Malaysia negara pembunuh anak ‘OKU Terlantar’?
Oleh: RONASINA
Mengikut Akta Orang Kurang Upaya 2008- ‘Orang Kurang Upaya’ diklasifikasikan sebagai mereka yang mempunyai kekurangan jangka panjang fizikal, mental, intelektual, atau deria yang apabila berinteraksi dengan pelbagai halangan, boleh menyekat penyertaan penuh dan berkesan mereka dalam masyarakat.
Kategori OKU
Menurut perangkaan Bank Dunia dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) lebih sepuluh peratus penduduk di dalam sesebuah negara adalah Orang Kelainan Upaya (OKU). OKU pula terbahagi kepada tujuh kategori mana di dalam tujuh kategori tersebut terpecah pula kepada beberapa bahagian.
Di antaranya kategori cacat anggota tetapi boleh berfikir dan mengurus diri, cacat anggota tetapi tidak boleh mengurus diri, cacat akal tetapi masih boleh menguruskan diri dan ada juga cacat akal serta tidak mampu menguruskan diri serta lain-lain lagi kategori.
Di Malaysia menurut Jabatan Kebajikan Masyarakat hampir tiga juta orang didaftarkan sebagai OKU. Di antara kategori ini terdapat apa yang dipanggil ‘OKU Terlantar’ yang mana anak ini dilahirkan terlantar, terencat perkembangan dan pembesaran malah tidak mampu menguruskan diri.
Ibu bapa atau penjaga anak OKU kategori ini jika berdaftar akan mendapat elaun sebanyak RM300 setiap bulan. Manakala yang tidak berdaftar disebabkan berbagai-bagai kesulitan juga ramai seperti tiada bapa sama ada sudah meninggal dunia atau lari, tiada kenderaan dan lain-lain.
Apakah elaun yang diberikan ini telah dapat menyelesaikan masalah kebajikan anak-anak ini? Apakah bantuan wang ini telah ‘menutup buku’ permasalahan yang membelenggu? Tahukah kita setiap tahun berapa ramai anak OKU Terlantar lahir?
Di Australia kajian menunjukkan setiap seribu kelahiran akan ada dua kanak-kanak mengalami Cerebral Palsy (Lumpuh Otak). Berapa ramai pula anak OKU Terlantar mati saban tahun? Mengapa mereka mati? Kebanyakan mereka mati kerana potensi diri semakin lama semakin merosot.
Tahap kesihatan mereka merudum bermula dengan kerosakan anggota seperti kekejangan sendi, tulang belakang membengkok (scoliosis), gangguan saraf sehingga kerap diserang sawan berbahaya dan juga jangkitan kuman terhadap paru-paru dan otak yang langsung membawa maut.
Mengapa keadaan ini berlaku? Hal ini kerana, di Malaysia tidak diperuntukkan sekolah khas bantuan penuh kerajaan untuk anak-anak kategori OKU Terlantar ini. Anak-anak ini dinafikan hak untuk bersekolah.
Kanak-kanak berhak mendapat pendidikan
Tahukah anda bahawa setiap kanak-kanak di dunia berhak mendapat pendidikan mengikut keupayaan potensi mereka? Inilah dasar ‘No Child Left Behind’ (Tiada kanak-kanak keciciran) yang diamalkan di negara-negara maju di mana setiap kanak-kanak tidak kira warna kulit atau bagaimana keadaan mereka sama ada normal atau mengalami kecacatan wajib dibenarkan mendapat pendidikan.
Di negara Scandinavia atau di Lingkaran Artik (Sweden, Norway, Denmark dan Finland) contohnya, mereka menyediakan sekolah khas harian percuma untuk anak-anak OKU Terlantar. Lengkap dengan sukatan pelajaran dan kaedah yang sistematik beserta tenaga pengajar dan pembantu yang cukup terlatih.
Baca seterusnya di http://www.keadilandaily.com/malaysia-negara-pembunuh-anak-oku-terlantar/
4 comments:
kulup.. baik BN atau PR semua sama je..
Aku tau. Itu signal utk depa
salam tuan aku menumpang singgah lagi, sebenar benar besar rahsia Ilahi suratan yang dianugerahkan memang memerlukan ketabahan dan ketaatan yang jitu... Anak saudaraku juga seakan sama, perasaan itu dapatku rasa walau aku pekerja sosial di negara ini,
Visit us here
Post a Comment