Tuesday, July 9, 2013

Sejalur sinar menjelang Ramadhan

Anak,
Panas ini menggigit ubun-ubun, sambutlah dengan manis di mulut. Biar ia menggigit dan menikam, rasakan nikmat sakitnya. Ah! Sakit anakku! Syukur saraf ini dibenarkan untuk merasa sakitnya.

Anak yang telah kembali,
Maafkan aku jika hari-hariku masih enggan lagi melupakanmu yang sudah kembali menyatu. Aku tahu kau sudah sebati di sana dan aku tidaklah kecewa meratap di sini. Aku bahagia. Cuma aku masih mahu meminjam kenangan dan menikmati lazat kasih-sayang ini.

Suri,
Aku doakan kau bahagia dan tabah meluncuri ombak hidup. Gelora ini layanlah sahaja. Sesekali pedih masin air tersimbah di mata, ah biasalah! Rasakan sahaja garam yang disimpan dzat masin bersalut ketulan manik-manik kristal. Garam inilah rencah enaknya gulai kehidupan.

Ayah dan ibu,
Tidaklah aku anak yang baik, sakit bahuku memikul segala amanah. Andai terkehel dan patah kandarku, telapak kakimu kucium penuh kesal.

Dia,
Nafasmu kurindu. Sesaat kau rentap fanalah aku...

Salam Ramadhan!

2 comments:

Anonymous said...

terima kasih tuan, semoga hirisan katamu itu bekal kehidupan yang sangat dianugerahkan Allah Tuhan Pemilik Ramadan, terima kasih tuan.

Anonymous said...

terima kasih tuan, semoga hirisan katamu itu bekal kehidupan yang sangat dianugerahkan Allah Tuhan Pemilik Ramadan, terima kasih tuan.

maafkan aku menumpang lalu di medium perasaanmu... Semoga Allah Tuhan pemilik Ramadan memberkati sepanjang perjalananmu dan keluargamu, terima ksih tuan.