Sunday, November 11, 2018

Bagiku agamaku...

Suatu petang sedang aku duduk menghirup kafein, kalori dan lemak (kopi), datang tiga pemuda berpakaian 'masjid' menyapa memberi salam. Aku jawab dan mempersilakan mereka duduk semeja. Tiada masalah.

Tiga kawan yang baik budi bahasa ini memulakan cerita dengan bertanya hal hal biasa sebelum masuk ke dalam tajuk yang menjadi maksud asal kedatangan mereka. Bercerita tentang kehidupan beragama,  menjalankan syariat dan beribadah kepada Allah, tuhan yang Maha Esa. Cantik dan aku suka. Kisah-kisah Nabi yang pernah aku baca dan dengar diputarkan semula oleh mereka dengan baik. Aku setuju. Kesimpulannya mereka mengajak aku menuju ke jalan yang mereka pilih iaitu mementingkan kehidupan abadi dan tidak memberatkan hidup dengan mencari harta dunia. Aku setuju.

Tapi aku menyatakan perlu juga menjadi kaya di dunia kerana ia ada dalam laungan azan,  Marilah Menuju Kejayaan. Kejayaan akhirat mestilah tetapi kekayaan dunia wajib juga sebab ia boleh juga menjadikan kejayaan di akhirat. Itu seruan azan,  kataku.

"Dan dirikanlah sembahyang serta tunaikan zakat. Banyak ayat datang solat berkembar dengan zakat maknanya penting untuk bayar zakat. Bukan zakat fitrah je tapi zakat perniagaan,  barang kemas,  pertanian, harta. Maknanya kena kaya." kata aku.

"Bila kaya baru mampu bersedekah. Tapi tangan kanan memberi,  tangan kiri tak tahu. Tangan yang di atas lebih baik daripada tangan yang di bawah. Saidina Othman pun kaya dan kaya macam dialah boleh bantu orang lain."

"Jadi,  Haiya alal falah. Aqimussolata wa atazzakata,  juga adalah seruan untuk mencari kebahagiaan dunia sama ada material atau spiritual. "

Itu sebahagian. Ada ayat lain lagi.... Tentang kekayaan hakiki. Cerita lain kali.

Tiga sahabat bersetuju. Aku,  kita dan mereka, seperti berjuta insan dan makhluk lain sama mencari makna kehidupan. Mencari dan mencari rahasia yang tidak pernah sembunyi malah sentiasa terbuka selagi nafas tidak putus,  nyawa tak berhenti dan nafsu belum mati. Wallahua'lam.
Jumpa apa yang dicari?  'Apa' yang dicari? 'Jumpa' apa?  Berani kata dah jumpa?

3 comments:

sayednoordin said...

teruskan brother...agama menggalakkan kita kaya...kaya menjamin kita berpengaruh..tidaklah ditindas macam kutu...tetapi kaya mesti juga banyak bersedekah,menderma,duit tu mesti jalan halal..

Anonymous said...

Kaya anak
Kaya ilmu
Kaya bahasa
Kaya berbudi

Bila kaya takot miskin
Bila kaya lupa diri
Bila kaya lu gwa
Bila kaya mahu kaya

Ayah kaya anak lupa
Suami kaya isteri lupa
Isteri kaya suami alpa

Belajar jadi miskin itu tok kaya
Belajar jadi kaya itu gaya muthu
Belajar jadi fakir pasti berkelana
Belajar susah itu fardhu

Hidup dan keperbagaian
Keperluan ini untuk keperluan itu
Hartawan darmawan
Cendikiawan berhati rupawan itu
Seumpama cendawan cendawan.
...




Anonymous said...

Raja kaya istana kayangan
Permaisuri kaya emas permata sutra.
Menteri kaya anak bini kaya raya.
Cronisma terbena.
Rakyat miskin ecominiti tak terbela.

Lgbt tabiat bukan insan
Membina mahligai kaca.
Gelandangan menanggis
Mengemis merintih mata layu berkata oh tuhan maha kaya.