuh beta akan jadi seram sejuk dan perut memulas-mulas. Tolong teruskan tapi berhati-hati dengan perkataan.." jerit Menteri Perdana sambil menekan perut. Muka pula berkerut-kerut bagai diserang angin senggugut.

"err..ampun Menteri Perdana. Seterusnya juga projek tanaman durian, rambutan gading dan mangga harum manis di sebelah utara semuanya sedang masak meranum dan berwarna........"

"Jangan sebuutt warnanya. Beta tahu warna buah-buahan tersebut kuning. Arghh!" Kali ini Menteri Perdana jatuh berguling-guling sebab terdengar perkataan kuning yang beliau sendiri sebutkan. Tapi beliau kuatkan semangat dan bangun semula duduk di takhtanya. Isterinya yang bertubuh besar tidak sempat bangun sebab terlalu berat. Jika tidak, dia akan bangun mengangkat Menteri Perdana dengan tangannya yang gagah perkasa.

"Sudah! Menteri Pengangkutan pula bagaimana?" Tanya Menteri Perdana menahan sakit. Mulutnya tersebik-sebik.

Menteri Pengangkutan berdiri gagah membentang laporan. " Kenderaan-kenderaan awam kepunyaan kita banyak yang rosak. Kontraktor yang mengambil tender membaiki kenderaan kita sudah lari. Tapi jangan risau, patik akan mencari kontraktor yang lain dalam YELLOW Pages..."

Kali in bukan kepalang. Penyakit kuning semakin menerjang. Menteri Perdana tergolek terlentang, terdengar YELLOw matanya terbuntang. Bak disampuk mambang, isterinya juga tiba-tiba tumbang, menggigil tubuhnya bak ikan ternampak memerang. Jangkitan kuning tak dapat lagi dihalang.
Menteri Kesihatan pantas bangkit, berfikir mencari penawar penyakit. Virus mesti dibunuh cepat sebelum semua menteri juga mendapat. Seluruh pelosok negeri dicanang, diminta semua bomoh dan pawang, kalau handal silalah datang, ubatkan penyakit yang menyerang, segala hadiah dan ganjaran usahlah bimbang, lumayan gila bang!
Tapi entah apakah malang apalah dosa, sudah seribu tabib berusaha, semuanya sia-sia belaka, penyakit kuning tetap bermaharajalela. Menteri Perdana, isterinya dan seluruh menteri dalam istana sugul, hatinya masygul.

"Wahai Menteri Perdana jangan bimbang, masih ada peluang. Patik ada kenal seorang pawang. Dia bukan orang sembarang, dari timur dia datang. Nanti patik uruskang!" Kata Menteri Kesihatan. Menteri Perdana mengangguk setuju, nak bercakap sudah tak lalu, mentelah pula melihat isterinya terlantar macam paus biru.

Pawang Braheng menghadirkan diri. Berpakaian hitam segak sekali. Songkok dan keris sama tinggi. Menteri Perdana memandang sedikit geli. Bukan tak kenal sahabat lamanya ini, sama-sama mencari katak buat umpan mengail haruan dan keli. Perangai menipunya dulu semua orang tahu. Tapi Menteri Perdana tak peduli, sakit punya pasal Braheng pun jadi.
Pawang Braheng duduk mencangkung seperti katak di celah kangkung. Kemenyan dibakar setanggi dinyala, serapah jampi mula bergema.

"Huh! Dok leh jadi nih! Ni gara-gara tersampuk mambang kuning ni!" Rungut Braheng sambil lidah terjelir-jelir. Menteri Perdana dan isterinya terus jatuh terjelepuk. Menteri Kesihatan segera berlari dan berbisik di telinga Pawang Braheng, "Tolong jangan sebut perkataan 'kuning'. Dia alahan!"

Menteri Perdana tercungap-cungap, isterinya tersangap-sangap. Pawang Braheng meneruskan cakap. "Ambo buleh ubatkan ni denge syarat sediakan semangkuk pulut KUNING..."
Sekali lagi Menteri Perdana dan isterinya menggelepar. Bak kerbau tertelan selipar.
"Jangaaannnn!!!" Jerit isteri Menteri Perdana.
Menteri Kesihatan juga bertempik," Teruskan jampi dan mengubati Menteri Perdana dan jangan cakap apa-apa, nanti lain jadinya, bertambah parah pula."
Pawang Braheng tersipu kerana tak sedar perbuatannya menambah sakit Menteri Perdana dan isteri. Dia lalu tersengih menahan malu.

Kali ini tiada dapat dikawal lagi. Menteri Perdana tiba-tiba tegak berdiri sebelum jatuh mengancing gigi. Mulut berbuih-buih busuk sekali. Isterinya juga begitu, memandang Pawang Braheng menjerit seperti ternampak hantu. Tubuhnya yang besar menjadi lesu. Jatuh menghempap suaminya yang dah lama kaku. Kedua-duanya tak bergerak dan layu.
Seluruh isi istana menjadi gempar. Masing-masing terkejut besar. Pawang Braheng juga panik dan pelik, mengapa tiba-tiba kedu-duanya mati selepas melihat mukanya yang memang tak cantik.

apakah kesudahannya? dapatkan akhbar Suara Keadilan terbaru edisi 23 warna kuning!

Saturday, July 2, 2011

kekejaman ada tarikh lupusnya

KEKEJAMAN ADA TARIKH LUPUSNYA - A.SAMAD SAID, 2 julai 2010 di KLSCAH

Friday, July 1, 2011

sabtu malam esok!

jom ke sini wahai semua peminat kartun atau karya-karya humor tak kira anda ada parti atau takde parti ke sini malam esok. (sila tengok dengan mata kero poster di atas)

apa pasal aku ada di sana?
apa pasal aku pun berucap juga?
siapa aku?
adakah aku juga setanding dengan Nurul Izzah?
adakah aku sehensem A. Samad Said? (ehhh? apsal poster tu tulis a.samad ismail? kan ah arwah dah tokoh tu? ni mesti typo)

atau aku lebih cun dari Izzah dan janggut aku lebih hitam dari Pak Samad?
Jom tengok aku.
*jangan tengok Zunar..hehehe! Tapi beli buku dia saaaangaaaat digalakkan!